BAB 12

170 24 1
                                    

Sudah hampir dua minggu, Nisa masih tidak datang ke sekolah sejak kejadian pada hari itu. Semua orang berlakon seolah-olah kejadian itu tidak terjadi. Suasana antara mereka dan Nisa berubah tetapi bukan itu sahaja berubah, Sarah berubah 360 persen. Dia menjadi dingin dan tidak bersemangat seperti pada hari pertama mereka berjumpa dengan Sarah. Sarah mula mendiamkan diri lebih daripada biasa, kadang-kadang dia ponteng walaupun dia datang ke sekolah, setiap kali bertemu mata dengan Nusa dia akan mengelak seolah-olah dia ingin mengabaikan kami.

Nusa lakukan pelbagai cara tapi Sarah tetap mengelak. Sarah mula menjaga jarak dengan mereka dan tidak riang seperti dulu. Aniq semakin lama semakin risau dengan sikap Sarah, tapi seperti yang lain Sarah selalu mengelak jadi sukar untuk mendekati dia.

Sarah berjalan menuju ke pondok sekolah. Sejak dia menjauhi kawan-kawannya dia mula makan berseorangan di pondok.

Sarah menatap awan dan langit yang sangat kebiruan, kelihatan indahnya.

"Dik, makcik selalu nampak adik makan kat sini, adik tak makan dengan kawan-kawan adik?"

Sarah hanya mendiamkan diri.

Makcik pengawal itu hanya menatap Sarah lalu pergi dari situ. Tak lama kemudian Satu suara tiba-tiba muncul di belakang Sarah.

"Oi."

Sarah menoleh kepalanya ke belakang, rupanya Aniq. Sarah bangun dan cepat-cepat ingin melarikan diri tetapi Aniq menarik lengan bajunya, badan Sarah terpusing, tanpa sengaja dia menyandar kedua tangannya atas badan Aniq. Mereka berdua menatap antara satu sama lain lalu terus jarakkan diri mereka.

"L- la- lain kali hati-hati!"
Kata Aniq malu-malu pula.

"Ka-kau yang tiba-tiba tarik aku."
Jerit Sarah.

'betul juga'
Kata Aniq dalam hatinya.

"Aku nak tanya kau, kenapa kau ignore kitorang?"
Tanya Aniq.

Sarah terdiam.

Aniq menatap Sarah dan dia mendekati Sarah, Sarah mengundur sehingga dia terlanggar dinding di belakangnya. Sarah mendongak memandang Aniq yang tinggi 180cm itu. Aniq meletakkan kedua tangannya di kiri dan kanan Sarah agar dia tidak melarikan diri. Jantung Sarah berdegup-degup dengan laju.

"Aku tak ignore korang, aku just nak alone time je."
Kata Sarah sambil melihat ke tempat lain.

"Okey, fine, excuse accepted."
Kata Aniq.

Sarah menoleh ke tempat lain, dia langsung tidak melihat Aniq yang berada betul-betul dekat dengan Sarah.

"Sarah."
Panggil Aniq dengan nada lembut.

Sarah menoleh ke arah Aniq, mata Sarah terbeliak, jantungnya rasa separuh mati kerana degupan jantungnya yang berdegup dengan sangat laju apabil Aniq mendekatkan mukanya dengan muka Sarah. Aniq hanya tersenyum melihat Sarah.

"Kau suka aku ke?"
Tanya Aniq.

Soalan yang sangat random.

"By the way, kau tau tak aku boleh dengar degupan jantung kau sekarang ni?"
Kata Aniq lagi.

Sarah menolak Aniq dengan kuat lalu menyentuh dadanya yang hampir mati rasanya.

"Ja-jangan rapat-rapat, and jangan fo- follow aku"
Selepas sahaja Sarah berkata begitu dia terus berlari for her life.

Aniq ketawa sambil menyentuh perutnya selepas melihat reaksinya.

"Cute."
Kata Aniq pada dirinya sambil tersengih. 

*Extra scene*

Selepas sahaja makcik pengawal menegur Sarah, makcik itu terserempak dengan Aniq.

"Assalamualaikum makcik."
Aniq menyapa.

"Waalaikumusslam Aniq, baguslah makcik nampak kamu."
Kata Makcik itu.

"Kenapa makcik?"
Tanya Aniq.

"Makcik nampak kawan kamu tu, sa- Sarah?  Dia sorang-sorang kat pondok tu makan, kamu gaduh ke dengan dia?"
Kata Makcik itu.

Aniq menggeleng.

"Kami busy sikit je. Terima kasih makcik bagitau saya."

"Sama-sama"

*Macam tulah Aniq tau kat mana Sarah*

Btw jangan lupa vote <3
And comments untuk improve my story.

ASTAGHFIRULLAH!! (COMPLETE)Where stories live. Discover now