Hari isnin ialah hari pertama Tengku bekerja menjadi pembantu pribadi Raja, dia belum menanyakan soalan yang Diana beritahu padanya sehari lepas.
"Semua, ini Tengku pekerja baru dan dia akan bekerja sebagai pembantu pribadi saya mulai hari ini. Jika dia tak tahu apa yang patut dia buat, saya nak kamu semua tunjuk ajar pada dia. Faham?"
Semua pekerjanya mengangguk faham dan dalam masa yang sama macam mana boleh ada dua pekerja baru masuk pada hari yang sama?
Tak silap, bos mereka paling susah kalau nak mengambil pekerja baru untuk bekerja di tempat dia.
"Tuan, perempuan yang saya maksudkan semalam dah masuk.." sampuk Ravas yang baru keluar dari bilik ofis
"Mana dia?"
"Dia keluar sekejap, ada hal penting katanya"
Raja mengangguk perlahan lalu menarik pergelangan isterinya masuk ke bilik ofis dia.
Semuanya memandang Raja Arman dengan pelik, " Korang tahu siapa perempuan yang tuan tarik tadi? Kenapa nampak macam rapat je?" Soal seorang gadis yang baru labuhkan punggungnya di kerusi roda. Izara.
"Tak kenal tapi memang betul pun apa yang Izara cakap, diaorang berdua nampak macam rapat" balas Anggun lalu dia mengalih mata hitamnya pada Arjuna yang dari tadi mereka perasan asyik memandang Tengku, pekerja baru itu.
"Eh, k- kenapa pandang aku?" Arjuna yang tadi tidak berhenti memandang Tengku terus laju gerakkan kepalanya memandang semula kawan-kawannya yang lain.
"Kau suka budak baru tu ke Arjuna?"
Hmp!
Sekelip mata wajah Arjuna mula bertukar menjadi merah dan dia membetulkan kedudukannya lalu meneruskan membuat kerja. Mahu kata tidak? Itu semestinya dia membohong.
Tidak lama itu, Arjuna mengangguk perlahan. Pen berdakwat hitam diletak pelan.
"Sikit.." Balas dia sepatah dan kembali menyambung kerjanya, nak balik awal kan?
Anggun, Izara dan yang lain angguk perlahan dan terus tersenyum.
Di Dalam ofis Raja Arman, banyak benda yang dibelek oleh Tengku, termasuk bingkai gambar perkahwinan mereka berdua. Bingkai kecil.
"Awak nak saya buat apa je?" Soal Tengku
"Tolong buatkan kopi panas boleh? Saya dahaga lah" jawap lelaki dengan pakaian serba hitam dari atas hingga bawah itu dengan tekun mengetik papan kekunci dengan laju
Tengku akur dengan permintaan suaminya dan dia berjalan keluar dari ofis itu. Sampai di pantri, dia mencapai secawan gelas kaca dan membancuh kopi panas yang diminta oleh Raja.
Tak lama kemudian, seorang gadis datang dengan semput seperti baru habis berlari satu padang. Cantik. Bertudung warna teal dan baju kemeja putih, kasut tali biasa.
"Awak nak air masak?" Soal Tengku apabila dia melihat gadis itu seperti kekurangan nafas dan menginginkan sedikit air
Gadis itu mengangguk.
Tengku dengan perlahan berikan air mineral sebotol. Terketar-ketar tangan gadis itu bila dilihat bekali-kali. "Awak dari mana ni? Sampai tercungap-cungap macam ni"
"S- say- huu.. Haa.. Saya dari ked- kedai kuih dekat bawah tu.. Huu.. Haaa.."
Baru sahaja Tengku ingin menyentuh bahu gadis itu terus ada seorang lelaki bersut hitam menepis kuat tangannya. Raja Arman, suaminya.
YOU ARE READING
Raja dan Tengku | H
Romance3 | by NYNJELLY_ || Raja Arman x Tengku Dahlia || Kisah harian Raja dan Tengku! Bacaan santai. "A King may rule but a Queen will conquer" Tengku "A true Queen will stand by her King even at his lowest moments" Raja Start : 25 November 2021 End : ...