"Abang Arman" Hilya memanggil seorang lelaki tegap bersut lengkap warna hitam yang berdiri mengaduk secawan air coklat panas bersama susu di dapur.
"Hm"
"Kenapa abang cakap macam tu semalam?"
"Maksud Hilya?" Dia mula menanya semula lalu minum air yang baru dibuatnya
"Pasal ada orang lain tu la" Hilya membetulkan kaca matanya lalu berjalan ke ruang tamu semula
Nak lari dari masalah la tu..
"Kalau suatu hari nanti abang dah ada orang lain pun sayang tak kisah?"
Ayat yang baru dia ucapkan semalam pada Tengku kini berputar semula dalam akal fikiran. Rasa bersalah dan menyesal kini bercampur, entah darimana dia mendapat keberanian untuk cakap macam itu pada Tengku.
"Argh! Shit!" Raja menghentak kuat pintu kabinet dapur dengan senggenggam penumbuk. Dengan tidak sengaja air coklat panas itu tertumpah pada baju yang baru dia gosok
"Aku dah lupakan dia lah!" Raja berdialog sendiri di dapur dengan berkerut dahi
"Lupa apa abang? Siapa dia? Eh abang, air tumpah dekat baju abang!" Lekas Tengku berjalan ke arah Raja dan mengelap sedikit kesan air yang terkena pada baju suaminya
"T- tak, ak- aku-" belum sempat dia mahu habiskan ayatnya Tengku sudah memegang kedua belah pipi dengan tapak tangan dia
"Kenapa abang gagap ni? Okay, okay, abang tarik nafas. Hwuuppp! Haaa.."
Beberapa minit Raja memandang wajah Tengku, mata dia mula berkaca-kaca lalu dia terus menarik badan ramping isterinya ke dalam pelukannya.
"Kalau aku tipu atau rahsia sesuatu dekat kau, kau sanggup maafkan aku tak?" Tak kuat dia dia mahu menutur ayat dengan rasa sesak di dada.
"Apa abang merepek ni, mesti lah saya maafkan, abang kan suami saya" Tengku mula menggosok belakang Raja, dia mengusap rambut kemas suaminya dan mencium pipi Raja yang dibasahi air mata yang baru mengalir hingga ke dagunya
"Jangan tinggalkan aku"
Tengku mengangguk, dia meleraikan pelukan, "Abang basuh muka lepas tu tukar baju tau, nanti lambat pergi kerja"
Raja berjalan keluar dari dapur dan dihantar dengan ekor mata Tengku. Dalam masa yang sama Tengku juga berasa gelisah dan ingin tahu perkara apa yang dirahsiakan oleh Raja? Sampai menangis sekali, penting sangat ke?
"Bodohnya aku!" Kedua tangan Raja diletakkan di kedua-dua sisi sinki tandas. Kepalanya di tunduk kebawah memandang lama mangkuk sinki dengan rasa menyesal.
Kalau diikutkan, dia tak mahu menerima permintaan sang ibu menyuruh dia berkahwin dengan Tengku, masih banyak perkara yang harus dia selesaikan. Tapi disebabkan situasi yang pernah berlaku dalam bilik sebelum ini mengakibatkan kedua orang tua mereka berdua mempercepatkan majlis perkahwinan mereka.
YOU ARE READING
Raja dan Tengku | H
Romance3 | by NYNJELLY_ || Raja Arman x Tengku Dahlia || Kisah harian Raja dan Tengku! Bacaan santai. "A King may rule but a Queen will conquer" Tengku "A true Queen will stand by her King even at his lowest moments" Raja Start : 25 November 2021 End : ...