Setiap hari minggu Sarah akan keluar bekerja untuk mencari duit. Dia juga menjual bunga-bunga yang berada di luar rumahnya kepada penjual bunga kerana bunga-bunga di rumah Sarah sangat cantik dan subur.
Tapi pada hari itu dikecualikan kerana Nusa mengajak Sarah keluar double date walaupun Sarah single tapi semestinya partner date Sarah ialah Aniq! Siapa lagi kalau bukan dia jejaka kacak yang mengejar Sarah.
"Kenapalah aku kat sini?..."
Mengeluh Sarah."Sarah come on! Bukan selalu kau keluar, daripada kau kerja belajar je better keluar dengan kitorang."
Kata Nusa untuk memberi semangat kepada Sarah.Sarah menggeleng kepalanya.
"Tapi kan Sarah dalam kepenatan kau ada someone yang tengah riang sekarang ni."
Kata Fadhir."Sape?"
Tanya Sarah. Fadhir menunjukkan ke arah Aniq yang sedang berbual dengan seseorang."asal lak?"
Tanya Sarah lagi."Slow la kau ni Sarah. Aniq kan suka kau, lagi-lagi kau jadi partner date dia."
Kata Fadhir."Tapi kitorang tak couple."
"Iye, even tak couple dia suka la."
Kata Fadhir.Sarah memandang Aniq sambil berfikir, apa yang si Aniq ni suka sangat kat dia, ataupun dia hanya main-main? Hati manusia siapa taukan.
"JOM!!"
Jerit Nusa.Selepas beberapa jam mereka menonton wayang horror movie mereka terus menuju ke tempat makan lalu mengorder makanan.
"Nusa asal tak bawak Nisa sekali?"
Tanya Sarah."Lah, dia kan single."
Jawab Nusa.Sarah mengangguk.
"Betul juga."Tiba-tiba Fadhir mencelah.
"Tapi kan kenapa aku dah tak nampak kau dengan Nisa eh? Selalu terkepit berdua."Betul juga kata Fadhir, sudah lama dia dan Nusa tidak berbual bersama. Mereka juga semakin rengang. Sarah bukan taknak bercakap dengan si Nisa tu tapi dia selalu mengelak untuk berjumpa dengan Sarah, sekarang dia rapat dengan budak kelas sebelah berbanding dengan Sarah.
"Entah, maybe dia dah bosan? It's okey people came and go."
Kata Sarah.Perbualan mereka habis disitu kerana makanan sudah sampai. Setelah beberapa jam mereka keluar, sudah tiba untuk pulang. Fadhir dan Nusa pulang bersama manakala Sarah terpaksa pulang dengan Aniq, yelah perempuan bahaya balik sorang-sorangkan.
"Aniq kenapa kau suka aku?"
Tanya Sarah dengan secara tiba-tiba.Aniq hampir terkeluar jantungnya sebab terkejut, iyelah sangat tiba-tiba Sarah ni.
"Haha. Tiba-tiba sangat la kau ni."
Aniq fikirkan Sarah hanya saja-saja bertanya tapi muka Sarah masa itu sangat serius sehinggakan Aniq ketakutan."Aku suka kau sebab aku suka kau. Takde sebab."
Jawapan daripada Aniq yang sangat simple."Kalau kau boleh suka aku tanpa sebab maybe kau boleh hilang perasaan terhadap aku tanpa sebab lagipon mana ada manusia yang suka seseorang tu tanpa sebab. Ini reality bukan fantasi."
Kata Sarah dengan sangat serius sehingga Aniq hampir terkaku."Sarah, menyukai seseorang tak perlu ada sebab. Aku suka kau sebab orang tu ialah kau. Macam kau suka haiwan, kenapa kau suka kucing? Sebab comel? Haiwan lain comel juga, macam tu lah aku, aku pilih kau sebab tu aku suka kau."
Sarah dan Aniq berpandangan sampai tak lepas,tak kelip. Sarah pula berdegup-degup hati dia selepas mendengar penjelasan Aniq sampai tak perasan dah sampai rumah.
"Bye."
Kata Sarah sambil melambai.Aniq mengangguk sambil membalas lambaian Sarah.
"Goodnight"
Jerit Aniq sambil tersenyum.
YOU ARE READING
ASTAGHFIRULLAH!! (COMPLETE)
RomanceMengisahkan Aniq sesorang yang menyukai Sarah, tetapi Sarah menolak perasaannya kerana dia tidak memikirkan untuk bercinta dengan sesiapa pun. Tapi Aniq tidak pernah puts asa dengan perasaannya kerana dia ikhlas menyukai Sarah. "Aku suka Kau" "huh...