Kami berlima duduk di bangku yang ada di taman sementara menunggu penjual ais krim sampai. Adam dan Nawi pula sibuk bermain batu seremban walaupun sebenarnya hanya Adam saja yang main dari tadi dan Nawi buat macam dia tak wujud kat situ.
Ting-ting. Ting-ting.
Loceng berbunyi.
Kami memandang serentak ke arah penjual ais krim yang membawa ais krim dengan motor berwarna-warni miliknya.
"Aiskrim, aiskrim! Aiskrim!"
Kami berlari ke arah penjual ais krim itu.
"Wah! Ais krim!" Nana sudah bersemangat. Dia membaca satu persatu perisa ais krim yang tersenarai di helmet si penjual.
Aku juga turut membaca senarai ais krim yang dah sedia tertulis. Ahh, ais krim buatan sendiri rupanya. Ada ais krim milo, sirap, anggur, susu lembu, jagung dan asam boi.
Pergh.
"Hah, kak mau apa? Ini ais krim manyak sedap wo. Mau mana satu?"
"Eh kak kepala hotak hang. Aku ni nampak macam kakak kau ke? I'm a student you know?"
"Oh ya ka? Maaf, saya tak tahu. Okey, adik kecik mau apa?"
Eh dia ni aku hempuk juga dengan beg sekolah aku ni kang. Mentang lah aku ni pendek, dia panggil aku kecik pulak?
"Dah lah tu Thia takyah mental. Okey korang pilih mana satu korang nak." Adam sudah sedia mengeluarkan beg duitnya dari poket.
"Aku nak ais krim milo." Aku pantas mengambil satu- eh tak, satu tak cukup jadi aku ambil dua.
"Tamak eh kau?" Adam menjeling tajam.
"Eh suka hati aku lah. Satu eskem mana cukup. Ingat ek, aku masih belum maafkan kau pasal hal pagi tadi."
Adam terdiam.
"Aku pun nak dua lah kalau macam tu. Nak aiskrim milo ngan jagung." Nana memang.. memang belajar benda tak baik dari aku. Bangganya aku.
"Heish, Nana. Kau ni tak reti bersyukur ke apa? Kalau orang dah belanja tu, jangan lupa cakap terima kasih." Shima menggeleng-gelengkan kepalanya melihat ke arah Nana.
Dia mula mencari-cari ais krim yang dia mahu. Dia mengambil ais krim berperisa milo dan asam boi.
"Haa, Adam makasih bebanyak. Aku doakan kau dapat jodoh yang baik." Dia menjelaskan sambil tangan sibuk mengambil ais krim satu persatu. Sudah cukup tiga di tangannya, baru lah dia berhenti mengambil.
Sarah pula tidak banyak songeh. Dia hanya mengambil satu ais krim berperisa anggur. Pencinta buah-buahan dan alam semula jadi, begitulah Sarah.
Kini giliran Yaani pula. "Yaani nak yang mana?" Lembut saja Adam menyoal.
Kami berempat sudah duduk di bangku menikmati ais krim itu hanya memandang mereka berdua yang kelihatan seperti pasangan saling bercinta.
"Adam suka Yaani ke?" Shima menyoal.
"Tak. Dia tu memang macam tu. Semua perempuan dia nak goda." Jawab aku dengan selamba. Mereka mengangguk serentak percaya dengan kata-kata ku. Padahal aku tipu je pun. Heh.
"Tak hairanlah kenapa dia suka senyum sambil kenyit mata en?" Nana menyoal.
Aku menggelengkan kepala. Mereka kelihatan fokus dan tertarik ingin mendengar cerita ku. "Kalau korang nak tahu, Adam tu memang macam tu. Dia tu sebenarnya ada penyakit smiwink."
Perkataan smile dan wink aku gabungkan. Lantak ah, yang penting ada bunyi.
"Haa? Penyakit apa tu? Tak pernah dengar pun."
YOU ARE READING
𝐃𝐚 𝐆𝐚𝐥
Teen Fiction𝓪 𝓵𝓲𝓯𝓮 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓪𝓫𝓸𝓾𝓽 𝓽𝓱𝓮𝓶 , 𝓽𝓱𝓮 𝓯𝓵𝓸𝔀𝓮𝓻𝓼 𝓪𝓷𝓭 𝓽𝓱𝓮 𝓫𝓮𝓮𝓼 ✿ Da Gal〃DG • a friendship story • ✿ HYGGE series #1 Beige Highschool. They are just ordinary girls who have an extraordinary connection in their friendship...