Day 4

146 8 0
                                    

" Mungkin aku dan dia, tidak ditakdirkan bersama. "


TELEKUNG aku lipat kemudian sangkut pada hanger. Telefon pintarku dibelek. Usai menunaikan solat subuh berjemaah bersama umi dan walid, aku terus memohon diri ke bilik tidur semula. Ingin menyemak email yang diberikan oleh pensyarahku berkenaan dengan assignment.

Sedang leka aku membaca email daripada Madam Aida, satu notifikasi aplikasi whatsapp muncul di skrin telefon pintarku. Tertera nama Aydan.

Aku membaca email itu sehingga habis terlebih dahulu. Rupanya Madam Aida memberitahu bahawa draft assignment yang aku buat sudah lengkap cuma masih ada beberapa perkara yang tertinggal. Tarikh akhir penghantaran adalah semasa naik dari cuti pertengahan semester ini.

Setelah itu, mesej daripada Aydan aku buka.

Assalamulaikum Diana. Awak sibuk?

Waalaikumussalam. Tak. Kenapa?

Saya ingat nak ajak awak keluar makan hari ni. Awak nak?

Aku menggigit bibir. Nak ke tak nak? Berdua je ke?

Jemariku kembali menaip.

Kalau awak ajak Azra sekali, saya okay je.

Okay, kalau macam tu jadi tau. Jumpa nanti:)

Mesej terakhir daripada Aydan diakhiri dengan emotikon tersenyum. Gembira sangatkah lelaki itu?

Aku menggeleng. Ada- ada sajalah Aydan ni.

Rambut aku sikat biar rapi kemudian langkah dibawa turun ke dapur. Mahu membantu umi menyediakan sarapan pagi.

" Masak apa umi? "

" Kita buat nasi lemak nak? "

" Nak! Lama tak makan nasi lemak air tangan umi, " balasku sambil tersenyum.

" Kalau macam tu, Diana tolong masak sambal nasi lemak eh? Umi nak siapkan nasi sekali dengan kacang, telur semua tu. "

" Okay umi. "

Aku segera mencuci tangan di sinki. Kemudian tanganku mengupas kulit bawang besar, bawang kecil dan bawang putih. Bawang kecil dan bawang putih dibelah dua kemudian dimasukkan ke dalam mangkuk. Bawang besar pula dihiris kasar, dimasukkan ke dalam bekas yang lain. Begitu juga dengan ikan bilis yang dikopek, diasingkan ke dalam bekas yang lain. Manakala halia dan lada kering dimasukkan ke dalam mangkuk yang sama dengan bawang kecil dan bawang putih. Bahan- bahan itu dicuci bersih.

Halia, lada kering, bawang kecil dan bawang putih dimasukkan ke dalam blender dan dikisar halus. Setelah itu, aku mula memanaskan minyak di dalam kuali. Ikan bilis digoreng terlebih dahulu, diangkat, kemudian baru bahan kisar tadi ditumis ke dalam kuali. Setelah garing, gula dimasukkan kemudian ikan bilis dimasukkan bersama bawang besar dan air asam jawa. Garam ditambah sedikit bersama serbuk perasa.

Siap!

" Wah sedapnya bau! Dah boleh kahwin anak dara walid ni! "

Aku hanya tersenyum. Kahwin? Macam lambat lagi je.

" Ha walidnya jomlah sarapan. "

Aku, umi dan walid menikmati sarapan nasi lemak sambil berbual mesra. Air teh panas dijadikan minuman penyegar pada pagi hari ini.

" Umi, walid, nanti tengah hari Diana nak keluar dengan Azra tau. Ada sepupu dia sekali. "

" Sepupu Azra? Siapa? " Tanya umi.

" Aydan nama dia. Anak buah mama Azra. "

" Ha yelah. Hati- hati keluar nanti. " Pesan umi.

Aku mengangguk.

" Diana ada apa- apa dengan sepupu Azra ke? " Soal walid dengan tiba- tiba.

" Eh tak adalah walid. Apa cakap macam tu. " Aku cuba selindung gemuruh di hati.

" Taklah, walid tanya je. Kalau tak ada apa- apa baguslah. Tapi kalau ada apa- apa, baik bawa dia jumpa walid dulu. "

***

" Sini sedap makan apa? "

" Signature dish kita kat sini nasi kerabu kak. Tapi kalau nak menu popular lain, kita ada laksa, nasi dagang, nasi beringin, nasi tomato, nasi hujan panas dengan tomyam pun ada kak. " Jawab pelayan lelaki yang bekerja di Restoran Kahfi itu.

" Kalau macam tu bagi saya nasi kerabu ya. Nak daging campur ayam. Air limau ais. " Aku memesan terlebih dahulu.

" Abang? " Soal pelayan itu kepada Aydan.

" Erm bagi saya nasi kerabu jugalah. Cuma air saya nak sirap limau. "

" Nasi tomato dengan air milo ais. "

Setelah pelayan itu pergi, Azra sudah mula tersengih- sengih. Aku yang melihatnya sudah berasa seram.

Dah mereng ke kawan aku ni?

" Tak pernah- pernah Encik Aydan kita ni nak makan nasi kerabu. Apa mimpi semalam? " Usik Azra. Padahal dia tahu Aydan sudah mula meminati nasi kerabu kerana Dania.

" Mimpi kahwin dengan Dania, " balas Aydan selamba.

Automatik aku tersedak air liur.

Azra yang melihat sudah ketawa terbahak- bahak sambil tangannya mengusap belakang badanku yang berbalut dress berwarna kuning. Muka aku sudah memerah menahan segan.

Tangan Azra aku tepis. Tak guna punya kawan!

Aydan ni pun satu!

" Kau ni pun Aydan, tak relaks. Tak lari ke mana lah Cik Dania kita ni. "

Aydan tergelak kecil. Wajahku ditatapnya dalam.

" Harap- harapnya begitulah. "


10 DAYS AMORETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang