Hari sabtu, langit yang cerah, bunyi air yang disiram pokok bunga dari jiran sebelah dan dengan Tengku yang melihat suaminya terlalu asyik dan serius membaca surat kabar di sofa merah jambunya.
Ya, itu perkara biasa tetapi yang buatkan Tengku pelik dan hairan dengan suaminya, mengapa Raja baca surat kabar bahasa cina?
Entah la labu, asalkan suami aku bahagia.
"Awak, saya pergi dulu tau" ujar Tengku sambil memasang kasut tumit tingginya
Raja diam dan menghulurkan tangannya pada Tengku
"Apa?"
Bola mata Raja memandang Tengku dan diarahkan ke tangannya berkali-kali, mahu isterinya menyalam tangan dia
"Oh, hihi awak ni cumils la. Gewram kitew!"
Tengku mencabut kasut tumit semula lalu berjalan ke arah Raja, dia mencium punggung tangan suaminya buat kali pertama.
"Macam ni la baru boleh jadi ketua bidarari syurga aku! Lepas ni kalau nak keluar, kau wajib cium tangan dan pipi aku. Faham?" Raja menekankan perkataan wajib pada Tengku
Tengku mengangguk malas, melebih-lebih pula Raja ni
"Saya pergi dulu, assalamualaikum! Mwah" Tengku meminta diri untuk keluar dan mengeluarkan bunyi ciuman dari jauh
Tanpa Tengku sedar, suaminya mengekori dia dari belakang. Belum sempat Tengku mahu melangkah dengan pantas Raja mendakap isterinya dari belakang.
"I loppee yuu" Raja berbisik di telinga Tengku
"Hihi, I loppee yu murr!!" balas Tengku
"Dah, bye ahmoi chantekss!"
Tengku berjalan mendekati kereta mewahnya dan badan Tengku diherotkan sedikit, dua jari tangan kanan di letakkan di bibir. Dia berikan Raja flying kishh!
"Baca bissmillah dulu baru bawa kereta tau sayang, nanti jadi apa-apa siap kau! Mahal kereta tu" pesan Raja, dia sangat kenal dengan sikap gelabah Tengku
"Ai ai captain!"
Sementara Alia Diana dia setia menunggu Tengku di cafe tempat dia dan Raja bersembang sebelum ini. "Lambat la minah ni, ni mesti suwit suwit dulu dengan shuben tak guna dia tu. Erghh"
Selepas beberapa minit, mata Diana laju memandang kereta mewah milik Tengku, dengan nombor plat RT 2222. Mahal tu! Beribu dia keluarkan untuk nombor plat itu sahaja
Tengku berjalan ala-ala datin menuju ke arah Diana dengan muka kawannya yang masam mencuka. "Ha sampai pun kau!"
"Hihi, lama ke tunggu? Sorry la, tadi aku main renjis-renjis gula dengan shuben" tergedik geli hatinya bila teringat situasi dia bersama Raja sebelum dia sampai di cafe ini.
Bola mata Diana dinaikkan ke atas, menyampah dengan perangai kawan rapatnya yang jenis tak reti hormat orang single!
"Korang gaduh ke semalam?"
"Ko rasa?! Aku punya la takut tahu tak bila dia kata aku curang! Lepas itu dia kata aku sakitkan hati dia!! Ah, sakit ya amat!"
"Padan muka kau! Siapa suruh curi lagi abaya warna hitam aku hah?" Diana mejeling Tengku
"Dak yoh la bekeng angat boh, sek awok kene pahang saing mung nim miskin baju sopan" sengaja Tengku guna loghat dari negeri Terengganu
Kawannya cuma mengangguk, makin dilayan minah ni makin banyak alasan dia berikan.
Diana menggenggam tangan Tengku "Aku nak minta tolong kau ni"
"Apa?"
"Kawan aku, dia nak cari kerja untuk sara rumah sewa, bil rumah dan nak beli makanan.."
YOU ARE READING
Raja dan Tengku | H
Romance3 | by NYNJELLY_ || Raja Arman x Tengku Dahlia || Kisah harian Raja dan Tengku! Bacaan santai. "A King may rule but a Queen will conquer" Tengku "A true Queen will stand by her King even at his lowest moments" Raja Start : 25 November 2021 End : ...