" Mungkin aku dan dia, tidak ditakdirkan bersama. "
STRAW aku pusing- pusingkan. Sesekali air jus epal aku sedut perlahan.Mataku yang sedari tadi menunduk, naik mengintai wajah manusia yang berada di hadapanku.
Zap!
Pandangan mata aku bertemu.
Aku menelan liur yang terasa berpasir. Kenapa dia tengok aku macam nak tembus? Dahlah handsome, iman aku..
Astagfirullah al' azim!
Istigfarku di dalam hati. Aku berdehem.
" Kenapa tengok saya macam tu? "
" Saja. Melihat ciptaan tuhan yang cantik. "
Terus tersedak aku dibuatnya. Huluran tisu daripada lelaki yang mengusikku diambil laju. Bibirku dilap kemudian air diminum lagi untuk menghilangkan perit tersedak di tekak.
" Suka usik saya kan, " kataku geram.
Aydan hanya tergelak kecil. Menambahkan lagi kekacakan di wajah lelaki itu apabila diserikan dengan senyuman manis bergula.
Boleh kena diabetes!
Aku melihat jam digital pada skrin telefon pintarku. Tepat 3 petang. Cepat betul masa berlalu. Pada awalnya mereka keluar bertiga, namun sebentar tadi Azra mendapat panggilan daripada mama untuk menjemputnya di hadapan butik. Katanya kereta mama rosak tak boleh start. Jadi tinggallah dia dan Aydan menikmati hidangan makan tengah hari di food court ini.
" Saya balik dululah Aydan. Dah petang ni, " pamitku ingin pulang.
" Eh sekejap! " Aydan menahan.
" Awalnya nak balik? Baru pukul 3? Tak nak cari barang dulu kat sini? "
" Tak apalah. "
" Jomlah, Diana. Saya janji tak bawa awak pergi mana pun. Saya teman awak cari barang. Lagi pun Azra cakap awak memang nak beli barang kan? "
" Okaylah. Sekejap je. "
Daripada sekejap, terus lama jadinya. Aku berbelanja sakan, semua keperluan diri aku beli kerana tahu barang di rumah hampir habis. Tak perlulah keluar membeli- belah lagi nanti.
Aku singgah di kedai minyak wangi. Parfume jenama Victoria's Secret aku lihat kemudian aku cuba sedikit.
Wangi.
" Nak beli minyak wangi ke? " Soal Aydan di belakangku.
Aku mengangguk. Haruman jenis lain pula dicuba.
Hm, dua- dua aku suka!
Macam mana nak pilih ni? Beli dua macam membazir. Tapi susah sangat nak pilih!
Seketika teringat bahawa ada Aydan menemaninya. Aku berpusing ke belakang. Muka Aydan yang keliru kerana aku tiba- tiba menghadapnya dipandang dengan sengihan.
" Nak minta tolong boleh? "
" Hah? "
" Ni. " Aku menghulurkan tanganku. " Mana satu yang paling best? Tangan kanan ke tangan kiri? "
Dia menghidu tanganku sekejap.
" I prefer your right hand. It's sweet. Smell like fruity gummy. What is that? "
" Tangan kanan ni Love Spell La Cream. The other hand Bare Vanilla La Cream. "
Usai membeli minyak wangi, kami sudah berura- ura untuk pulang ke rumah. Namun langkah Aydan terhenti dengan tiba- tiba di hadapan satu kedai.

ANDA SEDANG MEMBACA
10 DAYS AMORE
RomanceSTATUS : COMPLETED✓ " Hai, saya Aydan. " Aku mendongak. Kacak. " Saya Diana. " Satu pertemuan membawa kepada satu hubungan yang serius dalam jangka masa yang pendek. Suka? Cinta? Dalam masa 10 hari? WARNING ⚠️ This story contains strong language. D...