" Mungkin aku dan dia, tidak ditakdirkan bersama. "
KAKI dibawa menuruni anak tangga dengan berhati- hati. Risau jika tersilap langkah. Boleh patah pinggangnya jika jatuh dari tangga setinggi 10 kaki ini." Siapa tu umi? " Soalku apabila terdengar suara di ruang tamu yang riuh- rendah.
" Ni ada mak long kamu datang! "
Langkahku terhenti. Mataku menganalisis pakaian yang tersarung di tubuh. Kemudian kepala pula disentuh untuk memastikan auratku ditutup dengan sempurna. Aku menghembus nafas lega. Segera senyuman diukur pada hujung bibir. Ruang tamu dihampiri.
" Assalamualaikum mak long, pak long," sapaku kemudian tangan mak long dikucup lembut. Senyuman dilontarkan pada seorang lelaki yang duduk bersama ibu dan bapa saudaraku. Siapa lelaki ni? Tak silap aku anak mak long ada seorang je. Itu pun belajar di Jordan.
Usai menyapa tetamu, aku berlalu ke dapur. Satu jag kaca bercorak bunga peony aku keluarkan dari kabinet dapur. Jus mangga ais aku bancuh dengan cepat. Apa yang susah? Guna saja pati mangga. 6 biji gelas bercorak sama dengan jag air aku susun di dalam dulang bersama dengan jus mangga ais tadi. Peti ais dibuka lagi, kali ini puding roti yang aku buat semalam aku keluarkan dan potong separuh. Separuh lagi disimpan kembali ke dalam peti ais.
Saja puding roti itu dibiar semalaman di dalam peti ais. Lebih sedap untuk dimakan bak kata walid.
6 biji piring kecil bersama sudu kecil aku ambil sekali. Kaki kembali dibawa melangkah ke ruang tamu.
" Jemput minum, " pelawaku lembut. Piring aku susun di atas meja kopi. Air jus mangga ais aku tuang ke dalam gelas. Kemudian aku melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan umi.
" Minumlah Daus, Mar. Arfan minum sekali. Air anak dara seorang ni. "
Mak long dan pak long hanya tersenyum.
Umi menepuk lenganku lembut. Wajah umi terbias senyuman manis. Gembira agaknya dapat berjumpa dengan adik- beradik.
" Ingat lagi tak? " Umi menunjuk kepada lelaki itu.
Aku berkerut. " Siapa tu umi? "
" Ni Arfan! Anak mak long dengan pak long ni ha. "
Aku hanya tersenyum segarit. Kekok.
" Tak apalah Na, kan si Arfan ni baru balik dari Jordan. Lama tak jumpa tu yang lupa, " ujar mak long.
" Sedap puding roti ni! "
Walid tergelak besar. " Biasa tu Daus. Puding roti tu Diana buat semalam. Biar sejuk semalam memang sedap makan. "
Aku menunduk. Malu pula dipuji oleh pak long.
" Langkah kananlah kami ni ya! "
Perbualan yang rancak itu diteruskan tanpa sudah. Kejang pipi tersenyum, aku akhirnya mengambil keputusan untuk berlalu pergi dari ruang tamu. Kali ini gazebo di hadapan rumah dituju.
Langit yang cerah dipandang dengan mata terkelip- kelip. Silau!
Hari ini sehari suntuk Aydan tidak menghubunginya. Sibukkah lelaki itu?
Kalau sibuk pun takkan tak ada masa untuk contact dia?
Tersedar, aku pantas menggelengkan kepala. Kenapa aku nak dia contact aku pula ni?
Aku suka dia ke?
" Apa yang tergeleng- geleng tu? "
Aku tersentak. Kepalaku segera menoleh, mencari figura yang suaranya menyapa tadi.
Arfan.
" Diana sihat? "
Kepala aku jatuhkan beberapa kali untuk menjawab soalannya. " Sihat."
" Lama kita tak jumpa kan? "
" Itulah. Enam tahun Abang Arfan kat Jordan kan, " balasku bersahaja.
" Walau pun enam tahun, abang still ingat. "
Dahi aku berkerut. " Aban— "
" Even it takes 100 years, I still remember, Diana. Our promise. "
Aku menghela nafas berat. Dapat mengagak hala tujuan perbualan aku dan Arfan. Jujur, aku tidak selesa dan aku tidak mahu membincangkan topik ini!
" Abang Arfan, can we just move on? "
" Move on? How can I move on, Diana? I have you in my heart. Diana pun dah pernah janji nak kahwin dengan abang bila abang start kerja. "
" Abang! I was just 16 years old that time! Diana tak boleh pun decide benda rumit macam ni. "
" Habistu? You want me to forget our memories? Sebab tu Diana tak jawab call abang, tak reply message abang? "
Aku diam.
" Answer me, Diana! "
" Yes! " Suara aku naik seoktaf melawan suaranya yang meninggi.
" How could you Diana.. abang sayang Diana macam nyawa abang sendiri, " rintih Arfan.

ANDA SEDANG MEMBACA
10 DAYS AMORE
RomanceSTATUS : COMPLETED✓ " Hai, saya Aydan. " Aku mendongak. Kacak. " Saya Diana. " Satu pertemuan membawa kepada satu hubungan yang serius dalam jangka masa yang pendek. Suka? Cinta? Dalam masa 10 hari? WARNING ⚠️ This story contains strong language. D...