Bab 24

453 31 1
                                    

𝂅 ׂ ꥈ 𐚱  ᰮ

"Ingatkan sembelit ke apa. Lama bukan main. Tengah berdrama rupanya."

Pergaduhan aku dan Afran tergendala seketika. Terus aku dan dia berpaling ke arah punca suara itu. Kelihatan Kalimi yang sedang santai bersandar di tiang berhadapan dengan aku dan Arfan.

Terasa pengangan Arfan di lenganku sedikit longgar, terus aku rentap tanganku sebelum menyorok dibelakang Kalimi. Dia toleh ke belakang dengan sebelah kening dinaikkan.

"Kau siapa? Jangan nak menyibuk hal orang lain. Syaqila come back here!" Arfan cuba untuk menarik aku sekali lagi namun Kalimi lebih pantas bertindak. Tubuh Arfan ditolaknya. Terundur jugalah mamat tu kebelakang.

"Chill man! Dia datang dengan aku. Kau apehal pula nak tarik-tarik dia? Tak gentle la bro." Kalimi tunjal dada Arfan dengan jari telunjuknya beberapa kali sebelum ditepis Arfan kasar.

"Siapa mamat ni Qila? Boyfriend baru? Soal Arfan sambil pandang Kalimi tajam. Dia cuba melangkah mendekatiku namun Kalimi lebih pantas bertindak. Kalimi mendepakan tangannya. Menghalang Arfan dari mendekatiku.

"Kalau ya pun kenapa? Jealous? Baik kau blah sekarang sebelum bersepai kepala kau aku hentak dekat tiang ni." Melihat kepada wajah serius Kalimi, aku tak rasa Kalimi tengah main-main.

"Damn it!" Kedengaran suara Arfan menyumpah perlahan sebelum berlalu pergi. Takut juga dia dengan mamat depan aku ni ya.

"Kau okay?" Kalimi pusing tubuhnya menghadap aku. Terbias riak risau di wajahnya. Aku kaku sesaat sebelum kembali normal.

"Hah? Okay saya okay. Err jom makan. Dah lapar ni." Cepat-cepat aku berlalu ke meja. Beberapa hidangan sudah terhidang di atas meja. Hampir menitik air liur aku dibuatnya. Perkara yang telah berlaku tadi lenyap begitu sahaja.

"Nampak je makanan semua benda tak dihiraukannya. Duduk makan. Karang banjir kedai ni dengan air liur kau tu." Kalimi duduk bertentangan dengan kerusi aku. Usai membaca bismillah, satu suapan masuk ke mulut. Sedap siot!

"Awak tak makan ke? Rugi tau, sedap gila tak tipu." Pelawa ku padanya. Dia hanya memandangku dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Entah-entah mamat ni tengah judge aku.

"Mamat tak berapa center tadi, bekas boyfriend kau ke?" Suapan aku terhenti.
Patut ke aku cakap? Cakap jelah. Bukan ada masalah pun.

"Haah." Ujarku jujur.

Kalimi diam. Khusyuk tengok aku makan. Aku abaikan sahaja dia.

"Dia yang buat kau nangis haritu kan? Hari yang aku bawak kau duduk rumah family aku." Garpu di tanganku terlepas. Terus aku dongak pandang dia. Macam mana dia tahu?

"Based on how you reacts, I guess I was right. Kalau kau pelik macam mana aku tahu, actually aku nampak depan mata aku sendiri masa kau terserempak dengan dia. Aku nak tegur kau sebenarnya. Tapi kau tiba-tiba lari. Jadi aku pun ikut kau. Kau takkan tak rasa pelik macam mana aku boleh jumpa kau?" Mulut aku yang sudah sedia ternganga semakin luas bukaannya selepas mendegar penjelasan dari Kalimi.

"Wait what? Kenapa awak tak bagitahu saya awal-awal?"

"My mouth, my choice."

Aku gulingkan bebola mata aku. Malas layan! Lebih baik aku hadap makanan ni dari menghadap mamat ni.

"Munchkin, kau rabun ke dulu?" Dahi aku berkerut. Soalan jenis apa pula ni?

"Tak. Kenapa?" Tanyaku hairan.

Dr Sengal Where stories live. Discover now