❪ Guides To Read ❫
*** - 5/more minutes later
••• - 1/more hours later
… - next day/more×××
8 April 2010 - Selasa
Tadika Cheonyu
9:14 a.m.Desah-desus suara pelajar tadika mulai kedengaran apabila langkah kakinya semakin mendekat dengan kelasnya. Budak lelaki itu menelan air liurnya, gemuruh. Guru tadika yang dari tadi membimbing dia ke kelasnya akhirnya membuka pintu kelas itu setiba sahaja mereka di hadapan kelas itu.
Mereka melangkah masuk. Kanak-kanak yang dari tadi bermain dan membuat keributan mulai berhenti, memerhatikan rakan baharu mereka itu dengan penuh tanda tanya.
"Hari ini kamu semua kedatangan kawan baharu! Perkenalkan diri, Donghyuck.", ujar guru itu ceria lalu menyuruh kanak-kanak lelaki itu memperkenalkan diri. Budak itu memegang erat seluarnya tanda takut. Dia kemudian ke belakang sedikit untuk menyingkirkan pandangan rakan baharunya itu dari terus memandangnya. Guru itu kemudian hanya tertawa kecil seraya menyuruh budak lelaki itu untuk menarik nafas.
"Tak apa. Cikgu ada dekat sini. Kawan-kawan pun semua baik.", ujar guru itu manis. Budak itu mengangguk kecil sebelum bersuara.
"N-nama saya.. Lee Donghyuck t-tapi Lee Haechan pun nama.. saya juga.", kata budak lelaki itu dengan senyuman paling manis dia berikan kepada rakan sekelasnya walaupun dia gugup.
Semua mulai menepuk tangan dengan senyuman. Biasa la, gembira ada kawan baharu. Lepas ni bertambahlah ahli kumpulan!
"Donghyuck tak pernah sekolah bersemuka lagi, sebelum ni dia hanya homeschooling. Jadi kamu semua layan dan berkawan la dengan Donghyuck okie?", kelas 1 Bunga itu mengiyakan kata guru mereka itu dengan bersemangat. Donghyuck berjalan maju ketempat duduknya yang telah disediakan oleh gurunya.
Si kecil itu meletakkan beg sekolah di tepi meja lalu mengeluarkan botol air miliknya yang telah disediakan oleh ibu Donghyuck. Dia meneguk dengan lahap sehingga ada setitik dua titik air yang keluar dari mulutnya.
Si kecil itu lantas ingin mengambil sapu tangan di poket seluar tetapi niatnya terbatal kerana teman semejanya laju mengelap lembut mulut si kecil itu.
"Kenapa awak minum macam tak pernah minum air? Habis tumpah kena baju.", ujar Sang gadis itu.
Mata Donghyuck melirik kearah kanan untuk melihat wajah si gadis itu. Dari tadi dia memang tak tengok langsung siapa teman semeja dia.
Mata coklat dengan kulit putih bak susu. Rambutnya hitam ke coklatan dan beralun. Di kepalanya terdapat satu sepit rambut bercorak bunga terletak kemas di sisi kiri. Comel. Donghyuck terdiam. Dia tidak pernah melihat anak gadis secomel itu.
Kerana dari tadi bercakap tetapi tiada balasan, akhirnya gadis itu menunjing kepala Donghyuck sehingga anak kecil itu tersentak sedikit. Gadis itu membuat muka geram.
"Itu la siapa suruh tak dengar cakap orang! Nama saya Lee Jia! Awak boleh panggil saya Eia!", kata Jia ceria. Donghyuck mengerutkan dahinya.
"Kenap Eia pula? Bukan nama awak.. Jia ke?"
"Say lebih selesa dipanggil dengan nama tu. Itu nama dirumah saya jadi saya suka guna nama tu disekolah juga sebab saya rasa macam sekolah ni pun rumah saya!", Jia menerangkan dengan panjang lebar dan nada yang ceria. Si kecil Donghyuck hanya mampu mengganguk sahaja. Tidak tahu ingin membalas apa.
Akhirnya, Jia mengeluarkan sebiji gula-gula strawberi buat Sang lelaki. Donghyuck mengambilnya dengan senyuman paling manis terukir indah di bibirnya.
Dan itulah, buat kali pertamanya dia mengenal seorang gadis lain selain ibunya sendiri..
×××
❪ because the truth is... ❫
YOU ARE READING
because the truth is // haechan ft mark
FanfictionKehadiranmu yang tidak diundang, membawa luka dalam kisah kami. nct dream haechan ft mark 2021