𝐏𝐑𝐎𝐋𝐎𝐆

137 80 9
                                    

═════════⊱••❀••⊰═════════

Hubungan persahabatan memang indah jika dinilai oleh orang yang tidak mengerti apa itu erti sahabat tapi tidak pada yang mengerti. Banyak cabaran yang perlu dilalui untuk pertahankan hubungan. Lagi-lagi bila timbulnya perasaan iri hati. Ya! Mempunyai sahabat yang ramai juga agak sukar seperti 3 atau 4 orang.

Tapi yang kali ini agak ramai iaitu 7 orang sekali gus. Persahabatan yang dibina sejak sekolah rendah hingga ke universiti. Semuanya agak lancar tetapi ada juga pergaduhan yang yang berlaku. Inilah dia kisah 7 orang sahabat yang bermacam ragam.

"Yah! Bagi balik aku punya coklat tu"

"Kalau nak, kejarlah tu pun kalau dapat wlek"

"Hana! Qalish! Dah dah la tu kita datang sini nak holiday bukan buat free show"Laura seorang perempuan yang cantik, manis dan jelita yang tengah bengang dengan dua orang sahabatnya itu. Ye lah mana tak bengang orang datang nak holiday diorang boleh pulak berlari berkejaran macam anjing nak makan kucing.

"Astaga apa bising-bising ni"Ardina yang mempunyai pipi pau sedang tidur terganggu akibat suara kemarahan Laura.

"Korang ni dah dah la tu, ada jugak aku sepak sorang sorang masuk dalam kolam tu"Hayden yang paling tinggi dan mempunyai badan tegap bosan mendengar perbalahan sahabat sahabatnya.

"Hana! Qalish! Laura! Ardina! Cepatlah, kalau lambat aku suruh korang bayar bil hotel ni sendiri"Kan dah mengamuk si Hayden tu, ah maklumlah diorang semua baru keluar daripada gua tu yang perangai macam hauk.

"Lek lek bro jangan marah marah nanti cepat tua"

"Qalish! Sebelum aku hilang sabar baik kau bagi coklat aku tu"

"Nah ambiklah memekak je tau mak cik ni"

Maisara, Narisha mana? Diorang berdua dah masuk bilik hotel katanya malas nak layan perbalahan diorang berempat.

『☂︎☂︎☂︎』

"Ahh penatnya aku, sakit kaki aku kejar si Qalish tu"keluh Hana yang sedang mengurut kakinya yang krem. "Siapa suruh kejar, nak senang potong je kaki tu hilanglah rasa sakit nanti"mulut pedas Laura bersuara. Hana hanya menjeling dia memang sudah biasa dengan mulut si Laura tu memang mintak di cili.

"Woiii aku lapar ni bagi lah aku maggi ke apa ke bukannya memekak"Cik Ardina sorang ni memang lapar je kerjanya setiap masa setiap saat mesti kena ada makanan dalam mulut dia.

"Cuba kau jadi macam si Hana tu makan sekali sehari je bukan macam kau dua puluh kali sehari"

"Betul betul cubalah menjadi seperti Hana yang cantik jelita ni hanya memakan sekali sehari"dengan bangganya si Hana ni bersuara

"Senyap lah kau, aku nikahkan kau dengan monyet baru tahu"

Mereka semua terdiam apabila terdengar suara seseorang yang berasal dari pintu utama bilik hotel. "Woiiii cik adik yang masam dan tak laku silalah keluar nak makan malam ke tidak"teriakan disebalik pintu itu terus mendapat balasan oleh penghuni bilik. Ardina terus membuka pintu"Yahh mak cik Maisara kau kenapa terjerit-jerit macam orang hilang anak"

"Hek eleh kau yang hilang anak ke aku"

"Aku jahit mulut tu tak ada sorang laki pun masuk minang kau haha" tawanya dilepas kerana puas dapat mengenakan Maisara. Muka Maisara pun dah berkerut macam orang minta penampar.

"Hana! Laura! Jom turun bawah, dinner"

"Okay!!!"serentak dijawab

『☂︎☂︎☂︎』

"Kenyangnya aku, wei korang jom pergi taman hujung sana. Lepak kat situ aku bosan ahh"ajak Narisha, gadis cantik tapi garang. Boleh dikirakan lima orang perempuan tu semua garang. Jangan buat diorang marah tempah maut korang semua tau.

"Boleh jugak, aku bosan duk menghadap muka korang hari hari"selamba je abe Qalish ni jawab.

"Tak suruh kau hadap. Kau je yang nak hadap"

"Tak hingin aku hadap muka kau fikir cantik ke. Muka kau sama je macam king kong"

"Mintak mati kau ehh, aku potong hidung kau tu, family kau pun lari tengok muka kau"

"Qalish! Hana! Stop it! Aku humban korang dalam gaung kang. Dari petang tadi sampai sekarang nak bergaduh ke nak aku kahwin kan korang berdua"sesungguhnya Hayden sangat bosan dengan pergaduhan Qalish dan Hana. Diorang berdua tu dari sekolah rendah sampai universiti macam anjing dan kucing kalau berjumpa asyik bergaduh je.

"Kahwin dengan pompuan ni? Memang tak ahh. Muka pun macam nenek gayung"

"Dah dah boleh ada darah tinggi aku tengok korang bergaduh"Narisha memang dah muak tambah tambah lagi Qalish yang suka mengusik Hana. Tapi mereka berdua salin menyayangi walaupun selalu bergaduh.

『☂︎☂︎☂︎』

"Korang, kita tetap sahabat selamanya tak kira apa pun terjadi. Okay"tiada apa apa yang dibincangkan sepanjang berada di taman tiba tiba Ardina bersuara.

"Kau kenapa tiba-tiba je, kita akan tetap sahabat, faham"Maisara yang mendengar itu menjawab dengan dingin kerana dia tidak mengerti apa yang Ardina cuba sampaikan.

"Jangan marah aku just cakap. Sebab aku takut akan ada kejadian yang mana kita akan berpisah or lain lain"

"Please jangan cakap benda mengarut kalau kau tak cakap benda tak akan jadi so tak payah cakap benda macam tu"

"Yes betul kata Hana. Walaupun otak dia tak betul mana tapi mulut dia boleh jugak keluarkan kata-kata yang bermanfaat"

"Kau nak mati ke Narisha Safiya!"

"Haha jangan marah-marah sistur"

"So, we are bestfriend forever"Hayden meletakkan telapak tangannya di atas meja disertai dengan yang lain. "Yes, we are bestfriend forever!!!horeyyy!!!!!"sorak mereka dengan tawa riang.

Percutian yang indah ditemani bintang yang bersinar, berharap sinar bintang itu tidak akan pernah pudar ataupun pergi menjauh. Semoga saja persahabatan mereka kekal selamanya. Tiada orang kelapan, tiada maut memisahkan. Semoga takdir memihak pada mereka. Semoga

═════════⊱••❀••⊰═════════

➪𝑯𝒂𝒏𝒂 𝑩𝒂𝒉𝒊𝒚𝒂𝒉
➪𝑸𝒂𝒍𝒊𝒔𝒉 𝑫𝒂𝒏𝒊𝒆𝒍
➪𝑴𝒂𝒊𝒔𝒂𝒓𝒂 𝑰𝒏𝒔𝒚𝒊𝒓𝒂𝒉
➪𝑨𝒓𝒅𝒊𝒏𝒂 𝑹𝒂𝒊𝒉𝒂𝒏𝒂
➪𝑵𝒂𝒓𝒊𝒔𝒉𝒂 𝑺𝒚𝒂𝒛𝒘𝒂𝒏𝒂
➪𝑳𝒂𝒖𝒓𝒂 𝑬𝒅𝒍𝒊𝒚𝒂
➪𝑯𝒂𝒚𝒅𝒆𝒏 𝑬𝒅𝒓𝒊𝒄

𝐋𝐀𝐒𝐓 𝐒𝐓𝐀𝐑Where stories live. Discover now