BAB 10

161 26 3
                                    

Sarah baring di atas katil empuknya itu sambil termenung memikirkan perbualan antara dia dan Aniq semalam. Dia sebenarnya keliru dengan perasaan dia terhadap Aniq, entah dia suka Aniq sebagai kawan atau sebagai lelaki. Sarah melompat daripada katilnya lalu menuju ke bilik mandi.

Sarah bersiap untuk menjual nasi lemak di pasar. Selalunya setiap hari cuti dia akan menjual nasi lemak di pasar tapi disebabkan hari cuti sekolah boleh la dia dapat duit lebih.

"Mama, adik pergi dulu ye."

Kata Sarah lalu menyalam tangan ibunya tetapi ibunya menepis lalu melihat ke arah lain seolah-olah benci melihat wajahnya. Sarah hanya memejamkan mata, berlakon seperti tidak ada apa-apa yang terjadi padahal dalam hatinya sudah robek, sakit dan pecah.

"Sarah!"
Panggil Aminah daripada rumah sebelah.

"Oh Minah, pahal?"
Tanya Sarah.

"Kau nak jual nasi lemak kan? Alang-alang aku nak beli, malas nak keluar."

"Ha boleh la."

Selepas sahaja Aminah membeli nasi lemak dia terus berlalu pergi. Seperti biasa, Sarah menjual nasi lemak sampai tengah hari, kalau ada lebih dia akan sedekahkan kepada orang yang lebih memerlukan, alang-alang cari duit, cari pahala sekali.

"Sarah?"

Terkejut Sarah apabila lelaki itu memanggilnya. Tidak disangka akan berjumpa dia di tempat sebegini (pasar).

"Aniq? Kau buat apa kat sini?"
Tanya Sarah .

"Aku teman cousin aku, dia teringin nak Ayam percik."
Kata Aniq.

"Aku cousin Aniq, Arol."
Kata Arol sambil menghulurkan tangannya.

"Aku Sarah kawan sekelas Aniq."
Kata Sarah dengan muka selamba mengabaikan tangan si Arol tu.

"Oh, nice to meet you."
Kata Arol dengan nada awkward dia sambil tangannya di tarik semula dan menyelup ke dalam poket Arol.

"Ya, me too. Ok bye."

Setelah Sarah melambaikan tangannya dia terus pecut untuk melarikan diri daripada Aniq tapi malang tidak berbau dia terjatuh dan tersungkur. Habis hidungnya berdarah, kakinya terseliuh.

"Ya Allah, SARAH!!"
Jerit Aniq.

Aniq terus berlari ke arah Sarah dan membantu Sarah bangun.

"Astaghfirullah, sakit."
Kata Sarah dalam kesakitan.

"Angkat la dia pergi klinik."

Kata Arol memberi idea kepada Aniq. Aniq tak fikir apa-apa lagi dia terus angkat Sarah masuk kereta. Mereka terus pecut ke hospital. Nasib baik tak ada apa-apa yang serius.

"Kenapa kau lari!? Nasib baik la tak ada apa-apa kalau tak!?"
Marah Aniq.

"Biar la! Kaki aku bukan kaki kau! Sakitnya aku bukan kau!"

Sedang mereka bertengkar mulut jururawat memberi telefon kepada Sarah dan bisik kepadanya. Sarah terus keluar.

"Sarah kau nak pergi mana?"
Tanya Aniq.

"Jangan follow aku, korang tunggu sini."

Muka Sarah masa tu sangat lain, dia seperti dalam kesusahan tapi Aniq tidak Ada keberanian untuk bertanya kepada Sarah.

Sarah berjalan dengan perlahan kerana kakinya yang sakit kerana terseliuh. Dia menuju ke tempat di mana dia harus tuju.

"Assalamualaikum."
Kata Sarah.

Pang. Sarah di tampar oleh ibunya di depan semua ahli keluarganya. Sarah hanya menunduk tanpa berkata apa-apa.

"Kau buat apa!? Kerja ke main!? Kau jual nasi lemak je, kenapa sampai jatuh?! Siapa nak bayar? Aku takde duit."
Kata ibu Sarah dengan nada marah.

"Mama tak payah bayar, kawan adik dah bayarkan."
Kata Sarah sambil menunduk.

"Kawan? Ohhhhh, yang dua orang lelaki tu kan? Kau memang tak ada maruah eh? Keluar dengan jantan."
Kata kakaknya sambil menolak kepala Sarah berkali-kali.

Sarah memegang tangan kakaknya lalu menepis.

"Jangan sentuh aku dengan tangan kotor  kau tu."
Kata Sarah.

Kali ini Sarah sudah tidak dapat bersabar lagi. Tiba-tiba kakaknya ingin menampar Sarah secara tiba-tiba, Sarah tidak dapat mengelak jadi dia menutup matanya, bersedia untuk di tampar. Alangkah terkejutnya dia apabila Aniq memegang tangan kakaknya untuk menghalang dia daripada menampar Sarah. (Our hero)



Jangan lupa vote boleh comments untuk improve my story.

ASTAGHFIRULLAH!! (COMPLETE)Where stories live. Discover now