08 : Sakit

19 6 34
                                    

Guides To Read

*** - 5/more minutes later
••• - 1/more hours later
... - next day/more

×××

Desah-desus pelajar Sekolah Menengah Semi Brintain mulai kendengaran saat Jia melangkah masuk ke kawasan sekolah. Ramai pelajar yang sedang berkumpul di depan papan kenyataan melihat satu poster yang baru sahaja ditampal oleh Jisung, wakil semua pelajar.

"Kau pergi ke weyh? Aku nak pergi!"

"Bestnya. Aku pun nak ikut."

"Seorin, kau duduk dengan aku tau."

"Aku nak duduk dengan awek aku akh. Mesti comel tho."

Jia hanya berkerut dahi sahaja melihat itu. Kakinya berjengkit sikit untuk melihat poster di papan kenyataan itu. Ternyata itu poster lawatan cuti musim panas! Oh ini la saat yang Lee Jia tunggu-tunggukan.

Lawatan ke tempat yang menarik sewaktu cuti musim panas bersama rakan anda, sungguh dia ingin sekali pergi!

"Kena cakap dengan ibu ni-"

"Kau ada kawan ke?", tanya Mark yang berdiri tegak dibelakang tubuh kecil gadis itu sambil matanya tertumpu ke poster itu. Jia menggangkat bahunya dengan bibir mulai memuncung.

"Mana ada. Orang yang aku nak kawan tak nak kawan dengan aku.", ujar Jia sedih. Mark memandang Jia dengan lukisan senyuman dibibirnya. Tiba-tiba dia juga merasa sedih kerana dia juga tiada kawan untuk pergi bersama- Tunggu!

"Kau dengan aku jelah.", singkat Mark. Laju Jia mengangkat kepalanya memandang lelaki itu. Mata Jia mulai berbinar.

"Serius akh?"

"Ye la. Kau nampak muka aku macam tipu ke?", Jia hanya mencebik bibir mendengar balasan dari Mark. Sungguh sekali lagi dia katakan lelaki itu menjengkelkan.

"Lagipun, disebabkan semalam la kau kawan aku sekarang ni.", sindir lelaki berdarah Korea-Kanada itu dengan senyuman sinis dibibir. Jia memandang tajam lelaki itu, lalu memberi jelingan paling istimewa buat Mark.

Dalam mereka sibuk berbual, pandangan mata Jia lalu jatuh kepada Han yang berdiri tidak jauh dari mereka memerhatikan seseorang. Akh ternyata dia sedang memerhatikan Shin Jiwoon, gadis sombong yang tidak ingin berkawan dengan Lee Jia.

Lelaki berkemeja putih dengan tali leher itu memandang dingin Jiwoon yang berdiri tidak jauh darinya. Pandangan matanya yang dingin itu membuatkan sesiapa sahaja yang melihat akan berfikir bahawa dia sedang marah. Jiwoon lama-lama memusing menghadap tepat kearah Han.

Gadis itu hanya memandang sahaja Han. Tiada seri langsung diwajahnya. Hanya tatapan dingin yang dibalasnya buat Sang lelaki.

•••

Kedatangan guru kelas 4A1 membuatkan pelajar di dalam kelas itu kembali duduk ke tempat mereka masing-masing. Jia laju sahaja mengambil tempat duduknya di sebelah Han. Han hanya melirik melihat sahaja.

Guru kelas 4A1 berdehem sebelum memulakan perbicaraannya,"Jadi, kamu semua dah baca kan poster yang baru tampal pagi tadi kat papan kenyataan tu?", tanyanya. Hanya anggukkan yang dibalas.

because the truth is // haechan ft markWhere stories live. Discover now