R D T : 12

415 56 38
                                    

"Abang, saya nak tanya boleh?" Soal Tengku ingin memulakan perbualan dengan Raja

"Tanya lah"

"Siapa Kamelia Azura? Umur dia berapa? Masa periksa dia ada berapa A? Dia tinggal dekat mana? Siapa dia pada ab--" Raja cepat-cepat menekup mulut isterinya dari menyoal dia tanpa berhenti

"Shyhh shyhh.. Bagi lah aku jawap satu satu dulu ya allah kau ni pun Senah"

"Hihihi, mana tahu si Kamelia Azura tu bakal madu saya ke?"

Allah! Raja menepuk dahi sambil menggeleng kepala, apa kena dengan isteri aku ni?

"Tak sayang, kau tak akan ada madu sampai lah anak kita ada cucu, Faham? Aku tak akan duakan kau dalam diam dan tak akan pernah duakan kau. Ngerti gak senah?"

Tengku mengangguk kepala tanda faham. Matanya dibulatkan sambil berkelip-kelip mata. Ada la tu maksud tersirat

"Apa sayang?"

"Siapa Kamelia Azura tu?"

"Perempuan yang tak patut wujud dan lahir di muka bumi." Jawap Raja ringkas

"Tapi dengan izin Allah SWT dia wujud kan?"

"Ya sayang, dengan izin Allah SWT juga dia sakitkan hati abang." Jawap Raja lagi dengan pasrah

"Mungkin abang ada dosa besar dengan tuhan sebab itu dia bagi balasan sebesar Kamelia Azura tu"

"Mungkin, tapi disebabkan perempuan tu abang terpesong dari jalan benar. Tak akan lah tuhan nak buat macam tu dekat abang kan..?" Raja membalas dengan berhati-hati supaya Tengku tak bagi dia ayat pedas lagi!

"Hm mungkin dia kembar iblis ye tak bang? Atau!!" Tengku berhenti ayatnya dengan meninggikan suara langsung membuatkan Raja terkejut

"Atau.. Iman abang yang tak kuat ni? Hm.. Abang tak boleh letakkan kesalahan abang pada orang lain! Nanti jadi macam kaklong kosmetik tu. Dah salah sendiri pergi salahkan staff Kepci pulak!"

"Aku harap oneday kau jumpa Kamelia Azura tu, sayang.." balas Raja sambil membuat muka monyok. Bukannya dia tak terima dengan apa yang isteri dia katakan tapi.. Kamelia Azura sangat lah jahat dan pernah buat dia hilang sabar suatu tika dulu.

"Baik bang, saya pun harap dapat jumpa bakal madu saya tu" jawap Tengku lagi, saja lah tu nak main dengan kesabaran Raja

"Haih, dia bukan bakal madu kau lah, aku tak ada masa nak ada dua bini, Senah"

Walaupun balasan yang keluar dari mulut Tengku terdengar seperti kelakar tapi ada maksud tersirat dan juga rasa tak puas hati kerana dia tak dapat tahu dengan lebih lagi tentang Kamelia Azura. Ish kenapa bukan kita yang masuk dalam mimpi husbaby kita huh?!

Tengku bangun dari duduknya dan mencapai telefon ganggang di sebelah sofa yang terletak di atas meja coklat bersebelahan dengan pasu bunga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tengku bangun dari duduknya dan mencapai telefon ganggang di sebelah sofa yang terletak di atas meja coklat bersebelahan dengan pasu bunga. Dia memutar cakera pada telefon yang ditandai dengan nombor untuk menghubungi kawan rapatnya, Alia Diana.

Raja dan Tengku | HWhere stories live. Discover now