❪ Guide To Read ❫
*** - 5/more minutes later
••• - 1/more hours later
… - next day/more×××
Seongsan Ilchulbong,
Pulau Jeju, Korea Selatan.
8:19 a.m.Langit cerah dengan angin lembut menghiasi pemandangan alam semula jadi. Para pelajar mulai bersorak gembira sebaik sahaja mereka turun dari bas yang mereka naiki untuk sampai ke destinasi tersebut.
Jia tersenyum puas apabila menghirup udara yang segar di kawasan itu. Tangan dia lapangkan, menikmati angin yang terbang laju kearahnya. Mark yang berada di sebelahnya turut tersenyum apabila angin mengenai tubuhnya.
Lambat-lambat dia bersuara, "Hei, semalam macam mana? Okie tak?", tanyanya. Jia melirik sekilas kearah lelaki itu sebelum melangkah maju dengan perlahan.
"Okie je. Hyunjin baik gila. Dia yang cari jalan lepas tu suruh aku kekal kat belakang dia je. Kitaorang pun keluar awal malam semalam.", terang Jia panjang lebar. Mark hanya mengangguk faham, dengan langkahnya mengikut langkah kaki Jia.
"Kau? Macam mana semalam?", tanya Jia pula. Mark terdiam seketika. Dia hanya menunduk memandang kakinya yang terus melangkah mengikut detak kaki Sang gadis. Dia tidak tahu ingin membalas pertanyaan itu atau tidak. Patutkah dia cerita yang sebenarnya?
YOU ARE READING
because the truth is // haechan ft mark
FanfictionKehadiranmu yang tidak diundang, membawa luka dalam kisah kami. nct dream haechan ft mark 2021