"Kau tahu apa kesalahan kau dan apa yang kau patut buat, Putera Luke." Dingin Putera Noah bersuara. Wajahnya pun serius.
Berbeza dengan Putera Luke yang masih menguntum senyum. Tiba-tiba Putera Luke mendekati aku dengan tangannya yang cuba mencapai tangan aku kembali.
Nak kucup lagi?
"Dengan berbesar hatinya, saya memohon keampunan daripada Tuan Put--"
Shing.
Perbuatan Putera Luke terhenti saat pedang aku mengacu lehernya. Aku mengangkat kening.
"Saya tak rasa benda ni kelakar kalau awak nak bergurau, Putera Luke."
Aku tersenyum sinis, perasan dengan riak cuak orang sekeliling. Malah Noah pun tidak sangka dengan tindakan aku yang tiba-tiba.
"P-Puteri Keena.." Puteri Eunha memegang lengan aku risau. Aku memandang tangannya.
"Turunkan tangan awak dari saya sekarang." Ujar ku tegas. Puteri Eunha takut-takut berbuat sedemikian. Aku pula kembali memandang Putera Luke.
"Sekarang, Putera Luke. Kalau awak nak minta maaf pada saya tanpa rasa bersalah, sila simpan hasrat awak sebab saya tak perlukannya."
Aku paling tak suka kalau orang perlakukan aku seperti aku ni barang mainan.
"Ada muka tampan tak membuktikan apa-apa. Menghayun pedang pada saya secara tiba-tiba.. walaupun saya dapat menahan pedang itu, awak fikir awak tak akan terlepas daripada tertuduh melakukan kesalahan?"
"Kesalahan--"
"Diam. Saya tak habis bercakap lagi." Pedang aku semakin merapat ke leher Putera Luke. Habis pucat muka dia.
"Puteri Keena." Shing.
Satu, dua, empat.. ah sepuluh. Sepuluh bilah pedang milik Pengawal Arundel menghala ke arah aku.
"Oh? Apa ni?" Aku tergelak sinis.
"Mohon turunkan pedang Tuan Puteri daripada Putera kami. Ini demi keselamatan Putera Luke."
"Hm keselamatan. Tapi saya rasa sekarang nyawa saya yang lebih terancam? Tak begitu?" Aku melihat satu-satu pedang yang menghunus ke arah aku.
"Turunkan pedang." Putera Luke mengarah pada pengawal-pengawal nya.
"Tapi Tuan Putera--"
"Ini satu perintah, Mike." Tegas arahan Putera Luke. Pengawal-pengawal Arundel menurunkan pedang mereka.
"Saya mengaku saya bersalah dengan tindakan saya, Puteri Keena. Kalau ada apa-apa cara saya boleh tebus kesalahan saya, tolong nyatakannya di sini. Saya akan lakukannya." Putera Luke menunduk kecil.
YA. INI DIA!
Benda yang sepatutnya antagonis lakukan!
Nampak jahat pada mata semua orang. Biar Puteri Eunha saja yang kelihatan seperti bidadari pada mata mereka.
"Hmm.. mari tengok. Hukuman apa yang sesuai untuk Putera otak cetek seperti awak.."
Semua orang tersentak dengan gelaran yang aku baru berikan pada Putera Luke. Putera Luke juga tidak ketinggalan menahan muka tidak puas hatinya.
HAHAHAHAHAHAH tu laa. Lain kali jangan cari pasal dengan aku lagi!
Aku bukan Keena yang dulu.
Ini Keena yang baru punya maa!
BRAND NEW!
"Ah! Apa kata awak berikan saya satu pertunjukan?"
"Pertunjukan?"
YOU ARE READING
The King | Jeon Jungkook
FantasíaHidup berubah sekelip mata, masuk ke dalam alam fantasi. Menjadi seorang Puteri. Tapi bukan semudah yang dijangka. [The King] ©sthyne2021 Start : 270821 End : penantian itu menyakitkan.