❪ ! Guides To Read ˖ ⊹. ❫
*** - 5/more minutes later
••• - 1/more hours later
… - next day×××
Jiwoon menggangkat kepalanya perlahan-lahan. Memandang orang dihadapannya ini dengan perasaan yang penuh bercampur-aduk. Lelaki itu kemudian berlutut, dia mengesat air mata Jiwoon lembut. Lalu tersenyum kecil.
"Kenapa awak menangis dekat sini, Jiwoon?", tanyanya lembut sehingga membuatkan air mata Jiwoon semakin deras mengalir. Lelaki itu kemudian menyokong tangan Jiwoon menolong untuk Sang gadis berdiri.
Suit hitamnya yang tersarung kemas di badannya dia buka dan sarungkan kebahu Jiwoon. Perlahan-lahan dia mempelawa gadis itu untuk memasuki keretanya. Jiwoon hanya dengarkan sahaja, tidak melawan.
Payung milik Jiwoon lelaki itu ambil dan disimpankan ke dalam bonek kereta.
•••
Cawan teh yang hangat itu masih dibiarkan sahaja. Tidak pernah tersentuh walau sedikit pun oleh si gadis. Wajah Jiwoon penuh sayu memandang wajah lelaki dihadapannya ini. Air matanya lagi-lagi jatuh sehingga membuatkan pemuda itu terkejut akan reaksi Sang gadis.
"Ji-jiwon?".
"Awak pergi mana selama ni?", tanyanya lembut dengan esakkan kecil kedengaran. Lelaki itu kemudian mengelus lehernya perlahan, lalu menghela nafas berat.
"M-maaf. Saya hilang tanpa jejak.", singkatnya. Jiwoon mengembungkan pipinya tanda marah. Air mata jatuh tadi dia kesat kasar.
"Saya-".
"Kenapa awak hilang lepas kejadian tu?", Jiwoon menyela dengan soalan. Lelaki itu diam sejenak. Tangannya naik menggaru kepalanya.
"Saya pindah sekolah di Prague, Czech. J-jangan salah sangka! Sebenarnya benda ni dah lama parents saya rancang dan saya lupa nak bagitahu awak-".
"Saya faham.", singkat Jiwoon. Lelaki itu terdiam seketika. Tangan Jiwoon lambat-lambat meraih cawan itu untuk diminumnya teh yang hangat itu. Hujan-hujan seperti ini memang bagusnya minum minuman yang panas.
Jiwoon memandang sekilas kearah lelaki itu. Perlahan-lahan tawaan kecil mulai kendengaran, lelaki itu memandang aneh gadis dihadapannya itu.
"Saya..tak sangka kita boleh jumpa semula selepas kejadian..tu, Mark.", katanya dengan senyuman tidak lekang dari bibir. Si lelaki hanya mengganguk sahaja. Dia juga tidak tahu apa yang sedang berlaku sebenarnya. Padahal tadi gadis itu menangis.
"Awak..tak banyak berubah, Jiwoon.", kata Mark Lee perlahan namun cukup jelas untuk Jiwoon mendengarnya. Jiwoon hanya membalasnya dengan senyuman sehingga menampakkan eyes smilenya.
...
"Aishh boleh tak bagitahu saya siapa sebenarnya Shin Jiwoon tu? D-dan bagitahu saya juga yang dia tu dah tunang ke?! Oh-oh dan siapa tunanganya?!", bertalu-talu soalan dilontarkan oleh Jia buat beberapa rakan sekelasnya itu yang hasilnya nihil kerana semuanya tidak ingin menjawab pertanyaan itu.
"Kitaorang tak tahu la-".
Jia mengeluh nafas berat. Dia mulai bermuncung bibir, "Ish tolong la bagitahu pasal dia even sedikit pun-".
YOU ARE READING
because the truth is // haechan ft mark
FanfictionKehadiranmu yang tidak diundang, membawa luka dalam kisah kami. nct dream haechan ft mark 2021