09 : Shin Jiwoon Yang Kejam

18 6 72
                                    

Guides To Read

*** - 5/more minutes later
••• - 1/more hours later
… - next day/more

×××

Wajah yang penuh dengan kesungguhan, peluh sana sini, akhirnya dia berjaya memasukkan benang ke dalam jarum yang disuruh ibunya itu.

"Yes, Jia dah berjaya ibu!", kata Lee Jia ceria dengan jarum kecil itu dia tunjuk kepada ibunya. Wanita tua itu hanya tertawa kecil sahaja melihat tingkah laku anaknya.

"Benda simple macam tu pun kamu nak gembira? Pelik la.", balasnya. Jia tersengih seperti kerang busuk mendengar itu. Dia lantas merangkul lengan ibunya lembut selepas meletakkan jarum itu ke span jarum.

"Hahh mula dah."

"Ibu, boleh tak Jia nak pergi lawatan cuti musim panas ni? Dekat Jeju! Alah, dekat je ibu.", bodek Lee Jia. Wanita paruh baya itu memusingkan bebola matanya dengan senyuman dibibir. Dia sesekali membetulkan cermin matanya yang hampir jatuh itu.

"Jeju tu dekat je kamu cakap? Hei, jauh tahu. Kamu kena naik feri lepas tu tempah kereta semua. Dekat kamu kata?", balas Ibu Jia sambil tangannya berayun menjahit sulaman di sapu tangan kecil yang akan jadi milik Lee Jia tidak lama lagi.

Gadis berambut perang itu bermuncung bibir. Jari-jemarinya bermain di lengan ibunya, "Alah, ibu ni. Jia gurau-gurau pun ibu nak marah."

"Bukan marah tapi cakap perkara yang sebenar."

Sulaman terakhir terhasil. Wanita itu memotong benang yang lebih dengan menggunakan giginya sahaja. Senyuman paling indah terlukis dibibirnya. Lee Jia juga turut tersenyum melihat hasil sulaman itu.

Dijahit dengan benang yang sedia ada, corak yang simple, kemas, walau kain sapu tangan itu tidak la terlalu mahal tetapi dikeranakan itu dari seseorang yang melahirkan mu, sudah pasti sapu tangan yang paling murah pun akan menjadi mahal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dijahit dengan benang yang sedia ada, corak yang simple, kemas, walau kain sapu tangan itu tidak la terlalu mahal tetapi dikeranakan itu dari seseorang yang melahirkan mu, sudah pasti sapu tangan yang paling murah pun akan menjadi mahal. Itu erti kasih sayang seorang ibu.

Jia memandang sayu ibunya. Di dunia sebelumnya pun ibunya sangat baik terhadap dia dan adik kecilnya. Di dunia ini pun dia mendapat kasih sayang ibu yang perhatian dan penyanyang. Rasanya seperti tidak layak sahaja untuk mendapatkan ini. Padahal dia datang ke sini hanya sementara. Tetapi kasih sayang yang didapatinya seolah dia benar-benar dari dunia ini.

Mulai dari menanyakan seharianmu, hingga membuatkan mu sapu tangan. Sungguh Lee Jia sebak jika memikirkan saat dia akan kembali ke dunianya semula.

Dia lantas mencium pipi ibunya sekilas sebelum menghadiahkan wanita itu sekuntum senyuman, "Terima kasih, ibu. Jia sayang ibu.", katanya, tulus.

because the truth is // haechan ft markWhere stories live. Discover now