Bab 5

627 30 0
                                    

✧₊˚.

"Cerita apa korang tengok ni? Dah besar gajah still layan SpongeBob?" Aku angkat kepala dari bahu Faqih. Dia ni memang tak boleh tengok aku bermanja dengan angah sikit, menyibuk aja.

"Entah la aku. Qila yang pasang, bukan aku. Biarlah dia, jiwa kebudak-budakkan lagi." Angah usap-usap kepala aku.

Kata warga emas yang tua tiga tahun dari aku. Kalau aku berjiwa kebudak-budakkan, dia berjiwa ketua-tuaan ke apa?

"Eh Qila, pergi buatkan aku air. Dahaga ni." Arah Darwish sebelum melabuhkan duduk disebelahku.

"Aku jugak." Adik aku yang entah muncul dari mana tiba-tiba bersuara.

"Buatkan angah juga. Nak ada ukiran Hello Kitty atas tu okay."

Ewah, korang ingat aku ni kerja buat air ke dalam rumah ni? Aku lentokkan kembali kepala ke bahu Faqih. Orang macam ni jangan bagi muka sangat. Bagi kaki dekat muka boleh.

"Oi dengar tak Qila? Sian along kau tu dahaga baru balik kerja tu. Penat tau cari duit. Satgi Qila juga datang minta duit dekat dia." Angah mengangkat bahunya beberapa kali.

"Hah dengar tu. Along penat tau cari duit untuk sara korang semua." Along mencucuk-cucuk bahuku.

Sejak bila pula kau sara aku? Setahu aku lahkan, aku sumbat perut aku dengan makanan yang aku beli dengan duit sendiri.

"Hesy! Kenapa Qila pula yang kena buat? Banyak songeh betullah. Siap nak ukiran Hello Kitty bagai. Tak padan dengan jantan. Terajang karang baru tahu." Hah ni baru amaran tau. Buat aku geram lagi memang melayang gigi korang tu.

"Lah Qila kan perempuan? Tugas buat air kan memang tugas perempuan. Sejuk hati abang-abang dengan adik Qila ni nanti. Dapat juga pahala senangkan hati kitorang." Sekali lagi aku angkat bahu dari bahu Faqih. Tak aci! 3 lawan 1 memang menang diorang lah.

Aku mendengus sebelum bangun. Mengalah. Dari telinga aku dengar kuliah umi 2 hari 1 malam, baik aku turutkan sahaja. Tunggu korang, aku letak clorox dalam air tu nanti.

"Woahh pelik betul kau harini Qila. Selalu susah juga nak mengalah. Awal surrender harini. Terminum air ada amoeba ke apa semalam?" Darwish letak tangannya di dahiku.

"Banyak bunyi pula. Nak air sangat kan? Nak pergi buat lah ni. Satu ukiran Hello Kitty. Along, kau Artief?"

"Kitorang apa-apa pon boleh. Tapi kalau boleh aku nak ukiran Mona Lisa." Menyesal pula aku tanya budak tiga suku ni.

"Mona Lisa ya? Itu kau kena panggil Da Vinci datang rumah kita. Suruh dia yang lukiskan. Kalau boleh suruh dia buatkan air sekali." Balasku sebelum membaling bantal kecil ditangan padanya sebelum menghilang ke dapur.

Takkanlah aku nak buat kopi pula tengah hari buta ni? Sirap lah. Mata mencari jug untuk diguna. Hah jumpa pun.

Hmm tak jumpa pula clorox. Mata tiba-tiba terancap pada botol cuka. Huish aku tak jahat lagilah. Aku geleng kepala beberapa kali. Hasutan setan jangan pedulikan sangat.  Kasihan setan kena fitnah.

Perlahan-lahan aku melangkah ke ruang tamu sambil menatang dulang berisi satu jug air sirap dengan beberapa biji gelas. Oh best betul korang goyang kaki tengok tv.

"Nah air."

"Aik. Mana Hello Kitty angah? Ape ni, lain yang dipesan lain yang sampai. Nak kena saman ke apa?" Rungut Faqih. Eleh, tangan tetap juga menuang air ke dalam gelas.

"Orang gila manalah nak minum kopi tengah hari buta ni." Lagi satu, sejak bila rumah ni ada mesin kopi? Bukan main pesanan sorang-sorang.

"Qila esok dah balikkan?" Tanya Darwish. Aku angguk sahaja sebelum membawa gelas ke bibir. Uish sedap juga air aku.

Dr Sengal Where stories live. Discover now