0 1 ⚘

201 16 3
                                    

BEIGE HIGHSCHOOL

Bunyi hentakan kasut daripada seorang wanita berbaju kurung yang berkaca mata telah menarik perhatian semua pelajar yang sedang berehat di kafeteria waktu tengahari itu. Setiap langkah dan gerak geri wanita itu diperhatikan oleh para pelajar.

Tiba di hadapan papan notis, wanita itu menampal kertas berwarna biru padanya menggunakan gam berjenama Uhu yang jenis melekat mahu tak mahu.

Selesai menampal kertas itu, wanita itu tersenyum sinis kepada para pelajar yang memerhatikannya. Dia berlalu pergi dan sempat mengenyit mata sambil mengambil sekeping keropok daripada tangan seorang makcik pembersih. Makcik itu ternganga luas memandang wanita itu pergi. Bukan kerana sikap wanita itu yang kelihatan begitu hebat, tetapi kerana keropok itu dia telah kutip dari lantai kotor yang baru dia nak bersihkan.

"Cikgu Hanisah tampal kertas apa tu?" Soal salah satu pelajar yang sentiasa ingin tahu.

Sesetengah mereka tidak peduli dan melanjutkan untuk menjamu selera. Manakala sesetengah lagi berlari pecut keluar dari kelas semata-mata ingin tahu pemberitahuan notis terbaru yang dikeluarkan.

Seorang pelajar lelaki berbaju selekeh mencabut kertas itu. Dia berdiri dimana semua orang boleh melihat ke arahnya. Dia berdehem agar suaranya jelas didengar oleh semua pelajar.

"Perhatian!" Suara seperti Chipmunks kedengaran apabila dia bersuara.

"Diminta semua pelajar tingkatan lima, berkumpul di tempat perkumpulan selepas selesai sahaja waktu kelas tambahan. Tiada yang terkecuali, baik pun kamu adalah anak pengetua!" Serius pelajar itu membaca.

Para pelajar hanya mengangguk faham. Ada yang menganggukan kepala kerana makanan terlalu sedap dan ada yang menganggukan kepala kerana baru mendapat jawapan yang betul. Masa rehat pun ada jugak yang masih belajar.

"Korang rasa, apa yang Cikgu Hanisah nak buat kali ni? Minggu lepas dia suruh kita belajar di luar sekolah. Kali ni apa pulak agaknya ek?" Sarah si gadis manis menyoal kepada empat orang rakannya.

"Entahlah wey. Aku rasa, dah banyak cara dah cikgu tu guna supaya kita tak ketinggalan dalam pelajaran. Tapi bagi aku, satu pun tak masuk dalam kepala otak aku ni haa. Nak meletop je rasanya bila terlalu banyak perkataan yang perlu dihafal." Shima menjawab sambil menconteng sesuatu pada kertas.

"Eleh.. nama 12 orang crush kau tu jelah yang engko hafal en? Bagi aku lah kan, Cikgu Hanisah buat semua tu sebab nak naikkan peratus sekolah kita. Well, sekolah kita kan selalu dapat nombor sepuluh yang tercorot." Kini Nana menyampuk. Mulutnya tidak berhenti mengunyah keropok yang dibawanya dari rumah.

Botol yang diterbalikkan oleh Fathia yang disangkanya akan berdiri tegak akhirnya terpelanting terkena kepala seseorang. Maka dia buang kes dengan bertanyakan soalan dengan wajahnya yang serius.

"Ha'ah lah wey. Aku pun rasa macam tu jugak. Ingat tak masa Cikgu Hanisah marah kita masa perkumpulan pagi tadi?"

Yaani yang perasan akan perbuatan Fathia itu hanya tersenyum kecil. Pura-pura tidak melihat.

"Ingat. Bukannya kejadian tu terjadi dua tahun lepas, tapi pagi tadi tau. Tapi pelik jugak kenapa setiap kali Cikgu Hanisah marah, mesti dia akan tersenyum lepas habis perkumpulan pagi. Siap buat lawak hambar pulak tu." Jelas Yaani membuat yang lain bersetuju.

Mereka mengeluh kecil dengan serentak.

"Aku rasalah kan, kali ni mesti Cikgu Hanisah akan buat sesuatu yang kita takkan expect." Nyata Shima siap mengusap semut yang ada di atas meja.

"Contoh?" Dengan serius, Nana menyoal.

Tapi keseriusannya hilang apabila dia mengunyah keropok seperti anak kecil yang mengunyah bubur nestum dengan comel.

𝐃𝐚 𝐆𝐚𝐥Where stories live. Discover now