Day 1

339 11 0
                                    

" Mungkin aku dan dia, tidak ditakdirkan bersama. "

BIBIR milik seorang gadis berbaju merah jambu bersama selendang yang berwarna senada melengkung membentuk senyuman. Muncul lesung pipit yang tidak seberapa dalam di pipi kirinya.

" Manis, " komennya ringkas kemudian air tealive berperisa koko itu disedut lagi.

" Dania! " Aku menoleh ke belakang. Mataku bertemu dengan mata seorang perempuan yang menghampiriku bersama senyuman.

Tetapi sebaik sahaja tubuh itu semakin mendekati meja yang aku duduki, mataku menangkap figura lain yang mengekori gadis itu dari belakang.

" Lama kau tunggu? Sorry tau jalan jammed tadi, " pinta gadis itu sambil tersenyum sebersalah.

Aku menggeleng. Wajah gadis yang bernama Azra itu ditatap dengan senyuman.

" By the way, kenalkan, ni sepupu aku. Aydan. "

" Hai, saya Aydan. "

Lelaki bernama Aydan itu tersenyum.

Aku mendongak. Kacak.

" Saya Diana. "

" Eh kau orang, jomlah beli tiket wayang. Kejap lagi movie tu start, " Azra memintas.

Setelah itu, kami bertiga pun berlalu ke panggung wayang. Movie Penunggang Agama 2 menjadi pilihan kerana sememangnya dia dan Azra peminat cerita seram. Manakala Aydan yang pada awalnya mahu menonton filem aksi akhirnya mengalah kepada dua orang perempuan.

" Sorry babe, tiba- tiba je aku bawa cousin aku. Mama lah suruh ajak dia, risau dia bosan kat rumah. "

Jelas Azra kepadaku. Sewaktu itu Aydan tiada kerana beratur membeli bertih jagung dan minuman untuk dibawa ke dalam panggung.

" Mama kau? Dia stay rumah kau ke Azra? "

" Haah, tapi dia tinggal sini tak lama pun. Sementara cuti midsem. Lepas ni dia terus balik KL. "

Aku hanya mengangguk.

Sekembalinya Aydan bersama makanan ringan, kami bertiga terus memasuki panggung wayang. Filem seram berdurasi hampir tiga jam itu ditonton sehingga tamat.

Kini perut yang lapar pula minta diisi maka food court di pusat beli- belah itu dituju.

Aku membeli nasi kerabu, manakala Azra dan Aydan memilih menu yang sama iaitu nasi berlauk.

" Diana, aku pergi tandas kejap, " beritahu Azra. Tanpa sempat aku membalas, gadis itu sudah tergesa- gesa berlalu pergi. Fahamlah aku bahawa Azra sudah tidak tahan lagi hendak membuang.

Aku menunduk, jariku mencapai sudu. Nasi kerabu itu digaul kemudian satu sudu penuh disuapkan ke dalam mulut sendiri.

Bibirku membentuk senyum.

" Sedap ke? " Tegur lelaki di hadapanku.

Aku mengangguk. " Awak nak ke? "

Dia tersengih. " Tak apalah. Saya tak pernah makan nasi tu. "

Keningku terjungkit. Tak pernah makan? Tinggal dalam gua ke Aydan ni?

" Kenapa? Nasi kerabu ni sedap tau. Masa mula- mula dulu saya pun tak makan juga tapi bila tengok mak makan, lama- lama teringin. Dah rasa terus suka hehe. "

" Awak nak rasa? "

Dengan teragak- agak, dia mengangguk.

Aku menolak pingganku ke hadapan sedikit. Mempelawanya untuk makan.

" Macam mana? Sedap? "

" Not bad, " jawabnya malu- malu.

Aku tergelak kecil. Comel pula.

Tanpa sedar, Aydan hanya merenung wajah perempuan di hadapannya yang asyik ketawa.

" Cantik, " ujar Aydan separa berbisik.

Tawaku perlahan- lahan terhenti. Mataku naik bertemu dengan mata Aydan yang masih merenungku dalam.

Tersedar daripada merenungnya, aku terus menunduk. Aku berdehem, menghilangkan rasa kekok. Pingganku yang masih ada nasi kerabu ditarik kembali mendekati tuan empunya.

Lama sangat si Azra ni pergi tandas. Pergi tandas ke buat tandas.

Panjang umur, kehadiran Azra kembali ke meja makan menyelamatkan aku daripada suasana kekok bersama Aydan.

Mujur Azra yang perasan akan suasana ' awkward ' itu tidak menyoal lebih.

10 DAYS AMORETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang