" Mungkin aku dan dia, tidak ditakdirkan bersama. "
AKU menanti dengan senyuman." Siapa nak datang ni, Diana? " Soal walid.
" Kawan Diana walid. Kejap lagi dia sampai. "
Aku memandang jam pada dinding. Pukul 4.10 minit petang.
" Assalamualaikum! "
Terus aku berlari anak ke pintu masuk rumah. Pintu itu dibuka sambil salam dijawab di dalam hati. Terpacul figura mama dan papa bersama Aydan dan Azra di belakang.
" Laa, Hani dengan Lan rupanya! Eh masuk- masuk! Ingatkan siapa kawan Diana tadi. Bila dijawab kata kawan. Kawan yang mana satu pun tak tahu hahaha, " ujar walid diiringi dengan tawa di hujung ayatnya.
" Duduk- duduk. Awal Diana dah sediakan air dengan kuih- muih ni ha. Jemput minum. "
Mama dan papa berpandangan sesama sendiri sebelum tersenyum.
" Kami ni sebenarnya datang ada hajat, Huzair, Ana. "
Dahi walid berkerut. " Hajat apa tu? "
" Kami nak memetik bunga di taman. "
" Bunga yang memang ada sekuntum je, Lan. Tapi bukan anak kamu pun bunga juga ke? "
" Ini bukan untuk anak aku tapi untuk anak saudara aku. " Bibir papa memuncung ke tempat Aydan duduk. Serta- merta tegak posture badan lelaki muda itu.
Walid tergelak besar manakala umi sudah menepuk lembut lenganku sambil tersenyum. Automatik aku menunduk. Umi! Diana malu!
Dia sangka Aydan mahu menangguhkan proses merisik. Rupa- rupanya hari ini terus dibawanya waris datang ke rumah!
" Jadi inilah Aydan, sepupu Azra? "
" Iya, yang segak tu lah Aydan. Mak ayahnya dah meninggal dunia kemalangan tahun lepas. Itu yang aku jadi wakilnya.
Ini nak tahu juga ni. Bunga dah berpunya ke? "
Walid memandangku sekilas kemudian tergelak lagi. " Aku greenlight je, Lan. Asal- usulnya pun baik lebih- lebih lagi keluarga kau. Tanya tuan badan dia sudi atau tak, " balas walid bersahaja.
Mama mengeluarkan dua kotak cincin. Satu kotak cincin berwarna merah jambu dan satu lagi kotak cincin berwarna merah hati. Kedua- dua kotak itu diletakkan di atas meja dan disuakan kepada umi.
Umi tersenyum, tangan umi mengambil kotak cincin berwarna merah jambu lalu dibuka.
Cincin emas belah rotan.
Diambil pula kotak cincin berwarna merah hati.
Cincin emas bersama batu berlian.
Kedua- dua kotak berisi cincin emas itu umi letak kembali di atas meja. Senyuman wanita yang bergelar ibu kepadaku semakin melebar.
" Yang belah rotan tu cincin merisik, Kak Na. Cincin yang ada batu berlian tu cincin tunang. Kalau tuan badannya setuju, harapnya kita boleh bertunang sekali, " ujar mama kepada umi.
Umi memberi isyarat kepada walid.
" Kamu nakkan si Aydan, Diana? " Soal walid.
Aku tersenyum kepada umi sebelum menunduk.
Umi tergelak kecil diikuti walid.
" Aku kenal sangat anak aku ni, Lan. Kalau gini rupanya naklah tu! "
Makin besar ketawa walid dan papa. Anaknya yang nak kahwin bapanya yang terlebih gembira.
" Umi, walid, alang- alang Diana dah setuju ni, minta izin bawa dia ke atas. Azra ada bawa baju untuk tunang. "
" Ha sila- sila. Nanti dah siap Azra bawa Diana turun ye sayang. "
***
" Eleleleh sukalah tu! " Usik Azra sebaik sahaja kami sampai di bilik tidurku.
" Ish kau ni! " Getusku geram.
Azra ketawa kecil. " Ah, tak payah nak malu- malu kucing. Geli aku tengok kalau Aydan tengok cairlah juga. Tukar baju ni. "
Aku menyambut huluran Azra. Beg baju hitam itu aku buka zipnya.
Baju kebaya labuh berwarna biru laut dihiasi dengan batu Swarovski menyapa pandangan mataku. Tidak lupa juga tudung berwarna senada dan veil singkat bersama aksesori lain.
Tidak menunggu lama, aku menukar pakaian kepada baju kebaya labuh itu. Solekan nipis dibuat oleh Azra ke wajahku kemudian veil juga dipakaikan. Sekali tengok bukan macam baju tunang tetapi baju kahwin pun ada.
" Cantik! Confirm Aydan tengok terus tak sabar nak kahwin! "
Aku memukul bahu Azra lembut. Berdebar- debar aku dibuatnya. Tak sangka, secepat ini, aku menjadi tunangan orang. Tunang dan bakal isteri kepada lelaki yang aku suka.
" Dah, jom turun! "
Terketar- ketar tanganku apabila dipegang oleh mama sewaktu hendak menyarungkan cincin.
" Sejuknya tangan! " Tegur mama menyebabkan semua yang ada di situ tergelak.
Usai cincin disarungkan, sesi bergambar pula dijalankan. Entah bila photographer datang ke rumah pun aku tidak perasan. Tahu- tahu eh dah ada!
Aku melihat cincin emas batu berlian yang tersarung indah di jariku kemudian mataku naik melihat wajah Aydan. Ternyata dia turut memandangku.
Bibir kami sama- sama naik melengkung senyuman.
One step closer.

ANDA SEDANG MEMBACA
10 DAYS AMORE
RomansaSTATUS : COMPLETED✓ " Hai, saya Aydan. " Aku mendongak. Kacak. " Saya Diana. " Satu pertemuan membawa kepada satu hubungan yang serius dalam jangka masa yang pendek. Suka? Cinta? Dalam masa 10 hari? WARNING ⚠️ This story contains strong language. D...