[Fathia's POV ]
"Dam!" Aku menggegarkan pintu bilik Adam tanpa rasa segan.
"Yes-" Pintu dibuka menampakkan wajah seorang lelaki kacak yang aku cukup kenal.
"Eh- SORRY ADRIN! SALAH PINTU." Aku menutup kembali pintu bilik milik Adrin, abang Adam.
Fuh. Salah bilik.
"Bilik Adam dekat dengan toilet tu." Jelas Pak long yang ingin memasuki bilik sambil mendukung anak kucing.
"Oh." Aku mengangkat ibu jari sebelum mengetuk pintu Adam atau perkataan sebenarnya ialah menampar kuat pintu biliknya.
Pintu terbuka membuatkan aku tertampar muka Adam.
"S-sorry Dam, tertampar pula." Aku meminta maaf tanpa rasa bersalah.
Ah, mesti kelakar kalau muka kacak dia tu lebam datang sekolah esok.
"Kau buat apa huh datang rumah aku tengah-tengah malam macam ni?"
"Eh takyah lah marah. Aku datang secara baik kan?"
"Hah baik apanya? Kau ketuk pintu ke nak rosakkan pintu aku sebenarnya?"
"Ilek lah. Jom ah keluar. Aku nak bincang ngan kau ni."
"Keluar pergi mana?"
"Lah keluar rumah lah. Duk terperap kat dalam bilik ni buat apa? Ha, lagi baik kita pergi keluar rumah ambik angin segar."
Adam akur sebelum menggulingkan anak matanya. Heh, cucuk mata tu kang baru tahu.
"Pergh bau taik kucing." Aku menutup hidung.
"Haa tu ah kau. Aku dah kata tak payah keluar. Degil lagi, nak hirup udara segar kononnya."
Aku tersengih.
"Dam, kau nampak kacak hari ni."
"Tahu tahu. Sejak lahir lagi."
Aku hampir termuntah. Fuh menyesal puji.
"Jap, kau puji- WAIT. KAU PUJI AKU? FOR THE FIRST TIME- OH MY." Adam kelihatan terharu. Dia menekup mulut sambil mengipas dirinya. Tak percaya yang aku puji dia.
"Haha. Kau tahu kan kalau aku puji tu maksudnya ada kemahuan aku." Aku tersenyum mengangkat kening.
Adam berhenti mengelap air mata yang tidak wujud. Dia menyepetkan matanya. "Kau nak apa?" Wuih, seriusnya.
"Tak macam ni, aku nak minta tolong kat kau. Aku nak kau jadi jurulatih kitaorang."
"Ahh? Ahh! Untuk perlawanan bola tampar tu kan?" Adam seperti orang yang genius meneka.
Aku mengangguk-anggukan kepala ku. "Ah, yes yes. That one brother."
"Aha! Kau cari orang yang-"
"Aku tahu kau boleh diharap Dam!" Aku hampir melutut bahagia kerana Adam dapat memahami aku. Selama ni pasti dia akan menolak-
"-salah."
Erk?
Aku bangkit semula sambil berpeluk tubuh. "Kau jangan main-main, Dam."
Adam meraup rambutnya dengan kegelisahan di wajahnya.
"Dam, bukan kau kata kau pernah ikut sukan bola tampar ke?"
"Yes. Aku ada kata, tapi aku tak kata aku ikut berlawan masa tu. Aku jadi simpanan je doh."
"Hah? Tapi sekurang-kurangnya kau tahu cara main bola tampar kan?"
"Urm- yeah."
Aku duduk di sebelah Adam sambil menutup hidung. Bau taik kucing yang semerbak baunya sudah menganggu ketenteraman jiwa.
YOU ARE READING
𝐃𝐚 𝐆𝐚𝐥
Teen Fiction𝓪 𝓵𝓲𝓯𝓮 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓪𝓫𝓸𝓾𝓽 𝓽𝓱𝓮𝓶 , 𝓽𝓱𝓮 𝓯𝓵𝓸𝔀𝓮𝓻𝓼 𝓪𝓷𝓭 𝓽𝓱𝓮 𝓫𝓮𝓮𝓼 ✿ Da Gal〃DG • a friendship story • ✿ HYGGE series #1 Beige Highschool. They are just ordinary girls who have an extraordinary connection in their friendship...