═════════⊱••❀••⊰═════════
"Kamu nak pergi mana sayang"tanya Datin Raudah yang baru sahaja keluar dari dapur.
"Aaaaa nak pergi ambik baju yang beli bulan lepas. Baru siap"jawab gadis itu
"Baju apa"
"Er baju kurung ha. Baju kurung"
"Kenapa jawab macam takut-takut je. Ada setan ke belakang mama"tanya Datin Raudah lalu kepalanya dipusingkan ke belakang.
"Eh mana ada. Pergi dulu ma. Bye, Assalamualaikum"tangan Datin Raudah pantas digapai lalu dicium sekilas. Tak lupa juga satu kecilan di pipi. Datin Raudah hanya mampu menggeleng kepala dengan tingkah laku anaknya.
"Oh my. Jalan jem pulak halah halah"stereng kereta diketuk perlahan. Masa-masa ni lah nak jem. Orang dah lambat ni. "Lori ni pun. Doh tahu mung tuh besar. Buwi lah keto hok kecik ni lalu dulu"
Lama tersekat dalam jem. Akhirnya boleh memandu seperti biasa. Panggilan tiba-tiba masuk dari telefon miliknya. Tangannya mencari telefon itu tetapi matanya masih fokus pada perjalanan.
"Ish mana telefon ni"pegangan di stereng kereta mula dilepaskan. Kereta tetap berjalan macam biasa. "Ha jumpa pun kau"
"Eh? AAAAAAAAAAAAAAA"
『☂︎☂︎☂︎』
"Kau ni, sabar lah. Kereta tengah laju tu. Tak menyabar langsung"ucap lelaki itu pada kakaknya
"Hehe nanti kek tu habis"
"Tak habis punya"
"Ha cepat jom jom. Kereta dah tak ada"tangan adiknya ditarik untuk melintas jalan. "Kak, cepatlah. Yang kau duduk dekat tengah jalan tu dah kenapa. Tadi beria tarik tangan aku nak melintas"
"Kejap, ni ha tali kasut akak longgar"gadis itu leka mengikat tali kasutnya tanpa menyedari ada sesuatu yang sangat laju menuju ke arahnya.
"Woi kak. Kereta laju tu kak"
"Jap jap. Sikit lagi ni"
"Ok dah si- AAAAAAAAAAAA"
"AKAK!"
『☂︎☂︎☂︎』
Dari tadi kehulu kehilir. Orang yang memandangnya pun terasa pening. Macam ada bisul dekat belakang tu sampai tak boleh nak duduk.
"Kau dah kenapa. Cuba duduk. Pening aku tengok kau kesana kesini"
"Tak suruh kau tengok. Yang kau tengok kenapa. Padan muka kau lah"
"Eh dia ni"dia hanya menjeling kawannya itu. Tak boleh tegur sikit, nak marah je kerja.
"Ish angkat lah. Budak ni pergi mana sampai tak nak angkat call aku"katanya perlahan tapi dapat didengari oleh kawannya.
"Kau call siapa Laura"
"Aku call si Hana ni. Dari tadi lagi tak dapat"penat berjalan kesana kesini dia pun melabuhkan punggungnya di atas sofa.
YOU ARE READING
𝐋𝐀𝐒𝐓 𝐒𝐓𝐀𝐑
Teen Fiction𝒎𝒂𝒏𝒊𝒔 𝒅𝒊 𝒂𝒘𝒂𝒍 𝒑𝒂𝒉𝒊𝒕 𝒅𝒊 𝒂𝒌𝒉𝒊𝒓 𝒊𝒕𝒖 𝒍𝒂𝒉 𝒑𝒆𝒓𝒔𝒉𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 -𝒶𝒾𝓇𝒶 𝓁𝒾𝓈𝒶 𝐊𝐢𝐬𝐚𝐡 𝐭𝐮𝐣𝐮𝐡 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐤𝐚 𝐬𝐮𝐤𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐮𝐤𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐩𝐞𝐝𝐮𝐥𝐢 𝐚...