13 : Rahsia Lee Jia Yang Asli (2)

13 5 1
                                    

❪ Guides To Read ❫

*** - 5/more minutes later
••• - 1/more hours later
… - next day/more

×××

23 Jun 2019 - Ahad
Svolikaa Hall of Mys'zic Academy, Prague, Czech.
8:24 p.m.

Lelaki yang berpakaian suit hitam dengan rambut berwarna coklat itu memberikan kad undangan majlis kepada penjaga dewan pintu utama. Dia terus melangkah masuk sebaik sahaja diberi kebenaran.

Kakinya laju sahaja mencari nombor tempat duduknya lalu lantas melabuhkan punggungnya sebaik sahaja dia jumpai. Tempat duduknya tepat dihadapan pentas dan dibarisan tengah, seperti matanya selari dengan pentas, begitulah. Dia mengambil telefon bimbit yang bergetar di poket blazernya itu lalu membuka notifikasi yang dipaparkan.

'Awak dah sampai ke?'

Dia senyum kecil sebelum mengiyakannya. Lelaki itu, Lee Donghyuck kemudian kembali memberikan fokusnya kearah pentas. Staf dan kru yang masih dalam persediaan untuk persembahan itu, dia perhatikan sahaja pergerakan mereka. Tiada satu suara pun dikeluarkan. Dia memandang kiri dan kanannya, "Tak ramai lagi orang.", bisik hatinya.

Lelaki itu kemudian kembali merangkul telefon bimbitnya dan membalas pertanyaan yang dibacanya itu tadi. Senyuman manis tidak lepas dari bibirnya. Donghyuck- Haechan menjatuhkan pandangannya kearah pentas kembali. Menunggu persembahan yang bakal dipersembahkan tidak lama lagi.

Masa terus berlalu pergi. Dewan seni itu telah dipenuhi oleh ramai penonton yang datang daripada pelbagai latar belakang. Haechan kembali memuka telefon bimbitnya saat bunyi notifikasi terdengari.

' Dah nak mula dah awak! '

Senyuman kecil terlukis diwajah kacak lelaki itu, "Tahu laa.", sinisnya.

Lampu-lampu disetiap sudut dewan itu mula terpadam. Hanya satu lampu sahaja yang menyala terang menghiasi pentas dewan sehingga terlihat seorang gadis cantik. Berpakaian gaun lebar berwarna beige, gaun itu dihiasi dengan labuci yang berkilat-kilat serta batu permata yang berkilauan.

Rambutnya ikal mayang memenuhi ruang dibelakang badannya dan dihiasi dengan sepit rambut berbentuk bunga batu permata sekali lagi membuatkan ia tampak berkilauan. Gadis itu hanya duduk diam terpaku dihadapan piano klasik, tetapi semua orang yang berada disitu sudah diam tidak bernyawa apabila melihat betapa anggunnya Sang gadis. Termasuk lelaki itu, Haechan.

Lentiknya jari-jemari gadis itu mulai bermain piano dengan irama yang sedih dan ditambahkan dengan bunyi violin yang dimainkan oleh teman sepasukannya. Mereka berdua menghiasi dewan dengan irama yang menakjubkan. Bunyi piano kemudian bertukar seperti manis dan lembut begitu juga dengan violin.

Haechan yang dari tadi hanya diam seraya ternganga melihat itu mulai mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia membuka kamera dan memfoto Sang gadis yang sedang bermain piano klasik itu.

•••

Old Town Square,
Prague, Czech.
11:16 p.m.

m

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
because the truth is // haechan ft markWhere stories live. Discover now