" Mungkin aku dan dia, tidak ditakdirkan bersama. "
TING!
Telefon pintarku yang berbunyi notifikasi diambil dari atas katil.
Aku kembali berbaring dengan telefon pintar di tangan. Skrin kekunci itu dibuka kemudian ikon whatsapp ditekan.
One message from 011- XXX XXXXX.
Dahiku sedikit berkerut. Siapa ni? Dalam keadaan yang keliru jariku tetap membuka sembang tersebut kerana rasa ingin tahu.
Assalamualaikum, maaf ganggu. Ni Dania ke?
Jari- jemariku mengetik papan kekunci.
Yes. May I know who is this?
Siapa ni? Tiba- tiba chat aku.
Ting!
Mesej itu dibuka.
Saya Aydan.
Oh Aydan, sepupu Azra! Terus nombor itu disimpan dengan nama kenalan Aydan.
Ya, nak apa ya?
Garangnya. Saya cuma nak kenal dengan awak. Boleh?
Aku berdiam seketika. Kelihatan Aydan masih lagi online.
InshaaAllah.
Itu sahaja yang aku balas. Setelah itu whatsapp kembali ditutup dan telefon pintarku diletakkan ke sisi. Tubuhku dibawa berdiri lalu kaki dibawa ke bilik mandi.
Setelah bersiram, aku melangkah ke almari pakaian. Muslimah blouse suit berwarna hijau emerald dikenakan ke tubuh. Tudung pula dipinkan bawal berwarna putih setelah selesai bersolek ringkas.
Beg silang berwarna putih dicapai, kemudian aku menuruni tangga untuk ke bawah.
Terlihat kelibat umi yang sedang menonton televisyen di ruang tamu. Wanita separuh abad itu didekati.
" Umi, " panggilku lembut.
Umi menoleh. " Nak keluar dah ke? "
Aku mengangguk. " Takut mama Azra tunggu lama pula kat rumah. "
" Jalan baik- baik. Ingat, jaga diri. Kalau ada apa- apa, cepat call umi dengan walid. " Pesan umi kepadaku.
" Ya umi. Umi elok- elok tau kat rumah. Sebelum maghrib nanti Diana balik. Assalamualaikum umi. "
Kereta kedua milik walid aku hidupkan enjinnya. Setelah mengucapkan bismillah, aku mula memandu dengan cermat ke rumah Azra. Baru pagi tadi Azra menelefonku, mengatakan mamanya mengajak makan bersama di rumah.
Kebetulan umi juga mahu keluar bersama walid sebentar lagi, apa salahnya aku pergi melawat mama Azra. Lama juga tidak menatap wajah ibu Azra.
Perjalanan yang memakan masa 30 minit itu tidak terasa jauh kerana ketibaan aku disambut baik oleh mama Azra.
" Jomlah masuk, Diana. Lama Diana tak jumpa mama kan, " ujar mama Azra.
" Sorry mama. Lately ni memang sibuk sikit. Lagi pun ni baru start cuti midsem. Mama apa khabar? "
" Mama sihat je. Papa pun sama. " Jawab mama sambil menarik tanganku menuju ke ruang makan.
" Oh haah papa mana, mama? "
" Papa kerja ni. Kejap lagi Azra dengan Aydan turun. Duduklah Diana. "
Aku menjatuhkan kepala dua kali. Lupa pula yang ada Aydan di rumah mama. Dia ingatkan lelaki itu tinggal di tempat lain.
" Diana! Lama sampai? " Sapa Azra yang baru memasuki ruang dapur diikuti dengan Aydan.
" Baru je. Ha Azra, Aydan, duduklah kita makan sama- sama. " Jawab mama bagi pihakku.
Aku menguis nasi di dalam pinggan. Sejujurnya aku kurang selesa dengan tatapan Aydan yang duduk bertentangan denganku. Teringat pula tentang mesejnya yang aku balas acuh tak acuh. Terasakah lelaki itu?
" Eh, Diana kenapa tak makan? Ambillah lauk sambal sotong dengan sup sayur tu. Memang mama masak kegemaran Diana hari ni. Macam tak biasa pula makan rumah mama, " tegur mama yang melihat aku yang tunduk menekur nasi.
" Eh tak adalah mama. "
Terus aku mencedok sambal sotong dan sup sayur ke dalam pinggan. Ikan kering juga diambil.
Suara Azra yang tertawa kecil itu membuatkan orang lain di meja makan memandang gadis itu.
" Diana ni bukan tak biasa ma, tapi dia segan. "
Mataku sudah membulat. Pinggang Azra aku cubit perlahan.
" Auch! "
" Ha dah kenapa pula tu Azra? "
" Tak ada apalah mama. Kena gigit semut, " Azra menjawab sambil tersengih.

ANDA SEDANG MEMBACA
10 DAYS AMORE
RomanceSTATUS : COMPLETED✓ " Hai, saya Aydan. " Aku mendongak. Kacak. " Saya Diana. " Satu pertemuan membawa kepada satu hubungan yang serius dalam jangka masa yang pendek. Suka? Cinta? Dalam masa 10 hari? WARNING ⚠️ This story contains strong language. D...