═════════⊱••❀••⊰═════════
"Pelajar kolej lelaki cina iaitu Shawn bukanlah kes membunuh diri manakala kes di bunuh"
"Pihak polis melihat CCTV yang berada berdekatan di kaunter pinjaman buku. Terdapat dua orang lelaki dalam lingkungan 30 tahun menggunakan pisau yang diambil dari kantin untuk menikam mangsa"
"Mangsa dinyatakan ingin mengambil buku yang tertinggal setelah selesai belajar sebelum kejadian berlaku. Kini pihak polis sedang mencari dua orang pelaku tersebut"
"Mengerikan mommy tengok. Kawan Risha ke?"tanya Puan Wirda pada anaknya
"Tak kenal pun. Tapi ramai orang kata dia ulat buku, rajin, pandai"kata Narisha
"Untung mak bapak dia dapat anak yang rajin, pandai pulak tu"puji puan Wirda mendapat balasan wajah mengerut Narisha.
"Anak sendiri depan mata ni tak nak puji. Nak jugak puji anak orang"katanya dengan nada perlahan
"Mommy dengar ye Narisha"
"Ye lah mommy"Narisha bangun dari sofa ingin menuju ke biliknya.
"Nak pergi mana?"
"Bosan. Nak tengok laptop dalam bilik"dibalas anggukan dari Puan Wirda
Narisha hanya menonton drama kesukaannya hingga tertidur tetapi laptopnya masih menyala. Sehingga pukul 3 barulah dirinya yang tersedar dan bangun dari katil dalam keadaan mamai.
"Eunghh adoiiii"jerit dia dengan kuat kerana dia terjatuh akibat terlanggar almari baju.
"Kau kenapa! Sakit lah punggung aku aduh. Kalau lumpuh macam mana"kalau perempuan terlanggar sesuatu benda itu yang akan dipersalahkan kerana perempuan sentiasa betul.
"Ahhhh malang betul nasib aku hari ni"kasihan Narisha yang malang
Narisha terus keluar mencari ahli keluarganya selepas mandi. Cari di bilik tiada di ruang tamu tiada di dapur tiada di mana-mana pun tiada. Dia hairan.
"Mana semua orang ni. Tinggal aku sorang je dalam rumah ni. Baik aku mesej mommy"dia mengambil fon miliknya dan membuka aplikasi WhatsApp. Nama contact mommynya berada di atas sekali.
Mommy, daddy, kakak, abang keluar sekejap ada hal. Risha jaga rumah tau.
Begitulah mesej yang dihantar oleh puan Wirda pada anak bongsunya. Narisha hanya mengeluh. Kena tinggal sorang-sorang pula di rumah banglo yang besar ini.
"Keluar tak ajak. Duduk dalam rumah ni nak buat apa je"Narisha menuju ke kolam. Dia duduk dipinggir sambil kakinya dicelup ke dalam air. Sedang menikmati suasana yang sunyi sepi tiba-tiba bunyi hon kereta membuatnya terkejut lalu terjatuh ke dalam kolam.
"Ya Allah dik kau dah kenapa hahaha"kata seorang lelaki yang berumur 22 tahun
"Kau gelak je kan bang bukannya nak tolong. Nasib aku pandai berenang"dihulurkan tangan kepada lelaki itu dan disambut semula namun saat dia ingin keluar dari kolam lelaki itu malah menolaknya kembali.
"Nasrul Syazwan!!!!!"jeritan Narisha boleh runtuh banglo ni
"Nah ambik tuala ni. Masuk bilik tukar baju"kalau Puan Wirda tak datang makin menjadi-jadi jeritan anak bongsunya itu.
YOU ARE READING
𝐋𝐀𝐒𝐓 𝐒𝐓𝐀𝐑
Teen Fiction𝒎𝒂𝒏𝒊𝒔 𝒅𝒊 𝒂𝒘𝒂𝒍 𝒑𝒂𝒉𝒊𝒕 𝒅𝒊 𝒂𝒌𝒉𝒊𝒓 𝒊𝒕𝒖 𝒍𝒂𝒉 𝒑𝒆𝒓𝒔𝒉𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 -𝒶𝒾𝓇𝒶 𝓁𝒾𝓈𝒶 𝐊𝐢𝐬𝐚𝐡 𝐭𝐮𝐣𝐮𝐡 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐤𝐚 𝐬𝐮𝐤𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐮𝐤𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐩𝐞𝐝𝐮𝐥𝐢 𝐚...