✧₊˚."Aduh ape pasal dia ni ada dekat sini?"
Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Mata tidak lepas dari memandang susuk tubuh tinggi membelakangiku yang sedang tekun memilih sayur sawi. Aku rasa dah dekat lima minit dia tenung sayur itu. Kalau sawi tu aku, bukan setakat layu, memang berkulat.
Hidup aku sejak kebelakangan ni aman sentosa sejak tak terserempak dengan mamat tiga suku ini. Tiba-tiba boleh jumpa dekat sini pulak. Kuat sangatkah jodoh aku dengan dia?
Tangan yang baru sahaja hendak mencapai snek kegemaranku terhenti apabila mata menangkap susuk tinggi lelaki itu menolak troli menuju ke arahku. Alamak dia datang sini pula!
Tanpa membuang masa, tangan laju menyambar snek itu sebelum menolak laju troli meninggalkan kawasan itu. Sumpah, aku dah taknak jumpa dia lagi. Kenapa? Mari sini aku cerita.
Pada suatu hari Ahad, kawan karibku, Alea accident. Alah sikit aja, patah tangan kiri. Boleh berjalan lagi. Mak ayah dia tinggal di Terengganu, takkanlah nak suruh diorang datang pulak, jadi diorang amanahkan aku untuk tengok-tengokkan satu satunya anak mereka. Mak ayah Alea memang rapat dengan aku. Mereka anggap aku macam anak mereka sendiri.
Aku leka berborak dengan Alea sambil mengupas buah epal. Mengada-ngada dia ni nak makan buah epal pulak. Nasib baik epal. Kalau durian, memang aku dah baling atas mukanya. Katanya orang yang sakit kena dilayan seperti anak raja. Karang tak pasal-pasal tangan kanan dia pula aku patahkan. Aku julingkan mata keatas. Tangan tetap mengupas kulit buah dengan berhati-hati.
Sehinggalah...
Tok Tok Tok
Kening aku bertaut, siapa pulak yang datang? Masuk kalini, dah nak masuk enam orang yang datang melawat Alea. Biasalah, orang femes. Baik pula itu, mestilah ramai yang sayang.
"Member kau ke?" Aku pandang wajah Alea yang sudah mula kemerah-merahan sedikit. Tidak seperti beberapa hari yang lepas. Dah macam mayat hidup aku tengok.
"Entah. Tak ada pulak member aku chat nak datang. Wait! Lupa tadi nurse datang. Dia cakap doktor nak periksa keadaan aku sebelum aku discharge harini. Masa tu kau pergi toilet."
Aku angguk perlahan sebelum menyambung mengupas.
"Cik Alea Safura?" Suara lelaki.
"Ya saya doktor." Jawab Alea.
Akhirnya siap jugak. Punyalah kecik buah epal ni, ambik masa jugak nak kupas. Selalu umi yang tolong kupaskan untuk aku. Maklumlah, anak bongsu.
Aku angkat kepala untuk memberikan buah epal yang siap dikupas untuk Alea, tiba-tiba mataku bertembung dengan anak mata lawa doktor itu.
Thud
Buah epal itu terlepas dari genggamanku, borgolek dan berhenti betul-betul di hadapan kasut lelaki itu. Mak aihhh...
HENSEM NAK MATI
"Kau kenapa Qila? Nampak hantu ke?" Suara Alea menyedarkan aku. Mulut yang sedikit ternganga dikatup. Ya Allah, cover la sikit Syaqila oii.
Dan bermula dengan peristiwa itu, aku sudah jatuh cinta kepada doktor bermata hazel itu. Dr Kalimi Wafiey.
Setiap hari, aku sanggup mencipta penyakit semata-mata nak jumpa dia. Aku rasa hampir semua orang di hospital ini sudah kenal aku. Termasuklah makcik cleaner yang tiap-tiap hari jumpa aku yang macam orang gila tersengih-sengih depan cermin toilet.
Tak malukan?
Bukan itu sahaja, tiap-tiap hari, aku akan letakkan sebiji coklat Ferrero rocher di meja Dr Kalimi. Bukan choki-choki, tapi Ferrero rocher. Sanggup kan?
Dua minggu. Dua minggu aku ulang rutin yang sama. Sanggup aku bekerja syif malam semata-mata nak tatap wajah beku itu. Tapi semua itu tidak berbaloi.
Masa itu aku berada di dalam tandas. Tengah scroll instagram Dr Kalimi. Dia selalu masuk kerja pukul lapan. Ada lagi lima minit. Dan masa itulah aku dengar perbualan dua orang nurse yang baru masuk ke dalam tandas. Gigih aku tekap telingaku di pintu tandas.
"Wey mana kau dapat coklat ni? Ferrero rocher pula itu. Kaya benor kau Isya. Aku minta belanja kedai mamak depan tu bukan main payah." Aku geleng kepala. Apalah Isya ni, coklat mahal boleh beli, takkan member suruh belanja pun payah.
"Kau ingat aku ni banyak duit sangat ke? Dr Kalimi yang bagi."
Dr Kalimi yang bagi?
Dushhhh rasa seperti hatiku baru di sidekick oleh Jackie Chan.
"Mesti dari peminat setia dia kan? Kadang kesian juga dekat dia, perhabis duit belikan dia coklat ni, tup-tup dia bagi orang."
"Alah minah tu takkan tak tahu yang Dr Kalimi allergic kacang? Satu lagi, kau tak muak ke tengok muka dia hari-hari? Dr Kalimi dah pesan siap-siap dekat aku pagi ni, kalau minah tu datang, cakap dia cuti."
Aku terduduk. Dia bagi orang? Kenapa dia tak cakap sahaja yang dia allergic kacang? Tiba-tiba aku rasa malu yang teramat. Bodoh kau Qila. Baik aku balik saja. Sumpah aku benci diri sendiri.
Tanpa membuang masa, aku berdiri. Hujung jari mengesat air mata. Baru sahaja aku hendak menolak pintu tandas, bunyi benda jatuh.
Aku pandang ke bawah. Coklat Ferrero rocher. Muak dah aku tengok coklat ni. Terus aku tunduk dan ambil coklat itu sebelum menolak kasar pintu tandas.
Mungkin sedar yang mereka bukan berdua di dalam tandas ini, kedua-dua nurse itu pandang aku. Muka macam baru lepas nampak hantu. Relakslah, aku tak makan orang.
Perlahan-lahan aku berjalan ke arah mereka. Coklat yang berada di dalam genggamanku dihulurkan kepada salah seorang nurse itu.
"Nah, ambiklah. Rezeki awak harini. Lagi satu, jangan risau. Ni kali terakhir awak akan nampak muka saya dekat sini. Bye."
Terus aku menapak keluar. Buat apa lama-lama. Malukan diri sendiri adelah.
Dan selepas kejadian itu, aku memang dah tak buat kerja gila itu lagi. Nak lalu depan hospital itu pun dah trauma.
Akibat leka memandang kebawah, aku tidak perasan yang troli aku berlaga dengan rak bahagian shampoo. Damn it!
Gedeganggg!
Kuat gila bunyi. Aku pandang sekeliling aisehh, awat semua tengok aku ni? Tahula aku ni cantik.
Jantung aku seakan-akan berhenti berdegup bila mataku menangkap sepasang mata hazel yang sedang memandang ke arahku. Wassalam.
Tanpa membuang masa, aku tolak troli yang separuh penuh itu sambil berlari ke arah kaunter.
Worst Day Ever!
YOU ARE READING
Dr Sengal
Romance𝐍𝐮𝐫𝐮𝐥 𝐒𝐲𝐚𝐪𝐢𝐥𝐚, seorang gadis biasa sahaja. Pertemuan yang tidak disangka dengan seorang doktor bermata hazel telah membuat dia jatuh cinta pandang pertama. Selama dua minggu dia berusaha untuk menambat hati jejaka itu, namun semuanya sia...