═════════⊱••❀••⊰═════════
Matahari terbit menandakan waktu pagi. Ye lah, kalau matahari terbenam menandakan waktu malam. Seorang gadis pujaan ramai masih terlelap dibuai mimpi yang indah. Mimpi apa pun tak tahu, mimpi mafia la tu. Ah maklumlah Laura ni memang minat mafia sampai nak pergi culik abe mafia tu dekat luar negara. Kalau tak dikejutkan sampai malaikat maut ada tik tok pun dia tak bangun.
"Laura Edliya!"begitulah routine Puan Zura atau dikenali sebagai Zuraidah. Setiap hari kena menjerit sebab nak kejut anak dara sorang tu lah. Kalau tak, tak ada maknanya nak menjerit pepagi buta. Puan Zura hanya sabar sahaja dengan perangai bangun lambat si Laura, nak jadi ibu mithali lah katakan.
"Astaghfirullahalazim, dengan air liur meleleh dengan taik mata terkeluarnya. Anak siapa lah ni"ha kau! Terkeluar semua aib.
"Bangun Laura! Hari ni ada kelas kan duk tidur lagi dah kenapa"ditolak perlahan bontot Laura menggunakan kakinya.
"Eunghh Laura ngantuk lah ibu....Laura tak nak masuk kelas lah boleh kan"tanyanya dengan suara serak.
"Boleh sayang...tapi...."
"Biar ibu jual jantung kau"kan dah mendapat siapa suruh mengada tak nak masuk kelas.
"Ish apa ibu ni jantung anak sendiri pun nak jual"kesal Laura. "Dah la siap cepat nanti lambat sampai kolej kena denda nasib kau lah"malas mendengar jawapan daripada sang anak Puan Zura keluar meninggalkan Laura di dalam bilik dan menuju ke dapur.
『☂︎☂︎☂︎』
"Yow! Guys!"
"Astaghfirullahalazim! Kau ni memang tak boleh ke kalau tak datang mengejut and kalau ye pun bagi lah salam"
"Ala sorry lah Sara jangan lah marah hehe"Qalish menggaru tengkuk kepalanya yang tidak gatal itu. "Semua ada kat sini kecuali Hana. Mana dia?"tanya Qalish. Dia ni kalau Hana tak ada di cari. Bila jumpa selalu bergaduh. Orang tua tua cakap jangan bergaduh nanti lama-lama bercinta diorang tu memang sepadan lah kalau jumpa je asyik gaduh kalau gaduh je asyik jumpa.
"Tch kalau dia ada pun kau asyik bergaduh dengan dia, lebih baik dia jauh dari kau"jawab Hayden
"Eh...apa ni bro tak baik tau pisahkan sahabat"
"Lah betul apa yang aku cakap, kalau dia ada pun kau asyik gaduh dengan dia je, sakit telinga aku dengar suara korang bergaduh"
"Alah kau ni ma-"tidak sempat Qalish menjawab tiba-tiba ada seseorang menyampuk. "Hello guys! Hana yang cantik comel dan cun sudah datang!!"kalau bukan Hana siapa lagi.
"Ha sampai pun nenek gayung sorang ni"mengejek itu memang perkara biasa Qalish untuk Hana.
"Nenek gayung pun kalau tak ada depan mata kau risau jugak kan"sampuk Narisha dengan kening yang dijongketnya. "Siapa kata aku risau pasal dia, mati hidup balik pun aku tak akan pernah risau pasal dia"
"Dah la guys kelas dah mula jom masuk kelas"kata Ardina dan Laura yang dari tadi senyap sahaja melihat fon, malas mahu melayan kerenah sahabat-sahabat mereka.
『☂︎☂︎☂︎』
"Korang nak makan dekat mana, aku belanja"semua melihat ke arah gadis yang bersuara
"Asal korang pandang aku macam tu. Aku tahu la muka aku cantik"
"Euw tak payah perasan sangat lah. Kitorang pandang kau sebab kitorang terkejut. Terkejut sebab kau nak belanja kitorang tiba-tiba, tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba nak belanja"jelas Narisha panjang lebar pada Ardina.
YOU ARE READING
𝐋𝐀𝐒𝐓 𝐒𝐓𝐀𝐑
Teen Fiction𝒎𝒂𝒏𝒊𝒔 𝒅𝒊 𝒂𝒘𝒂𝒍 𝒑𝒂𝒉𝒊𝒕 𝒅𝒊 𝒂𝒌𝒉𝒊𝒓 𝒊𝒕𝒖 𝒍𝒂𝒉 𝒑𝒆𝒓𝒔𝒉𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 -𝒶𝒾𝓇𝒶 𝓁𝒾𝓈𝒶 𝐊𝐢𝐬𝐚𝐡 𝐭𝐮𝐣𝐮𝐡 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐤𝐚 𝐬𝐮𝐤𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐮𝐤𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐩𝐞𝐝𝐮𝐥𝐢 𝐚...