R D T : 0 2

1K 91 27
                                    

Seminggu berlalu dan mereka berdua sudah pun halal menjadi sepasang suami isteri, kalau sudah sah dan halal pasangan suami isteri sepatutnya bahagia dan gembira benar? Dan mempunyai perasaan cinta yang besar antara satu sama lain.

Tetapi tidak untuk mereka berdua, masing-masing keras kepala.

Tak ada dari mereka berdua yang mahu mengalah dan lembut hati untuk menegur. Dua-dua diam sejak mereka berkahwin dan malam pertama siap letak halangan menggunakan bantal supaya tak nak mendekat dan tersentuh kulit.

"Ini penghalang, kau jangan sesekali langkah atau sentuh aku, faham?" tegas lelaki itu dan menarik selimut hanya untuk dia seorang

Tengku diam dan hiraukan dia, dia menarik kembali selimut itu dan menutup satu badan. Sejuk.

"Selimut aku lah!"

"Ish saya punya! Pergi ambil dekat luar"

"Aku punya!! Kau lah ambil selimut kat luar tu!"

"Tepi lah, ni selimut saya!"

"Eh kau jangan nak melawan cakap suami!"

"Siapa suruh awak dayus dengan saya!"

"Aku suami kau, dengar lah cakap aku!"

Pada malam itu mereka asyik bertengkar sampai lah salah seorang dari mereka diam, Tengku lah yang mengalah pada malam pertama mereka dan keluar tidur di luar bilik. Penat lah malam-malam buta mahu berkelahi, makin bertambah dosanya nanti pada si suami

Pagi yang indah dan bunyi kicauan burung-burung yang berada di atap rumah

"Awak!" jerit Tengku dan berlari ke arah Raja, suaminya

"Nak apa?" soalnya dengan nada suara keras

"Nak salam lah" jawap Tengku dan menyalam tangan Raja, dia mencium lama

Mata Raja memandang ke dua-dua tangan isterinya berkali-kali, tak nak bagi aku bawa bekal ke perempuan ni?

"Awak tengok apa?" soal Tengku pelik

"Bekal? Kau nak aku kebulur ke?"

Macam lah dia tak boleh beli sendiri dekat kedai tepi jalan, mengada!

"Esok lah saya buat, kalau buat sekarang mesti tak sempat nanti awak sampai lambat" jawap Tengku dengan memberi alasan sebab dia pun ingin keluar cepat, nak berjumpa dengan kawannya

"Tak nak lah pergi kerja ceni, aku duduk rumah je la kalau kau tak nak bagi aku bekal" balas Raja sengaja, dia tahu isterinya nak cepat, sengaja dia mahu melambat-lambatkan Tengku

"Halahh awak ni, ye la saya buat sekejap" dia mendengus dan pergi ke dapur menyiapkan sandwiches ala kadar dan mengisi ke dalam bekal warna merah jambu milik Raja

"Nah"

"Thank you"

Cup!

Selepas Raja mengambil bekal makanan dia sempat menyium dahi Tengku, bukan selalu dia jadi macam ini. Sekali seumur hidup tau!

Wajah Tengku mula membahang menahan malu di depan suaminya

Cupp!

Ciuman kedua dia cium di pipi pula kali ini, pipi gebu mulus milik Tengku

Cuppp!

Ciuman ketiga mendarat di bahagian bibir mungil Tengku, kali ini dia menyium bibirnya dengan lama dan sempat bergelut lidah dengan isterinya.

Astaghfirullahalazim!

"Bye sayang" Raja melambai tangan dan mengenyit mata pada Tengku, dia tahu wajah isterinya mula merah padam buatkan dia ingin cium Tengku lebih lama lagi

Raja dan Tengku | HWhere stories live. Discover now