DUP DAP DUP DAP.
Jantung Nana berdegup laju tatkala menanti keputusan yang akan diumumkan. Mata memandang kiri kanan sambil berzikir nama Kiwi berkali-kali.
"Bukan Kiwi, jangan dengan Kiwi. Tolonglah jangan dengan dia."
Kiwi pula memandang Nana dengan penuh curiga sambil mengorek hidung guna hujung pensil.
"Kumpulan empat.. Nana, Fathia, Kiwi dan Khairul."
Nana menjerit sekuat hati yang tidak kedengaran. Itu kerana dia menjerit di dalam hati sebab itulah tidak kedengaran.
Shima pula mengusap belakang Nana agar dia tetap tabah menerima ujian dengan penuh redha.
"Tabah lah ye Na. Orang kurang akal memang selalu ditakdirkan untuk bersama."
"Aku tak bodoh, okey?"
"Eh aku tak cakap. Kau sendiri mengaku."
Shima akhirnya mendapat jelingan maut daripada Nana.
"Okey terus buat kumpulan jangan buang masa. Ingat sikit masa itu berharga kalah harga kereta Mercedes milik cikgu."
Cikgu Salmah sempat memberi pesanan yang paling berguna kepada pelajar-pelajarnya itu disambut dengan penuh sorakan. Cikgu Salmah hanya tayang wajah bangga.
"Adil tak payah pandang cikgu macam cikgu ni bibik kamu. Pergi buang jeleousssy kamu tu jauh-jauh kat Africa."
"Eh apakah salah ku?"
Adil yang merasa seperti difitnah itu dipulaukan oleh Cikgu Salmah.
"Okey, kumpulan lima yang akan diberi nama kumpulan hampir terberak dalam seluar.. Adil, Syafie, Shima dan Aminah."
"Wey asal aku satu kumpulan dengan Adil?" Shima tidak berpuas hati.
"WUEHEHEHE. Karma is real, Shim."
Nana mentertawakan Shima sama seperti dia ditertawakan oleh Shima sepanjang hidupnya.
"Kumpulan yang terakhir pula.. Hariz, Zimin, Yana, Sarah dan Yaani."
Para pelajar mula berkumpul dengan kumpulan masing-masing.
"Yo, Nana my bestieeh. What's up?"
Fathia angkat tangan kanan berura-ura ingin ber high-five dengan Nana. Namun Nana tidak melayan Fathia kerana mood nya telah melayang jauh separuh ke alam lain.
Fathia tersengih. Dia tetap high-five dengan tangannya yang satu lagi dan tetap merasa bersemangat.
"Kau period ke beb?"
"Tak. Aku tak nak satu kumpulan dengan Kiwi. Apatah lagi Khairul. Fuh. Serik gue."
"Asal pulak? Diorang okey je. Cerr tengok."
Serentak Fathia dan Nana memandang Kiwi dan Khairul yang duduk berhadapanan dengan mereka. Kedua-duanya kelihatan normal sehinggalah Khairul mematahkan pemadam menjadi dua kemudian menghulurkan salah satunya kepada Kiwi.
Khairul mula menyasarkan kepala Syafie. Pemadam terbang tinggi lalu mendarat atau lebih kepada terhempas ke atas kepala Cikgu Salmah dengan teruk. Cikgu salmah hanya menggosok-gosok kepalanya yang hampir cedera parah. Nasib baik tak amnesia.
Bila Cikgu Salmah mengangkat muka, dengan muka tidak bersalah Khairul tunding jari menunjuk ke arah Kiwi yang sedang memegang potongan pemadam yang selebihnya tadi. Maka jelaslah di sini Kiwi yang tampak bersalah. Bagus, Khairul. Bagus.
"Okey ke?"
Nana toleh kiri pandang Fathia yang sudah tergelak kecil.
"Haha. Hmm." Fathia tertawa sambil sedapkan hati yang berkumpulan dengan Kiwi dan Khairul bukanlah perkara yang teruk mana pun.
YOU ARE READING
𝐃𝐚 𝐆𝐚𝐥
Teen Fiction𝓪 𝓵𝓲𝓯𝓮 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓪𝓫𝓸𝓾𝓽 𝓽𝓱𝓮𝓶 , 𝓽𝓱𝓮 𝓯𝓵𝓸𝔀𝓮𝓻𝓼 𝓪𝓷𝓭 𝓽𝓱𝓮 𝓫𝓮𝓮𝓼 ✿ Da Gal〃DG • a friendship story • ✿ HYGGE series #1 Beige Highschool. They are just ordinary girls who have an extraordinary connection in their friendship...