"SARAH!!!!"
"OPOCIT!"
PANG! Tamparan maut diberikan kepada Nusa.
"Oi sakit begap! Tangan kecil tapi pedas! Aduhhhhhh"
Mana tak sakitnya kalau tangan pedas Sarah tu kena hinggap kat lengan Nusa. Tu baru tamparan maut belum lagi tendangan maut Sarah.
"Ha! Yang kau duk termenung ke luar jendela tu dah kenapa?"
"Aku fikir pasal Randy ni tiba-tiba jadi baik."
Nusa mengeluh.
"Dia dah berubah la tu. Kau kena percaya dia dah insaf."
Sarah masih tidak puas hati. Ada perkara yang masih terhilang. Macam ada sesuatu. Randy tu macam lain daripada Randy yang dia kenal. Randy yang dia kenal begis, suka marah, negatif la semua. Randy yang ni pulak, baik, suka senyum tak begis pulak tu. Jauh betul berubah dia.
"Ahh, aku tak percaya. Mesti ada something."
"Ikut kaulah Sarah. Jom makan. Dah rehat ni."
"Jomlah aku pun dah lapar ni."
Setelah tamatnya persekolahan, macam biasa Sarah akan pergi kerja part-time dia tu. Biasalah orang cari duit sendiri. Kalau dia tak cari, siapa nak cari? Mak dia? Lambertttt lagi nak.
Macam biasa dah habis kerja, pergi perpustakaan untuk study. Kalau tak study, kelaut la gred exam nanti. Sampai monopos la miskin macam ni. Tiba-tiba ternampak si Nusa dengan seorang lelaki. Siapa lagi, boyfriend kesayangan dia la, Fadhil. Sukanya mereka ber lovey-dovey kat situ, langsung tak fikir pasal orang sekelilng yang dah bisik-bisik melihat mereka. Iyelah, dah pakai baju sekolah, ber sawit pula di public ni. Memang semua pandang la.
"Hoi!" Aku menjerit memanggil Nusa.
Nusa menoleh. Setelah nampak aku DIA terus melambai memanggil aku supaya aku datang ke sana. Aku pun pergi jelah.
"Amboi kau orang. Nak dating tu pergi la tukar baju dulu. Ni baju sekolah mende?"
Fadhil ketawa kecil.
"Daripada kau Sarah? Ada boyfriend tapi boyfriend tak bawak pergi dating. Mende? Lemah!"
Sarah dah begang. Nak aje Sarah sepak muka si Fadhil ni. Orang main-main je, alahhhh.
"Ish kau ni. Kesian la best friend aku ni."
Kata Nusa sambil memandang Fadhil.Sarah hanya tersenyum. Saja nak buat Fadhil begang. Nusa tiba-tiba terdiam. Sarah memandang Nusa dengan pelik. Dah kenapa senyap je ni dia ni.
"Kau kenapa Nusa?"
"Tu bukan Randy ke?"
Sarah menoleh. Yes. Memang Randy. Dengan siapa tak nampak. Sebab dia membelakangi mereka.
"Jom ikut dia orang."
Fadhil memberi cadangan."Ish tak payah la. Cuak aku."
Sarah menolak. Biasalah taknak mati awal."Jom!!!"
Fadhil terus menarik tangan Sarah dan Nusa serentak. Nak taknak Sarah kena ikut juga. Dah terikut tu nak juga tau dia buat apa kat tempat macam ni. Tempat senyap, sunyi macam ni.
"STOP IT!"
Suara seorang lelaki dengan nada marah kedengaran. Sarah dan Nusa memandang sesama sendiri. Takut. Kalau perkara berbahaya macam mana? Mereka berdua taknak mampus awal. Tak kahwin lagi kan.
Fadhil dah terkaku. Dia menunjukkan ke arah Randy.
"Look at that guys.."
Sarah dan Nusa serentak melihat ke arah Randy itu. No. Boleh dikatakan dua Randy. WHAT?! YES! DUA!
SPEECHLESS
YOU ARE READING
ASTAGHFIRULLAH!! (COMPLETE)
RomanceMengisahkan Aniq sesorang yang menyukai Sarah, tetapi Sarah menolak perasaannya kerana dia tidak memikirkan untuk bercinta dengan sesiapa pun. Tapi Aniq tidak pernah puts asa dengan perasaannya kerana dia ikhlas menyukai Sarah. "Aku suka Kau" "huh...