R D T : 05

668 77 50
                                    

Seharian Tengku langsung tak dapat tidur nyenyak walaupun berkali-kali dia cuba memejam matanya dan lupakan semua yang Raja kata padanya pada malam itu tapi tetap tidak berhasil, dia sungguh mahu tahu apa salah dirinya pada Raja

Silauan cahaya matahari mula menerobos masuk melalui kaca pintu gelangsar menandakan langit sudah cerah. Dia keluar dari bilik belakang dan menyiapkan bekal makanan untuk Raja, nasi goreng telur mata.

Macam sedap. Ingat ya, 'macam'

"Awak, jangan lupa bawa bekal atas meja ni tau, saya nak keluar sekejap, ibu nak jumpa" Tengku memesan pada suami dia dari luar bilik dengan pintu yang masih terkunci

Tinggal Raja seorang di rumah, dia sudah lama siap tapi cuma menunggu Tengku tiada di rumah baru dia akan berangkat pergi ke kerja, bekal makanan tak dibawa dia terus keluar dan masuk ke dalam kereta

Nak tahu apa isi sebenar dalam bekal makanan itu?

Cacing tanah yang Tengku bela untuk persediaan kalau Raja buat perangai budak-budaknya itu. Ingat Tengku menangis sampai tak boleh tidur bermaksud dia akan duduk diam?

Oh, tidak.

Sebab itu Raja tak bawa bekal hari ini pergi kerja. Dia tahu isterinya kalau dah bertukar jadi harimau, Son goku dan Vegeta pun kecut.

Perasaan marah dan tak puas hati kini berkurangan sikit demi sikit.

"Sampai hati kau buat aku macam ni, Tengku.."

"Aku percaya kan kau, aku paksa diri untuk cintakan kau.. Tapi kau? Kau seksa aku Tengku!!" Raja menjerit dalam keretanya, stereng kereta digenggam kuat

Tengku dalam perjalanan pergi ke rumah ibu mertua cuma menaiki teksi, banyak perkara yang ingin dia beritahu pada ibu Raja Arman

Sampai..

"Assalamualaikum, ibu.." Tengku beri salam dan berlari laju memeluk ibu mertuanya dengan air mata yang baru keluar

"Kenapa menangis ni sayang? Gaduh dengan Raihana ke?

"Tak"

"Dengan Arman?"

Tengku mengangguk dan semakin erat dia memeluk ibu mertuanya, Puan Yarti. "Ya Allah, dia buat apa dekat kamu? Jom masuk lepas tu cerita pada ibu"

Selepas selesai dia menceritakan semua yang terjadi, Puan Yarti terus berubah menjadi geram dan marah dengan perangai anaknya yang tiba-tiba berubah sekelip mata, adakah kerana dia ada skandal baru?

"Sayang tunggu tau, biar ibu pergi soal siasat budak bertuah tu. Berani dia buat menantu kesayangan ibu menangis? Siap dia!"

"Jangan la, ibu"

"Ah, mana boleh bagi muka dekat dia! Kita kena tegas!"

Tengku menggeleng, "Jangan la bu, nanti abang Arman marah lagi dekat Tengku macam mana?"

Puan Yarti memandang laju wajah Tengku yang terkeluar hingus dari hidung "Berani dia nak buat macam itu? Memang ibu baling selipar tandas ni tepat dekat muka dia!"

Dalam diam Tengku tersenyum miring, hah, padan muka awak Raja!

Dalam diam Tengku tersenyum miring, hah, padan muka awak Raja!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Raja dan Tengku | HWhere stories live. Discover now