Sesampai sahaja Sarah ke kelas, Sarah terus duduk dan menyandar.
"Haih"
Sarah mengeluh."Asal ni Sarah?"
Tanya Nusa."Ni mesti main game sampai pagi."
Kata Fadhir."Oi aku tak macam kau la jantan."
"Jantan?"
"Pastu takkan betina?"
"Lelaki la."
"Mampus la kau."
Sarah terus menghempas kepalanya ke atas meja dengan kuat sekali sampaikan satu kelas pandang Sarah.
"Asal Sarah tu?"
Tanya Riana.Nusa hanya mengangkat bahunya sambil menggeleng.
Loceng sekolah sudah berbunyi menandakan waktu rehat bermula, semua pelajar tergesa-gesa pergi ke kantin untuk membeli makanan kegemaran mereka termasuklah Sarah.
"Harini makan ayam masak kurma weyh!"
Jerit Nusa."Aku nak bubur."
Mengeluh Sarah.Sedang mereka berjalan, Sarah terlanggar seseorang dan dia hampir jatuh, Sarah menutup matanya kerana takut belakangnya dihentam lantai, untungnya orang itu sempat memegangnya untuk menghalang Sarah daripada jatuh.
Buka sahaja mata, Sarah melihat Aniq di depan matanya sambil tangannya di pinggang Sarah, kedua-dua tangan Sarah pula di atas bahu Aniq. Muka mereka sangat dekat sehingga Sarah boleh merasakan hembusan nafas Aniq.
"Aniq?"
Aniq menatap Sarah dengan muka yang terkejut, lama juga la Aniq menatap Sarah.(loading) Sarah mengetuk bahu Aniq beberapa kali.
"Lepaskan aku."
"Oh! Sorry!"
Aniq terus lepaskan tangannya."It's okey, btw thanks."
Kata Sarah.Sarah berasa hairan mengapa muka Aniq kelihatan sangat merah padahal musim mendung sekarang ini, takkan dia panas pula.
"Aniq."
"Urm."
Aniq menjawab panggilan Sarah sambil memandang ke arah lain."Cuba pandang arah aku."
"Kenapa?"
"Pandang je lah."
"Kenapaaa?"
Aniq terus menerus mengelak untuk melihat Sarah.Sarah menarik baju Aniq, dengan terpaksa Aniq terus memandang Sarah. Muka Aniq pada masa itu kelihatan kemerah-merahan seperti tomato sampai ke telinga.
"Kenapa muka kau merah? Kau demam ke?"
Sarah semakin dekat dengan Aniq tetapi Aniq berjalan ke belakang. Kemudian, Aniq berhenti lalu memandang Sarah dengan begitu lama bersama muka seriusnya. Dia menunduk sedikit sehingga sama tinggi dengan Sarah sambil mukanya mendekat dengan muka Sarah, Sarah langsung tidak bergerak.
"Ke- kenapa?"
Tanya Sarah.Aniq tidak menjawab. Dia terus tersenyum lalu menarik tudung Sarah lalu lari dengan laju sambil telinganya yang sudah menjadi merah tomato. Sarah memegang tudungnya yang sudah serabut itu dengan perasaan marah.
"Kurang ajar! Oi! Apa kenit ni nak ni?!"
Jerit Sarah."Sarah! Stop la lovey-dovey tu!"
Jerit Nusa.Sarah memandang Nusa dengan matanya mengecil dan mukanya seperti sedang jijik.
"You're done, you're done"
Kata Sarah. Nusa hanya ketawa.Sarah terus ke kantin untuk membeli makanan.
'Berani kau tarik tudung aku, tak apa harini hari kau esok hari aku'
Kata Sarah dalam hatinya.
YOU ARE READING
ASTAGHFIRULLAH!! (COMPLETE)
RomanceMengisahkan Aniq sesorang yang menyukai Sarah, tetapi Sarah menolak perasaannya kerana dia tidak memikirkan untuk bercinta dengan sesiapa pun. Tapi Aniq tidak pernah puts asa dengan perasaannya kerana dia ikhlas menyukai Sarah. "Aku suka Kau" "huh...