" Mungkin aku dan dia, tidak ditakdirkan bersama. "
AKU menghela nafas dalam. Jantungku bekerja lebih masa dengan mengepam laju. Debaran kian terasa. Dari malam semalam aku tidak dapat melelapkan mata. Pusing kiri tak boleh tidur. Pusing kanan tak boleh tidur. Semua posisi tidak berkesan!
" Anak walid dah siap? " Tiba- tiba saja terjengul wajah walid di muka pintu.
Ya, aku terima Aydan yang mahu mempercepatkan tarikh nikah kami. Itu pun setelah aku membuat solat istikarah malam semalam.
Jawapannya Aydan.
Bila Aydan memberitahu umi dan walid petang semalam, riak kedua- dua ibu bapanya amat terkejut. Namun tidaklah kedua ibu bapanya iu marah semalam. Mereka menunggu kata putus daripada aku.
Seawal subuh hari ni, aku memberitahu umi dan walid tentang keputusan berat ini. Aydan aku whatsapp tidak lama selepas itu. Jadi dari pagi, memang rumah ini penuh dengan tetamu yang bersiap sedia untuk majlis pernikahannya bersama Aydan. Entah berapalah kos yang perlu Aydan tanggung kerana mempercepatkan majlis. Hanya majlis resepsi yang mengikut tarikh asal iaitu dua minggu lagi.
" Walid masuk boleh? "
Aku tersenyum lalu mengangguk kepada walid. Tidak terkeluar perkataan dari sepasang bibirku kerana terlalu gementar.
Walid melabuhkan punggung di sebelahku di atas birai katil. Tangan walid naik mengusap kepalaku.
" Nak jadi isteri orang dah anak kesayangan walid ni. Tak lama lagi Dania akan jadi ibu kepada anak- anak pula. " Nada walid seperti sedang menahan sebak.
" Walid... "
Dapat dilihat mutiara jernih yang bertakung di tubir lelaki separuh abad yang aku merupakan ayah kandung kepadaku. Lelaki tua yang bersusah- payah membesarkan aku bersama umi. Lelaki yang sabar melayan karenah aku, menyayangi aku tanpa sempadan dan mendidik aku tanpa rasa jemu.
Ini walid.
Ayah yang aku sayang.
" Walid genbira sangat bila Dania lahir. It's like I was seeing a miracle in front of my eyes. You were so small back then. So cute, and now you are a beautiful grown up woman. Dulu walid kekasih pertama Dania, walid pelindung Dania.
Bila Dania bersuami, dia yang akan jaga Dania, sayang Dania, lindungi Dania, sebab dia kekasih halal Dania sekarang. Bukan tangan walid yang akan pimpin tangan Dania lagi, tapi dia yang akan pimpin Dania. "
Setitis air mata jatuh di pipi berkedut walid. Melihatkan hal itu, aku turut sama tidak dapat menahan sebak.
" Tapi tak bermaksud Dania bukan anak walid lagi. Dania selama- lamanya anak kesayangan walid, selama- lamanya princess walid dunia akhirat. Jaga diri baik- baik sayang. Ada apa- apa jangan takut untuk cari walid. Walid sayang Dania.. "
" Walid... " Air mataku juga turut mengalir.
" Dania pun sayang walid, " balasku dengan suara yang serak.
Aku dan walid saling berpelukan. Sesekali ubun- ubun aku dikucup walid, menyalurkan rasa kasihnya sebagai seorang bapa kepada anaknya.
" Ya Allah! Buat drama jejak kasih pula kat sini! " Kata umi yang tiba- tiba muncul.
Walid melepaskan pelukan. Air mataku dikesat oleh walid kemudian lelaki tua itu mengesat air matanya pula.
" Dah, walidnya. Ramai tetamu kat bawah. Kejap lagi pengantin lelaki sampai. Jom turun. Dania, kejap lagi mak andam masuk semula touch up make up balik. "

ANDA SEDANG MEMBACA
10 DAYS AMORE
RomanceSTATUS : COMPLETED✓ " Hai, saya Aydan. " Aku mendongak. Kacak. " Saya Diana. " Satu pertemuan membawa kepada satu hubungan yang serius dalam jangka masa yang pendek. Suka? Cinta? Dalam masa 10 hari? WARNING ⚠️ This story contains strong language. D...