꧁6꧂

61 54 0
                                    

═════════⊱••❀••⊰═════════

Ardina dan Maisara berpusing-pusing di taman permainan. Mencari cincin Maisara yang terlepas dari jarinya. Hampir sejam mencari masih belum dapat ditemui. Tujuan mereka di sana hanya sekadar mengambil angin. Tidak tahu pula sampai akan jadi begini.

"Wei Sara!!! Aku dah jumpa!!"sorak Ardina sampai terlompat-lompat

"Oii kau ni dah kenapa melompat macam anak king kong. Malu aku tahu tak orang tengok"Maisara terus menarik tangan Ardina menuju ke kerusi yang berdekatan di situ.

"Cantik macam ni kau panggil aku anak king kong what the fish"ikan pun jadi lah nak mencarut tak boleh. Berdosa ye wahai ahli syurga semua.

"Muka kau pucat semacam je Dina. Kau sakit ke"dari tadi dia melihat wajah sahabatnya ini pucat lain macam.

"Pucat eh. Biasa je aku tengok"dia mengambil cermin untuk melihat mukanya.

"Jom lah aku bawa kau pergi hospital"menuju paksa ke arah kereta dia membawa Ardina.

"Nyah aku tak nak lah nyah"dia melepas pegangan tangan Maisara.

"Tak nak apanya. Muka pucat macam mayat hidup. Mak bapak kau tengok pun lari"

"Ish aku tak nak lah nyah. Nanti aku okay la tu"elaknya daripada kena bawa ke hospital.

"Nyah nyah. Aku enyahkan kau dari bumi ni kang baru tahu"muka cemberut dibalas Ardina

"Dah, cepat start kereta aku nak balik"kata Ardina

"Kau tunggu situ dulu. Kau tak pandai start enjin kan. Aku nak pergi tandas, tak tahan dah ni"

"Cepat sikit"

"Ye!"jawab Maisara yang mulai menjauh

Selesai membuat segala sisa toksik dan dosanya. Maisara menuju ke tempat parking kereta. Langkah kakinya berhenti tatkala mendengar suara orang berbicara.

"Apa nama penuh perempuan tu"

"Nur Hana Bahiyah Binti Dato' Asyraf"

Maisara mulai curiga siapa lelaki dan perempuan yang menyebut nama sahabatnya. Nama penuh pulak tu. Dia ingin mendengar apa yang dikatakan mereka lagi jadi dia mulai mendekat.

"Perhatikan dia. Jika sudah tiba masanya kau buat apa yang sudah di plan"

"Plan? Plan apa pulak ni. Diorang nak buat apa kat Hana"gumamnya di dalam hati

"Nyah kau buat apa dekat situ. Lama aku tunggu ni"Maisara tersentak. Dia berlalu pergi dari situ. Nasib dua orang tadi tidak perasan akan kehadirannya.

"Kejap konon dah 15 minit aku tunggu. Kau buat apa dekat situ"tanya Ardina

"Tak ada apa-apa. Dah jom balik"Ardina hanya mendiamkan diri walaupun dia sendiri pelik dengan Maisara. Kini dia tiba di kediaman keluarganya selepas menghantar Ardina pulang.

"Patut ke aku bagi tahu Hana. Tapi kalau jadi sesuatu macam mana. Siapa diorang tu. Mana diorang dapat tahu nama penuh Hana"Maisara cuba menepiskan segala hal yang didengarnya di taman permainan tadi.

"Kenapa dengan Hana"muncul abang keduanya secara tiba-tiba iaitu Hanaf Irsyad

"Eh angah. Angah tak kerja ke"tanya Maisara

"Tak. Malas"simple je jawapan dia

"Kenapa Sara sebut nama Hana tadi. Ada apa-apa ke. Ke korang gaduh"Hanaf tidak mendengar mana apa yang dikatakan oleh adiknya.

𝐋𝐀𝐒𝐓 𝐒𝐓𝐀𝐑Where stories live. Discover now