꧁7꧂

40 51 8
                                    

═════════⊱••❀••⊰═════════

"Suruh semua budak-budak kita culik dia dekat kolej"

"Aik kata nak start 3 bulan lagi. Ni tiba-tiba je suruh culik hari ni"kata perempuan itu pada bossnya

"Aku tak boleh sabar. Nyawa dibalas nyawa"

"Memanglah nyawa dibalas nyawa. Yang aku nak tahu sekarang dah kenapa nak culik hari ni bahenol"bercakap dengan boss tidak boleh seperti ini ye kawan-kawan. Tidak baik berdosah.

"Kan aku dah kata aku tak boleh sabar. Dah berapa tahun kau tak korek telinga ni"dimarah pekerjanya

"Sabar la boss jangan marah. Ye la aku suruh diorang pergi culik budak tu nanti"

"Se-ka-rang"perkataan satu satu ditekan. Lintang pukang pekerjanya berlari. Rela jika gaji dipotong tapi tidak pada nyawa.

『☂︎☂︎☂︎』

"Wei"

"Apa"


"Tunggu sini jap. Aku nak pergi tandas"

"Kau jangan lama Sha. Aku tendang kau kang"

"Ye... kejap je"

Kelibat Narisha sudah tidak kelihatan. Hana menyambung memperhatikan kawasan kolej. Cuaca tidak panas, biasa sahaja. Berpusu-pusu pelajar lain keluar untuk pulang. Anak matanya kini tertumpu pada Vellfire hitam. Amat mencurigakan tapi riak wajahnya terlihat biasa.

"Woi! Lama ke kau tunggu"Narisha menepuk perlahan bahu Hana

"Kejap je. Kenapa tak lama lagi"senyum tidak ikhlas diukir. Narisha mengguling matanya ke atas.

"Dah jom balik. Semua dah balik tinggal kita je kat sini"Hana menarik tangan sahabatnya untuk menunggu di bus stop. Mereka malas ingin memandu jadi mereka berdua datang dengan grab dan pulang juga dengan grab.

『☂︎☂︎☂︎』

"Kenapa kau tak culik dia masa dia tengah duduk sorang sorang tu"

"Err bukan tak nak culik. Tapi takut ada orang perasan. Pak guard still ada kat situ"kepala sang menjawab ditunjal perlahan

"Kau ni memang menyusahkan hidup aku tahu tak"

"Siapa suruh paksa aku kerja dengan kau. Pastu kata aku menyusahkan. Dia yang menyusahkan diri sendiri aku pulak yang kena"ucapnya dengan nada perlahan

"Kau fikir aku tak dengar. Kau keluar sekarang, pergi culik budak tu. Selagi tak dapat budak tu kau jangan tunjuk muka kau kat sini"kesabarannya sudah hilang menghadapi anak buahnya yang seperti beruk ini

"Nyenyenye"pintu dihempas kuat. Anak buahnya hilang dari penglihatan.

Dia menuju ke arah kereta untuk menculik budak yang ditarget. Kali ini dia seorang sahaja. Malas mahu membawa ramai-ramai. "Haish budak. Asal bos aku target kau hah. Bos aku ni lesbian ke apa. Nasib aku tak gay. Eh jap, aku gay lah. Darren gay! Orang Malaysia gay! Yeay!"sorak Darren sambil tangan di tepuk.

Untung cermin keretanya gelap kalau tidak orang dah copnya gila! Tapi memang gila pun. Kalau korang tak tahu, maksud gay tu gembira. Siapa dah tahu tu tahu lah.

『☂︎☂︎☂︎』

"Tak ada orang? Mama papa pergi mana. Pelik ni"Hana menuju ke halaman belakang mana tahu mama papanya ada di situ. Malang sekali tiada.

"Keluar tak bagi tahu. Biasanya bagi tahu. Eh fon dua dua ada kat sini"dia memegang kedua fon yang berada di atas meja ruang tamu. Lama memikir apa yang terjadi tiba-tiba post laju menghon di depan rumah. Laju kaki melangkah ingin mengambil bungkusan.

"Lambat barang ni sampai. Tapi nasib dapat jug- emhhhhh"tidak sempat menghabiskan ucapan mulutnya ditekap lalu pengsan akibat kesan kuat ubat yang ditaruhkan pada kain.

"Finally"senyuman sinis diukir. Hana didukung ala bridal style "Ringannya dia ni. Angin tiup boleh sampai Israel"

Hana diletakkan di sit belakang. Tali pinggang di pakai. Mati anak orang tu kalau tak pakai tali pinggang. Mana tahu tiba-tiba brek mengejut. Kereta bergerak menuju ke markas.

"Tolong! Tolong! Sesiapa tolong lah!"

"Kamu ni dah kenapa. Padan muka. Dah basah kuyup"

"Huwa mama. Hana mimpi Hana kena culik"

"Ikut kau lah. Malas mama nak layan"Hana mencebik bibir. Orang kena culik betul-betul baru tahu

『☂︎☂︎☂︎』

"Kenapa dengan saya doktor. Dah 2 bulan jadi macam ni"dia penat dengan dirinya. Tak mampu menanggung lagi dan membuat keputusan untuk berjumpa doktor.

"Setelah saya check semuanya. Saya mendapati awak menghidap kanser hati tahap dua"

═════════⊱••❀••⊰═════════

𝐋𝐀𝐒𝐓 𝐒𝐓𝐀𝐑Where stories live. Discover now