KRING KRANG-KRING KRANG!
Jam loceng berbunyi dua kali kerana Cikgu Hanisah telah menekannya dua kali secara sengaja untuk membuat para pelajar lebih bersemangat untuk belajar.
"Annoying gila bunyi loceng sekolah kita ni." Pelajar lelaki yang bernama Dirfan mengadu sambil menghisap gula bertangkai berwarna merah. Dua orang rakannya, Faizi dan Aniq pula mengangguk setuju.
"Apa kata kau suruh je ayah kau tukar bunyi loceng sekolah ni."
"Kau ingat bapak aku punya sekolah ke?" Dirfan mengerling tajam memandang Aniq.
"Bapak kau kan pengetua sekolah."
Dirfan mengeluh dengan penuh kemalasan. Memang malas betul dia bila dikaitkan dengan ayahnya. Tambahan pula ayahnya seorang pengetua, lagi lah dia malas nak dengar.
"Faiz, kau diam je dari tadi. Tengok apa tu? Share lerr dengan kitaorang."
Faizi menggelengkan kepalanya lalu cuba untuk menyembunyikan telefonnya.
"Woi, kau sorok apa tu?" Aniq cuba merampas telefon dari Faizi. Namun Faizi menyorokkannya dibelakang badannya dan telefon digenggam rapat.
Dirfan juga ingin tahu maka dia merampas telefon daripada pegangan Faizi.
"Kau suka budak ni ke? Serius la?" Dirfan menyoal dengan wajahnya yang tak percaya.
Faizi menggaru tengkuk belakangnya. "Bukan suka.. Ala, aku tengok gambar dia je lah. Bukannya aku like ke apa pun. Bak sini phone aku."
"Eleh tak nak mengaku. Jap, si budak Sarah ni bukannya dah ada boyfriend ke? Wuish, kau biar betul Faiz berkenan dengan dia?" Aniq tersenyum sumbing.
"Ha'ah. Budak pandai. Tak masalahnya, apa kurangnya aku? Aku lagi kacak lah daripada boyfriend dia tu." Telefon telah dipulangkan semula.
Dirfan mendengus kecil.
"Kau kacak ke, tak ke itu bukan masalahnya. Hati kau tu. Dia nak ke lelaki samseng macam kau ni?"
Aniq tersengih mengangguk setuju. "Betul tu. Tak apa lah Faiz, banyak lagi perempuan kat sana yang boleh terima kau."
Faizi hanya mampu terdiam mendengar nasihat dari rakannya.
⊹ ⊹ ⊹ ⊹ ⊹ ⊹ ⊹ ⊹
"Wah, baru je nak mula belajar tapi aku dah rasa mengantuk semacam je. Aduh.." Fathia mengadu sambil muka dibenamkan ke atas meja. Shima yang memerhatikan dia itu turut serta membenamkan wajahnya. "Tulah, aku pun ngantuk juga. Jom ah tidur. Cikgu pun tak sampai lagi tu."
"Korang berdua ni, asyik tidur je kerja korang. Nak tunggu cikgu buat apa? Sesi pelajaran kan dah digantikan dengan pelajar dari tingkatan enam yang awasi kita. Korang dah lupa ke?"
Shima mengangkat wajah mendengar bebelan Nana. "Serius laa? Hari ni ke start ? Bukan esok?"
"Shim, kau mengumpat di barisan paling belakang kan semalam? Sebab tu kau tak dengar apa yang Cikgu Hanisah cakap semalam." Fathia menyampuk dengan mata yang tertutup rapat. Kepala dilentokkan bersandar pada lengan. Mata terbuka semula memandang ke arah Shima.
"Hehe. Nana yang mulakan, aku join aje lah." Shima tersengih menayangkan wajah yang tidak bersalah.
Sedang asyik mereka berbual, Sarah dan Yaani pula sibuk menyiapkan kerja sekolah yang sepatutnya dijadikan kerja rumah dan dihantar minggu hadapan.
YOU ARE READING
𝐃𝐚 𝐆𝐚𝐥
Teen Fiction𝓪 𝓵𝓲𝓯𝓮 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓪𝓫𝓸𝓾𝓽 𝓽𝓱𝓮𝓶 , 𝓽𝓱𝓮 𝓯𝓵𝓸𝔀𝓮𝓻𝓼 𝓪𝓷𝓭 𝓽𝓱𝓮 𝓫𝓮𝓮𝓼 ✿ Da Gal〃DG • a friendship story • ✿ HYGGE series #1 Beige Highschool. They are just ordinary girls who have an extraordinary connection in their friendship...