⊹ ⊹ ⊹ ⊹ ⊹ ⊹ ⊹ ⊹
"Pengetua Hami sebenarnya memang tak nak kelas kita ikut pertandingan bola tampar tu sebab dia nak kita fokus kat pelajaran kita je.
Tapi Cikgu Hanisah cakap pertandingan tu tak akan menjejaskan reputasi pelajaran kita. You know, pengetua tu bukannya nak dengar pendapat orang lain, kan?
Pengetua benarkan kelas kita untuk ikut pertandingan tu tapi dengan syarat, waktu latihan tak boleh dibuat semasa hari sekolah. Maksudnya, korang boleh berlatih masa hari Sabtu dan Ahad je."
Penerangan dari Riana buatkan aku mengangguk faham. Kalau itu alasannya aku boleh terima kut.
"Sebenarnya ada lagi sebab kenapa pengetua tak nak kita ikut pertandingan tu."
Aku memandang Riana yang sudah bermain-main dengan cermin kecil miliknya.
"Sebab apa?" Tanya Fathia serius.
"Dirfan. Aku pernah dengar perbualan Dirfan dan pengetua dalam pejabat pengetua."
"Aku tahu, mesti Dirfan mengadu kat bapak dia kan?"
Riana geleng kepala.
"Lebih teruk lagi daripada tu."
Aku menelan air liur kesat. Wajah Riana yang sudah bertukar pahit itu perlahan-lahan memandang ke arah luar jendela.
"Nawi."
Huh?
"Apa maksud kau sebab Nawi?" Tanya Shima inginkan kepastian.
"Dirfan bagitahu kat ayah dia yang Nawi berubah sejak jumpa korang. Dirfan kata Nawi tak sepatutnya masuk campur dalam pertandingan bola tampar ni dan tak payah susah-susah nak jadi coach korang.
Dirfan kata korang desak Nawi untuk jadi coach korang. Aku tahu semua tu tak betul dan dalam hal ni Dirfan dah gunakan Nawi sebagai alasan untuk kenapa pengetua benci kelas kita.
I mean, pengetua bukannya pernah tak percaya kata-kata dusta si Dirfan. Anak dia kan, mestilah dia percaya. Lagi-lagi bila waktu pertandingan tu kitaorang nampak yang Nawi dan Dirfan hampir bergaduh.
Makin marahlah pengetua dengan Nawi sebab dia tak pernah nampak Nawi buat hal kat publik macam tu. Which is makin besarlah salah faham dia kat korang yang dia rasa korang dah bagi pengaruh yang buruk kat Nawi. Jadi, aku nak nasihatkan korang, lepas ni hati-hati."
"Weh. Kau termenung apa?"
Tersentak aku bila Fathia mencuit bahu aku dengan kecil.
Aku hanya pamerkan senyuman tawar pada Fathia. Kini kami sedang duduk di bawah pohon tua yang ada di taman.
"Tak.. aku just teringatkan kata-kata Riana pagi tadi."
Aku mula memeluk lutut aku dengan lebih rapat manakala Fathia sudah melabuhkan punggungnya di sebelah aku.
Dia mengambil kayu ranting yang ada di atas tanah sebelum bermain-main dengan kayu ranting tersebut. Dia pandang aku sebelum bersuara.
"Lupakan jela pasal pengetua tu. Buat pening jelah weh. Even, Nawi sendiri kata ignore je semua tu. Kita perlu fokus kat diri kita je buat masa sekarang."
"Aku tahu.." Mendatar suaraku menjawab.
"Kau tahu apa? Korang borak apa?"
Shima mencelah yang sudah berdiri di hadapan aku dan Fathia. Dia mula duduk bersila depan aku sambil memeluk beg sekolahnya. Nana dan Sarah yang baru muncul turut menyertai kami.
YOU ARE READING
𝐃𝐚 𝐆𝐚𝐥
Teen Fiction𝓪 𝓵𝓲𝓯𝓮 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓪𝓫𝓸𝓾𝓽 𝓽𝓱𝓮𝓶 , 𝓽𝓱𝓮 𝓯𝓵𝓸𝔀𝓮𝓻𝓼 𝓪𝓷𝓭 𝓽𝓱𝓮 𝓫𝓮𝓮𝓼 ✿ Da Gal〃DG • a friendship story • ✿ HYGGE series #1 Beige Highschool. They are just ordinary girls who have an extraordinary connection in their friendship...