11 : Hilang

13 6 0
                                    

❪ Guides To Read ❫

*** - 5/more minutes later
••• - 1/more hours later
... - next day/more

×××

Malam hari di Pulau Jeju akhirnya tiba. Aktiviti malam yang bakal berlangsung tidak lama lagi mulai menghantui tubuh mungil Lee Jia. Dia yang sedang duduk di bangku berwarna coklat berdekatan dengan mesin air di pondok kecil itu mengigil bagai tiada hari esok.

Apa kalian tahu aktiviti apa itu? Semestinya menjelajahi hutan di tengah malam! Katanya nak kuatkan semangat dari tidak mudah takut. Sungguh sesiapa sahaja yang merancang itu bodoh. Mana ada orang pergi hutan tengah-tengah malam!

Jia kemudian mengeluh lemah. Dia menunduk kepala dengan kedua tapak tangan menutup wajah cantiknya. Gadis itu membuat bunyi seakan sedang merengek.

Bunyi detakkan kaki mulai kendengaran. Jia mengangkat wajahnya melihat kearah sumber suara. Ternyata Mark yang sedang berjalan menuju ke dirinya. Lelaki itu memandang tanpa perasaan kearah Jia sebaik sahaja dia sampai tepat di depan gadis itu.

"Kau dapat nombor berapa.", tanya lelaki berkacukan Kanada itu dengan tangan kanannya naik menunjukkan kad kuningnya yang dia cabut tadi. Jia hanya tersenyum sinis. Dia kemudian mengeluarkan kad kuningnya pula.

"22.. kau patner dengan Hyunjin eh?", tanya Mark, lagi.

"Macam tu la.."

"Kau asal sedih je ni?"

"Hm?"

Mark Lee melabuhkan punggungnya di sebelah Jia. Dia memandang gadis itu dengan tatapan penuh kerisauan. Si gadis lagi-lagi hanya mampu mengeluh sahaja. Dia tak tahu apa dengan perasaan dia hari ni.

"Kalau pasal pagi tadi, sorry tau sebab tak teman kau jalan-"

"Tak bukan."

"Habis tu apa?"

"Aku takut dengan tempat gelap.", singkatnya.

Hening seketika. Mark tak tahu nak balas apa. Dia memandang dalam wajah Jia. Meneliti wajah itu dengan sangat dalam. Peluh dari tubuh gadis itu laju meluncur keluar bagai hujan yang sangat deras. Badan dia pula tak henti-henti dari menggigil. Cara bernafas pun dah macam orang baru lepas berlari. Mark mengeluh. Dia tahu yang Jia tengah panic attack sekarang ni.

"Kau okey tak?"

"Aku takut."

"Jangan risau. Aku ada dengan kau nanti.. dari belakang.."

•••

Jiwoon melangkah kakinya dengan senyuman yang sangat lebar. Hatinya dari tadi tidak berhenti dari berdebar. Pasti kalian tahu siapa pasangannya, bukan? Lampu suluh yang dipegang Jiwoon untuk menerangi perjalanan mereka itu dia genggam erat. Takut terjatuh. Sudahlah dia tu cuai, kalau cuai dengan angau bergabung memang habis la mereka.

Jiwoon memusing menghadap Han. Lelaki itu hanya memberi pandangan dingin sahaja. Jiwoon tersenyum nipis.

"Kenapa awak nampak masam je?", tanyanya. Han mengulingkan bola matanya malas.

"Kau cakap dengan cermin ke?", kasar Han. Jiwoon hanya terdiam dan bermuncung mulut. Langkah kakinya kemudian semakin laju meninggalkan Han.

Han yang entah risau atau tidak ingin mencari masalah mencuba untuk menyamakan langkah kakinya dengan gadis itu. Dia juga sesekali menyuruh Jiwoon untuk berhenti tetapi Sang gadis menolak.

"Jiwoon kejap la! Dah la gelap ni.", diabaikan sahaja kata-kata itu.

Semakin jauh mereka pergi menjelajahi hutan, semakin cepat langkah kaki gadis itu sehingga Han sudah terkebil-kebil mencari nafasnya yang hilang. Dek penat berjalan, Lee Donghyuck pun berhenti seketika untuk mencari nafasnya yang hilang. Dia sesekali meneguk air mineral yang dibekal oleh Jiwoon untuknya.

Mungkin dia merasa kasihan, itu yang dia bawa juga..

Selepas sesaat, Han menoleh ke hadapannya semula untuk melihat apa Jiwoon menunggunya. Jantungnya jatuh dan retak apabila mengetahui bahawa gadis itu sudah pergi meninggalkan dirinya sendirian di situ. Han terus berjalan maju sehingga dia hampir tersandung akibat terpijak sesuatu.

Lelaki itu mengeluh kasar lalu melihat apa yang dia pijak tadi. Tangannya laju sahaja mencapai saat melihat lampu suluh milik Shin Jiwoon terduduk kemas di tanah, "Masalah betul.", bisik Han.

Han kemudian kembali berjalan terus dengan lampu suluh itu di genggam erat. Hatinya semakin lama semakin berdebar. Entah itu berdebar kerana dia keseorangan atau dia risaukan Shin Jiwoon, kekasih paksa relanya.

×××

❪ because the truth is... ❫

because the truth is // haechan ft markWhere stories live. Discover now