"Seronok duduk berdua dengan lelaki tu?" Raja menyoal pada isterinya yang baru melangkah masuk ke pejabatnya
"..." dia tidak membalas, hanya menggeleng kepala
"Aku tanya ni, jawap lah"
Diam. Tiada balasan dari Tengku
"Tengku Dahlia Seri, are you deaf?" Bila soalannya tidak dijawap, dia mula meninggi suara dengan menatap Tengku dengan wajah datarnya
"Ya, tuan nak apa?" Balas Tengku
"Jawap soalan aku, apa kau buat dengan lelaki tadi dekat bawah? Tengah rancang naik pelamin buat kali ke dua ke?" Soal Raja dengan menyelit sindirannya.
Hati Tengku saat ini hampir meletus bagai gunung berapi, panas menggelegak bila mendengar sindiran si suami. Adakah Raja mahu memulakan pergaduhan di antara mereka berdua?
"Tak lah tuan, saya bukan rancang naik pelamin lagi tapi kami baru sahaja bersepakat mahu memulakan hubungan cinta. Tuan ada masalah ke?" Kali ini giliran Tengku pula menjawap dengan penuh sindiran supaya Raja sakit hati mendengarnya!
"Hubungan cinta seperti apa?"
"Hubungan cinta suci dan murni. Hubungan cinta yang patut dicemburui oleh orang ramai terutamanya manusia seperti tuan yang tiada perasaan terhadap pekerjanya. Cinta ini tiada sesiapa yang akan mampu meroboh atau merosakkan ikatan kami" Tengku menekankan beberapa ayatnya dan berpeluk tubuh
"Wah, puan Tengku Dahlia Seri.." panggil Raja dan dia mendekati Tengku. Sangat rapat seperti tiada ruang atau jarak antara mereka berdua.
"Puan tahu kedudukan puan sekarang apa?"
Tengku mengganguk.
"Biar saya peringatkan puan, puan ialah seorang isteri kepada Raja Arman Zahiran. Puan sepatutnya menghormati saya selayaknya seperti suami puan walaupun sekarang kita di tempat kerja!" Raja mula menggenggam kedua telapak tangannya. Rasa seperti ada bara api panas di belakang leher dan telinganya.
"Dan tuan tidak boleh dan tiada hak untuk memukul atau meninggi suara pada saya tanpa sebarang alasan yang kukuh! Tuan suami saya, baik saya hormat. Tuan bos saya, baik saya hormat juga tapi tuan siapa nak pukul dan tinggikan suara pada saya? Tuan langsung tak jelaskan apa-apa pada saya"
Tokk.. tokk...
Pintu bilik diketuk dua kali, Arjuna.
"Apa?!" Soal Raja dengan suara tidak puas hati
"Budak baru tadi pengsan.."
Jeda.
Gegas Raja menarik pergelangan Tengku turun dan masuk ke perut kereta. Berdua lalu Arjuna masuk sekali bila Tengku baru mengantar mesej menyuruh lelaki itu menemani dia sekali.
Enjin kereta dihidupkan, laju Raja membawa keretanya pergi ke hospital. Bagi Raja, perempuan itu hanya pekerja atau lebih dari itu?
Sampai di hospital, Raja melihat satu tubuh perempuan terbaring di atas katil pesakit dalam wad.
Mata gadis itu terbuka sedikit. "A- ab- abang.."
Huh!
"Dia panggil suami aku abang? Siapa perempuan ni?" Tengku menyoal sendiri dalam hatinya. Tangan dia mula mengepal sekuat hati.
"Abang dah cakap jangan ikut dekat tempat abang. Kau degil sangat ni kenapa? Berapa kali nak dengar aku membebel ni, Hilya?"
Nama perempuan muda itu ialah Hilya, muda dari Raja dan Tengku.
YOU ARE READING
Raja dan Tengku | H
Romance3 | by NYNJELLY_ || Raja Arman x Tengku Dahlia || Kisah harian Raja dan Tengku! Bacaan santai. "A King may rule but a Queen will conquer" Tengku "A true Queen will stand by her King even at his lowest moments" Raja Start : 25 November 2021 End : ...