Raja Arman Alzaidan, seperti yang ditulis pada penerangan tadi. Sangat cerewet dan dia sahaja yang betul orang lain salah!
Raja Arman lelaki bujang yang tidak mempunyai pasangan sehingga sekarang dia berumur 23 tahun. Ya dia tersangatlah memilih, walaupun perempuan itu sempurna dimata orang lain tapi tidak dimatanya.
Tak kisah la perempuan itu pandai memasak, mengemas rumah, pandai jaga anak-anak, dia tetap berkeras kepala.
Jika ditanya dia suka perempuan yang seperti mana, Raja Arman akan cakap
"Yang lawa, yang cantik, yang seksi, yang freehair dan paling penting yang dengar cakap! Senang je kan? Apa susah sangat nak jumpa perempuan macam ni hish!"
Memilih! Gatal pula tu, nak yang seksi, hattuih! Macam lah Raja Arman itu sekacak dan mempunyai badan yang sado dan lengan dipenuhi dengan urat-urat syurga bak kata anak-anak wattpad.
"Ibunda ku yang tersayang, tolong lah reject dia untuk menjadi bakal menantumu dan bakal isteriku. Arman tidak sanggup! Oh tidak, dunia ini sangat kejam" rintih Raja Arman supaya ibunya kasihankan dia.
"Iye lah yelah, ibu batalkan. Hish kamu ni mengada" balas ibunya, Puan Yarti yang sudah tua dan mempunyai impian untuk bertemu cucunya dan menjadi nenek tapi tidak kesampaian.
"Alhamdulillah! Tak perlu kahwin. Tenang, kalau aku berkahwin akan banyak beban yang perlu aku tanggung kan? Jadi aku memilih untuk tidak kahwin" bisik Raja Arman dalam hati dan membuat mimik muka tersenyum senang
Raja Arman tidak mempunyai seorang kawan langsung, dia cuma berteman dengan dua ekor kucing jantan dan sangat rapat dengan satu pembantu pribadinya yang lebih tua darinya. Mereka berdua sudah rapat dari Raja Arman kecil lagi.
Lelaki itu yang selalu menjaga dan melayan karenah Raja Arman sejak bayi dan sampai dia besar. Ayah kandung Raja Arman sudah lama meninggal dunia masa dia umur 15 tahun dan dari situ dia mula berdikari.
Sctiho, itu nama pembantu pribadinya yang sangat setia pada dia. Dia tidak sanggup untuk meninggalkan Raja Arman dalam kesakitan kerana dia sudah anggap lelaki itu sebagai anaknya sendiri.
Kenangan yang paling tidak boleh dilupakan waktu Raja Arman umur 6 tahun, dia mengajak bapanya bermain basikal tetapi ayahnya hanya memulaukan dia dan sambung membaca surat khabar. Yang menemani Raja Arman bermain hanya lah Sctiho.
Budak lelaki itu lancah mengayuh basikal sehingga dia tidak perasan dia terlanggar batu besar dan dia terjatuh, lututnya berdarah akibat terkena batu dan darah mula keluar sedikit demi sedikit sampai kaki budak lelaki itu terasa pedih.
"Ay- ayah sakit.. Sakitt, sakit ayah.." tersedu-sedu budak lelaki itu mengucap sambil menahan pedih di lututnya. Matanya berkaca-kaca kerana tidak tahan rasa sakit itu
"Tch.. Manja" kata bapa Raja Arman lalu pergi masuk ke dalam rumah agam milik isterinya.
Girlboss gituw
"Tuan muda, izinkan saya menyapu ubat di tempat yang sakit itu" Sctiho meminta izin namun Raja Arman menepis tangannya dan bangun berlari mendapatkan ibunya
"Ibu.." panggil Raja Arman lembut setelah sampai di buaian tempat Puan Yarti selalu menenangkan diri
"Ya sayang, eh darah! Kenapa ni anak ibu?" soal Puan Yarti terkejut melihat darah yang mengalir keluar dari lutut anak putranya seorang ini
Sctiho bergegas pergi ke tempat Puan Yarti dan menerangkan apa yang terjadi tadi.
"Haih sayang, jangan main basikal kuat-kuat sangat, tengok tu kan dah berdarah. Sakit tak?"
YOU ARE READING
Raja dan Tengku | H
Romance3 | by NYNJELLY_ || Raja Arman x Tengku Dahlia || Kisah harian Raja dan Tengku! Bacaan santai. "A King may rule but a Queen will conquer" Tengku "A true Queen will stand by her King even at his lowest moments" Raja Start : 25 November 2021 End : ...