• The King 17 •

285 48 113
                                    

Wait a minute.

Aku rasa ada sesuatu yang tak kena dekat sini.

"Puteri Keena dari Roseland.. hm?"

Ya betul! Sepatutnya Nicholas sudah mati pada masa ni. Sebelum aku dijatuhkan hukuman, dia dah mati dulu sebab Raja Jade.

Tapi aku tak dengar apa-apa khabar dari Roseland, bermakna Raja Jade masih hidup. Dan Nicholas pun, hidup!

Jalan cerita sebenar, lepas Keena letak racun dalam minuman Noah. Noah tak sedarkan diri. Tapi sebaik saja Noah bangun, dan Alexander buat tuduhan ke atas Keena tanpa bukti (Keena masih belum boleh ditangkap), Nicholas terus pergi bunuh Raja Jade.

Atau lebih tepat Nicholas mahu Keena rasa bagaimana sakitnya hilang terpenting dalam hidup.

Bermaksud bukan Noah yang arahkan Nicholas bunuh Raja Jade? Tu cuma tindakan Nicholas sendiri.

Dan memandangkan kejadian Noah diracun dapat dielakkan, Nicholas tidak jadi bunuh Raja Jade. Sekarang, dia masih hidup dan berdiri tegak.

Di hadapan aku.

"Ya, saya Puteri Keena dari Roseland."

Aku nampak dia masih simpan dendam pada semua warga Roseland hanya kerana kisah silamnya dilacurkan di Roseland.

"Saya dengar Tuan Puteri sudah menaruh perasaan pada Noah buat masa yang lama."

Lagi. Benda sama. Aku syak ayat ni dah jadi ayat azimat aku sampai mati.

"Kalau ya pun kenapa?"

"Semoga hubungan Tuan Puteri dan Noah kekal ke akhir ayat." Nicholas menunduk hormat. Selepas itu dia terus ke tingkap bilik bersedia hendak lompat--

Huh?

HUH?!

"Kita akan berjumpa lagi Tuan Puteri. Dada~"

"Kejap! Apa maksud--"

Sap! Dia terus melompat keluar.

"Nicholas!" Aku cuba berlari ke arah tingkap itu tapi gedebuk! Ya malang ya. Tubuh aku masih lemah. Boleh pulak jatuh tengah jalan.

ARGHH! AKU BENCI BADAN NI! LEMBIK MACAM SLIME!

Dan kenapa tingkap bilik aku jugak digunanya! Apa function pintu bilik aku yang besar gedabak tuuuu. Ahh gila-gila manusia kat sini. Stress haku stress.

Kreak..

"Oh wow. Pemandangan yang sangat tidak dijangka sebaik pintu dibuka."

Aku toleh ke pintu, berdirinya Noah di situ bersama Evan di belakangnya.

"Sebagai seorang Putera yang berwibawa, apa kata awak bantu dulu saya.. daripada tengok saya dalam keadaan yang mengaibkan ini."

Noah tergelak kecil sebelum mara ke arah aku. Dia membantu aku untuk duduk kembali di atas katil.

"Seingat saya tadi Tuan Puteri masih terbaring sakit. Bagaimana boleh duduk bersimpuh di atas lantai pula?"

"Nicho--"

"Evan." Kata-kata aku terhenti sebaik Noah memotong. Aku pandang ke arah Evan yang sudah bersedia untuk lompat melalui tingkap, tangannya menarik keluar pedang.

"Tak perlu." Ujar Noah tersenyum tanpa memandang Evan. Nampaknya dia memang dah biasa dengan Evan yang selalu cuba nak bunuh Nicholas.

Evan menurut. Beberapa tapak menjauhi tingkap. Menyimpan pedangnya kembali.

AKU INGATKAN DIORANG KAWAN BAIK?

TAPI KENAPA SAMPAI BUNUH MEMBUNUH SESAMA SENDIRI TU MACAM BENDA BIASA?!

The King | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now