BAB 8

178 23 1
                                    

"Papa.."

"Pa. Please leave me alone."

Ayah Sarah tidak membalas dan terus keluar meninggalkan Sarah. Perasaan Sarah akan kecut, pecah, sakit setiap kali melihat ayahnya. Dia tidak berniat untuk mengahalau ayahnya tapi buat masa sekarang dia ingin menjauhi daripada ayah.

Gossip tentang Sarah semakin viral, semua pelajar melihat dia seperti kesihan, marah menyampah pun ada. Entah apa la yang mereka dengar sampaikan ada yang menyampah. Kehidupannya yang sebelum ini sunyi tiada yang kenali sudah musnah, lagipon ini bukan kali pertama terjadi perkara seperti ini jadi Sarah sudah terbiasa.

Hari demi hari gossip tentang Sarah semakin reda. Guru-guru juga sudah memberi penjelasan tentang gossip antara Sarah dan Aniq. Pelajar semakin lupa tentang gossip Sarah jadi semua tidak la seteruk mana. Nusa dan Fadhli juga membantu mereka supaya kesalahfahaman dapat diselesaikan. Terima kasih kepada mereka ramai pelajar yang menyebarkan gossip yang betul.

"Sarahhhhhh"
Aniq berlari ke arah Sarah.

Sarah tersenyum dan melambai Aniq. Aniq menutup mulutnya.

"WAH!!!"

Sarah tengok Aniq atas bawah.
"Dah kau apahal?"

"Buat lagi!!"

"APA!??"

Aniq senyum sambil jarinya tunjuk ke arah mulut Sarah.

"Senyum!! Jarang aku nampak."

"Nak tengok bayar la."
Sarah terus menaiki motonya.

Aniq ketawa. Hubungan Sarah dan Aniq semakin baik. Boleh la sebagai kawan. Walaupun mereka masih tidak bersama, Aniq tetap gembira menjadi kawan baiknya Sarah, walaupun masih ada banyak perkara yang dia tidak tahu tentang Sarah.

……………………………

"Good morning"
Nusa mengetuk pintu dengan kuat sehingga satu kelas terkejut.

"Eh galah! Ni bukan kelas kau la!"
Tengking seorang daripada dalam kelas tersebut.

Nusa hanya mengabaikan pelajar itu. Nusa terus berjalan ke arah Fadhir lalu mengetuk mejanya.

"Weyh jom ikut aku kejap."

"Pergi mana bab*?"

Tiba-tiba Sarah menyampuk.

"Korang betul ke couple?"

Mereka berdua mengangguk.

"Tak macam couple pun. Panggil pun kau aku, maki pulak tu."

Nusa dan Fadhir ketawa terbahak-bahak.

Fadhir bersuara.
"Eh Sarah, kau bayangkan kalau dia panggil aku sayang, bergegar dunia weiii! Cikgu pun boleh pengsan!"

Semua ketawa mendengar penjelasan Fadhir, mengusik teman wanitanya itu.

"Try korang panggil sayang baby."
Kata Aniq.

Mereka berdua memandang sesama sendiri. Belum sempat mereka berkata apa-apa mereka sudah ketawa dekah weih, sampai terbatuk-batuk, tersedak lagi.

"Dah la korang, tak payah ngarut je."
Kata Sarah.

"Korang?? Try la."
Kata Nusa sambil menunjuk Aniq dan Sarah.

"NO!"
Jerit Sarah.

Aniq hanya tersengih melihat Sarah. Nusa dan Fadhir pula ketawa melihat tindak balas Sarah, sampai sakit perut di buatnya.

Pada waktu rehat Sarah pergi ke tandas dahulu sebelum menuju ke kantin. Semasa Sarah di dalam tandas Sarah terdengar bunyi seperti kayu jadi Sarah ingin membuka pintu tapi tak boleh. Terlihat kasut di depannya jadi Ada seseorang di dalam tandas. Sarah mengetuk pintu tandasnya sambil memanggil orang di luar tapi dia tidak terjawab. Tiba-tiba seseorang menyimbah air kepada Sarah, habis basah baju dia, dahlah baju warna putih, nasib baik pakai baju dua lapis.

Sarah terus memanjat melalui mangkuk tandas dan lompat ke luar. Sarah tidak tunggu apa dia terus masuk ke kelas dengan keadaan basah kuyup. Nasib baik waktu rehat masih tak habis jadi masih ada masa nak tukar baju.

"Ya Allah Sarah apa jadi?"
Tanya Nisa kerana terkejut melihat Sarah basah kuyup.

"Tak ada apa apa, aku kena air biar lah."

"Itulah kau, pergi tandas sorang-sorang lagi" Kata Nisa.

Aniq melihat Nisa.
"Sarah tak mention pun dia pergi tandas."

Nisa terdiam. Mereka semua memandang Nisa.

"Dah dah, aku nak tukar baju dulu, korang makan la."
Sarah mengambil bajunya.

"Aku ikut."
Kata Aniq.

"HAH!?"

Sarah menutup badannya sambil lihat Aniq dengan tajam.

Aniq ketawa kecil melihat Sarah kerana terlalu comel dia ni.

"HHAHAHA, Aku teman kau."

"Erm. Yelah ikut kau la."

Mereka pun pergi.




ASTAGHFIRULLAH!! (COMPLETE)Where stories live. Discover now