1 8 ⚘

28 10 3
                                    

Jam berdetak. Hujan renyai yang mula turun telah membasahi Kota Hain pada malam itu.

"Sasil-eun naega.."

"Nana!"

Telefon terlepas daripada tangan Nana apabila terdengar suara lantang abangnya yang sedang memanggilnya.

"Heish. Masa ni jugak lah aku kena panggil. Jap, pause lu ek."

Nana menekan butang segi tiga yang tertera pada skrin telefonnya. Drama korea yang bertajuk 'All of us are single' itu di pause sebentar.

"Abang Firaz nak apa?" Nana menuruni setiap anak tangga dengan malas.

Firaz yang sedang berehat di ruang tamu itu hanya sibuk dengan telefon sambil menyuap sekeping oreo ke dalam mulut. Boleh dikatakan keluarga mereka penggemar biskut oreo.

"Sinilah dulu. Abang nak bincang sesuatu dengan kamu." Firaz meletakkan telefonnya ke atas meja sebelum menepuk-nepuk sofa mengarahkan Nana untuk duduk di sebelahnya.

"Apa dia?" Nana melabuhkan punggungnya di sebelah Firaz sambil memeluk bantal yang berwajahkan karakter kartun Gumball.

"Macam ni, abang lama dah fikir pasal benda ni. Tak lama lagi hari jadi mama kan? Jadi, abang ingat nak buat kek khas untuk mama. Abang plan nak buat kek yang sama macam abang buat untuk Nana dulu. Acane? Okey tak?"

Nana terdiam seketika untuk menghadamkan ayat-ayat yang telah diungkapkan oleh abangnya itu. Susah untuk dicerna. Dia masih ingat lagi peristiwa tragis di hari jadinya tahun lepas di mana dia mengalami cirit birit yang teruk kerana memakan kek buatan abang Firaz.

"Haha, baiknya abang.. tapi Nana rasa tak payah kut. Sebenarnya Nana dah tempah kek kat satu kedai kek ni. Tapi kalau abang nak buat jugak, abang buat lah, khas untuk mama."

Firaz tersenyum kelat.

"Alah, abang bukan apa. Abang baru plan je. Belum buat lagi. HAHA. Baguslah kalau Nana dah cakap macam tu. Oh ya, macam mana dengan hadiah? Nana dah beli hadiah tak?"

Nana hampir terlupa. Nasib baik Firaz mengingatinya. "Belum lagi. Nanti Nana ajak kekawan beli sesama. Abang takyah risau lah."

"Jangan lupa belikan hadiah untuk abang sekali."

"Eh?"

Ghisau Nana dibuatnya.




11:43 pm

____________________________________________

Da Gal ♡✧
Fath, Sarah, Shim, Yaani, you

you
Gaisss
Sabtu ni sape free?


Shim
Hoho, maap saya mahal

you
-_-

Shim
Ala jangan la marah macik
Aye gurau je keh XD

you
Diam ah kau
Yg lain? Sunyi je gc ni asal?

Shim
Tu ah
Aku dah kata
Kalau aku on je, diorang mesti
hilang entah ke mana.
Tak tau lah kenapa
Kenapa ek Na?

you
Sebab kau bekwn ngan toyol

Shim
Eh Na, toyol tu memang
adik aku pun.
Stiap mlm adik aku
msuk bilik aku curi gula² aku doh
Hebat kau na
Macam mana kau tau? Bak kata jarjit
Marbelesss

𝐃𝐚 𝐆𝐚𝐥Where stories live. Discover now