═════════⊱••❀••⊰═════════
"Awak, mesti awak dah bahagia kan dekat sana. Tak ada lagi sakit yang awak perlu tanggung"gadis berbaju kurung ungu berserta shawl hitam kini sedang berada di tanah perkuburan islam.
"Saya minta maaf banyak-banyak atas segala kesalahan saya. Awak kecewa kerana saya, awak sakit kerana saya dan awak pergi juga- kerana saya"perlahan-lahan air mata gadis itu mengalir.
"Andai awak tak jumpa saya mesti awak selalu bahagia. Maaf pernah jadi mimpi buruk dalam kehidupan awak"ujarnya sambil mengusap batu nisan berwarna putih.
"Tenanglah di sana Adliya Adrisha"selesai menziarah kubur arwah sahabatnya dia terus menuju ke kereta miliknya.
Drttt drttt
"Hello? siapa ni?"
"Hello?"
"Dendam aku belum terbalas. Kau akan mati di tangan aku sendiri Nur Hana Bahiyah"
"Wait siapa ni?"
"Hello? Hello?"
Hana terus menyimpan fonnya ke dalam beg tangan. Hatinya mula risau tentang apa yang dikatakan oleh dari orang asing tadi. Dia tidak dapat mengecam suara itu milik lelaki atau perempuan kerana dia rasa orang itu menggunakan alat.
"Siapa dia. Kenapa dia cakap macam tu. Dendam? Aku ada buat something ke dekat dia. Huh baik aku balik rumah daripada fikir benda yang tak penting macam tu"laju kereta Honda meninggalkan tanah perkuburan yang sunyi itu.
『☂︎☂︎☂︎』
"Polis dah jumpa ke mayat budak kolej kita tu"tanya Qalish
"Dah, tengahari tadi jumpa. Rasanya polis jumpa dekat kaunter pinjaman buku"jawab Narisha. Pihak polis menjumpai mayat pelajar kolej lelaki China yang bernama Shawn dengan keadaan sangat yang teruk. Badan berlumuran darah. Tangan yang ditoreh. Perut mempunyai bekas tusukan pisau sebanyak 12 kali.
"Tapikan aku tak rasa Shawn tu bunuh diri sebab depress. Kalau tak macam mana ada 12 tusukan pisau kat perut dia. Mesti ada orang pecah masuk kolej kita"Ardina tidak mempercayai bahawa Shawn di bunuh kerana dengan sekali tusukan sahaja orang boleh kehilangan nyawa inikan 12 kali.
"Betul jugak. Tak apa lah biar polis jalankan siasatan. Sekarang pun kolej ditutup sebab polis tak nak ada satu bukti pun yang tertinggal"kata Maisara
"Tak, sekarang ni mana Laura, Hayden, Hana dah dekat sejam kita tunggu dekat pantai ni"tanya Narisha. Mereka bercadang ingin bermain dipantai tapi tiga orang hamba Allah tu pulak belum sampai lagi.
"Tu ha. Terkedek-kedek berjalan macam anak ayam"tunjuk Maisara ke arah sahabat-sahabatnya berada.
"Eh nenek gayung aku dah sampai. Woiii nenek gayung"jerit Qalish dari jauh.
"Kau tak malu ke bahenol"menahan malu, ya yang itu Ardina merasakan sekarang.
"Tak"
"Sorry guys lama. Hayden ni tiba-tiba sakit perut pulak"jelas Laura
"Dah tu kenapa korang berdua tak terus datang sini. Ke korang bertiga naik kereta sekali?"tanya Narisha
YOU ARE READING
𝐋𝐀𝐒𝐓 𝐒𝐓𝐀𝐑
Teen Fiction𝒎𝒂𝒏𝒊𝒔 𝒅𝒊 𝒂𝒘𝒂𝒍 𝒑𝒂𝒉𝒊𝒕 𝒅𝒊 𝒂𝒌𝒉𝒊𝒓 𝒊𝒕𝒖 𝒍𝒂𝒉 𝒑𝒆𝒓𝒔𝒉𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 -𝒶𝒾𝓇𝒶 𝓁𝒾𝓈𝒶 𝐊𝐢𝐬𝐚𝐡 𝐭𝐮𝐣𝐮𝐡 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐤𝐚 𝐬𝐮𝐤𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐮𝐤𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐩𝐞𝐝𝐮𝐥𝐢 𝐚...