PREET.
Bunyi tiupan wisel yang kencang telah menghasilkan gema di dalam dewan latihan.
"Aku nak korang fokus. Ingat, pertandingan tinggal dua minggu je lagi."
Keadaan menjadi sangat tegang apabila Nawi kelihatan tegas seperti seorang jurulatih yang sebenar.
"Hari ni, aku nak korang berlatih dengan beberapa orang kawan aku yang pernah ikut aku berlawan masa kat sekolah lama aku. Jadi, aku nak korang bermain macam di pertandingan yang sebenar."
"Bro, aku ada soalan." Fathia mengangkat tangan tinggi.
Nawi angkat wajah menyuruh Fathia untuk melanjutkan pertanyaannya.
"Kekawan kau. Diorang tinggi kan? Boleh ke kitaorang menang?"
Bukan calang-calang soalan yang diajukan oleh Fathia. Nawi hanya memakai wajah biasa.
"Kau takut kalah atau kau nak menang? Kau kena pilih satu antara dua soalan ni supaya kau dapat terus main. Ketinggian bukan masalahnya. Kalau kau rasa kau tak dapat buat tapi takkan mengalah dan terus berusaha, kau akan menang. Tapi, kalau kau fikir yang kau akan kalah dan tak nak teruskan.. Kau akan kalah."
Fathia mengangguk faham. Dia faham sepenuhnya yang dia pendek akan kalah dengan orang tinggi. Tetapi dalam masa yang sama dia tahu dia pendek, dia tak akan mengalah. Tiba-tiba dia bangga menjadi pendek kerana pendek bukan menjadi satu masalah. *Hidung kembang*
"Kekawan aku akan tiba dalam sepuluh minit. Sementara tunggu diorang, aku nak korang warming up."
DG dan tiga serangkai mula membuat bulatan dan masing-masing mula memanaskan badan.
"Kau tak rasa ke yang Nawi cool tadi?" Shima menyoal kepada Nana dan Fathia yang ada di sebelahnya.
"Ye Shim. Dia ingatkan aku pada abah aku yang selalu pesan supaya tak give up untuk sokong kumpulan Liverpool." Selamba Fathia menjawab.
"Nawi tu tak lah garang sangat sebenarnya kan? Dia tu cuma tegas je orangnya. Aku dapat nampak dari mata dia."
Kata-kata Nana mendapat sengihan dari Shima.
"Kau ahli nujum pak belalang ke dapat tahu perangai orang tu tengok dari mata je? Tapi, betul lah tu yang Nawi tak garang sebenarnya. Dia pernah senyum kat aku sekali."
"Kau biar betul? Nawi senyum? Tak percaya aku."
"Aku percaya kau Shim. Aku percaya yang kau tengah berimaginasi."
Shima mendengus kecil. Susah dapat kawan yang tak supportive ni.
"Korang percayalah aku. Kalau korang tengok senyuman dia, fuh rasanya macam terapung-apung kat udara dah agaknya."
"Maksud kau angau?"
"Ah. Lebih kurang."
"Mana satu ni. Lebih ke kurang?"
"Kau diam lah Na."
Fathia dan Nana tersengih-sengih saling berpandangan sebelum Fathia mula merapatkan dirinya lagi di sebelah Shima dengan lebih dekat.
"Shim, nampaknya kau orang paling bertuah sebab dapat tengok senyuman Nawi. Adam pernah kasi tau kat aku yang Nawi- sebelum tu, Nana muka tu jangan terkejut sangat. Jangan salah faham okey, kitaorang tak mengumpat pasal Nawi. Anyways. Adam kata, Nawi tu senyum bila perlu je. Dia tu orangnya pendiam. Tak cakap banyak. Orang mintak tolong, dia tolong. Dia tak pernah mintak tolong sebab dia macam apa orang kata, tiada apa yang dia tak boleh buat. Agitchewww."
YOU ARE READING
𝐃𝐚 𝐆𝐚𝐥
Teen Fiction𝓪 𝓵𝓲𝓯𝓮 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓪𝓫𝓸𝓾𝓽 𝓽𝓱𝓮𝓶 , 𝓽𝓱𝓮 𝓯𝓵𝓸𝔀𝓮𝓻𝓼 𝓪𝓷𝓭 𝓽𝓱𝓮 𝓫𝓮𝓮𝓼 ✿ Da Gal〃DG • a friendship story • ✿ HYGGE series #1 Beige Highschool. They are just ordinary girls who have an extraordinary connection in their friendship...