Day 8

130 7 0
                                    

" Mungkin aku dan dia, tidak ditakdirkan bersama. "


TELEFON pintarku yang dari tadi menjerit minta diangkat aku ambil dengan laju.

017-XXXXXXX

" Unknown number? " Bisikku kepada diri sendiri.

Panggilan itu dibiarkan.

Aku sambung kerja yang tergendala tadi iaitu membelek baju di dalam almari. Maklumlah tunang ajak keluar.

Eeee sukanya!

Masuk kali ketiga telefon itu berdering, aku sudah mula bosan. Telefon pintar itu dicapai kemudian ikon hijau diseret ke tepi.

" Hello, assalamualaikum? "

" Guna number lain pun Diana lambat nak jawab abang call kan? "

Aku tersentak. Arfan?

" Diana buat apa? " Tanya Arfan cuba beramah mesra.

" Arfan nak apa ni? "

" Wow! Arfan? " Kedengaran ketawa sinis dari sebelah sana. " Tak pernah- pernah Diana panggil abang Arfan je. Tiba- tiba sekarang hilang panggilan abang tu.

Kenapa? Sebab dah bertunang? "

Aku mengeluh kasar. " Boleh stop tak? Stop act like a childish! "

" Childish? " Suara Arfan bergetar.

Jantungku sudah mengepam laju. Arfan menangis ke?

" AKU SAYANG KAU MACAM NAK MATI, DIANA! " Suara Arfan menengking kuat.

Bahuku terhincut.

" Aku jaga kau, aku sayang kau, aku setia dengan kau! Aku sanggup tolak semua perempuan yang nak dekat aku selama ni semata- mata aku jaga diri aku untuk kau? Tapi kau? Kau ada lelaki lain belakang aku! "

" Arfa— "

Panggilan itu terputus. Serentak itu juga tubuhku melorot ke lantai. Telefon pintarku jatuh entah ke mana tidak aku hiraukan.

Salah aku ke?

Salah aku Arfan jadi macam tu?

Ya Allah...

***

" Diana, dahlah tu menangis. "

Aku mengendahkan pujukan Azra. Hatiku masih terkesan dengan bicara Arfan.

Aku yang bersetuju dengan Arfan saat lelaki itu menyuarakan hasratnya untuk memperisterikan aku. Aku yang setuju.

" Ni semua salah aku Azra.. " rintihku diselangi dengan tangisan.

Azra pantas menggeleng tidak bersetuju. Mutiara jernih yang mengalir di pipi mulusku dikesat oleh Azra dengan menggunakan tisu lembut.

" Tak. Bukan salah kau. Ni bukan salah sesiapa. Bukan salah kau, bukan salah Arfan dan bukan salah Aydan. "

" Easy talk, Azra. "

" This is not easy talk okay. Dia melamar kau gitu je, umur kau masih mentah, tak cakap pun dengan umi and walid yang dia nak kahwin dengan kau.

Diana, bear this in your mind. We can't force someone to love us. Same goes to Arfan. Memang kasihan dia sebab sayangkan kau, tapi dia tak boleh paksa untuk kau sayang dia balik. "

" Patut ke aku kahwin je dengan Arfan?" Tidak sedar, laju sahaja ayat itu meluncur keluar daripada sepasang bibirku.

Mata Azra terbuntang luas.

" Kau gila ke Diana! " Bahuku digoncang kuat oleh Azra.

" Wake up, Diana! Wake up! Jangan sebab kau terlalu hanyut dalam perasaan bersalah kau, kau nak korbankan semua realiti yang kau ada sekarang! "

Aku hanya diam kemudian kembali menunduk. Wajah aku tekup dengan tangan. Tangisanku kembali terhambur.

" Aku tak tahu Azra.. aku buntu.. "

" Realitinya sekarang ni Arfan bertepuk sebelah tangan, Diana. Tapi kau, dan Aydan saling sayang. Kau faham tak maksud aku Diana?

The one that should give up is Arfan. Kau dah ada proper relationship dengan Aydan. Lagi dua minggu kau orang akan bernikah. "

" What if pilihan aku salah, Azra? What if perasaan aku juga salah? "

Azra memegang kedua- dua pipiku. Wajahku dinaikkan sedikit setentang dengan wajahnya.

" Allah always know what's best for us. Do istikarah, " ujar Azra lembut.

" Dah tak payah nangis lagi. Text Aydan cakap kau okay. Risau tunang kau tu bila kau mendiamkan diri sepanjang hari ni."

Aku mengangguk lemah.

Istikarah.

Ya, istikarah.

10 DAYS AMOREWhere stories live. Discover now