Bab 29

450 20 2
                                    


𝂅 ׂ ꥈ 𐚱  ᰮ

MATA tekun memandang sebentuk cincin yang tersemat di jari manisku. Entah bila Kalimi beli cincin ni pun aku tak tahu. Yang paling hairannya, tahu pula dia saiz jari aku. Mungkin umi yang bagitahunya. Lawa pula tu design yang dia pilih. Peristiwa malam semalam kembali berputar di dalam kepala.

"Kau setuju? Dead serious?" Kalimi pandang aku dengan wajah seakan-akan tidak percaya dengan apa yang baru keluar dari mulutku.

Aku angguk kepala laju-laju sebelum tunduk pandang tanah. Muka aku tak payah cakaplah, rasa panas macam kena salai atas api.

"Knew it." Aku dengar dia hela nafas lega. Terus aku toleh ke arahnya. Terbias riak bahagia di wajahnya. Dia kelihatan santai menyandarkan badannya sambil menyilangkan lengannya di belakang kepalanya.

Muka tak payah cakaplah, melebar senyum sampai ke telinga. Ini kalau aku reject, entah-entah dia pergi baring atas highway. Okey itu dah lebih Syaqila.

Tiba-tiba aku teringatkan pengakuan 'cinta' dia sebentar tadi. Dia panggil aku apa tadi? Comot? Brutal? Dan yang paling tak boleh blah, Iq aku sama macam ketinggian aku!? Automatik kepala aku menghala ke arahnya sebelum menghadiahkan jelingan maut padanya.

Dia seakan-akan tahu dirinya sedang diperhatikan, menoleh ke arahku. Sebelah keningnya diangkat.

"Apa awak cakap tadi? Comot? Brutal? Pendek? Dah tak sayang nyawa ke?" Aku pandannya dengan mata yang tengah berapi. Hujung bibirnya ternaik sedikit. Dan aku rasa macam nak humban orang dalam gaung selepas mendengar jawapan bernas darinya.

"Mummy pesan masa kecik tak baik menipu."

Tercegang dua saat aku dibuatnya. Dia gelak selepas melihat reaksi aku. Celah mana yang lawak aku tak tahu. Aku mendengus geram.

"Meh sini kejap aku nak bagi something."
Kalimi menyelukkan tangannya ke dalam poket seluarnya. Aku nampak dia keluarkan sesuatu daripada poketnya sebelum diserahkan kepadaku.

"Nah."

Dia hulurkan satu kotak baldu kecil kepadaku. Aku baca tulisan yang tertulis di kotak tersebut. Habib Jewels. Mata aku secara automatik meluas.

"Ap-apa ni?" Soalku dengan nada terkejut.

"Ketupat."

"...."

"Ambiklah. Buka tengok sendiri."

Lambat-lambat aku menyambut hulurannya. Kotak baldu itu bertukar tangan. Sekali lagi aku tergagam sebaik sahaja melihat isi di dalamnya. Sebentuk cincin emas putih. Aku pandang dia kemudian cincin di tanganku. Tidak percaya dengan apa yang aku tengah tengok sekarang.

"Tunggu apa lagi? Pakailah."

Perlahan-lahan aku keluarkan cincin itu dari kotaknya sebelum disarungkan ke jari manis aku. Ngam-ngam dengan jari aku.

"Muat tak?" Soalnya meminta kepastian.

"Haah." Jawabku beserta anggukan.

"Mana awak dapat tahu saiz saya? Oh ni mesti Darwish yang bagitahu. Siaplah kau Darwish. Balik nanti aku ganyang kau sampai lembik." Bebelku perlahan sambil menilik cincin di jariku. Kedengaran suara Kalimi gelak macho.

"Suka tak?" Soalnya lagi.

"Suka sangat. Awak ni macam tahu-tahu je saya akan terima lamaran awak."

"What? You thought I would show up tonight only to be rejected by you Munchkin? I'm well prepared my lady." Ucapnya dengan penuh rasa bangga. Siap kenyit mata lagi. Rasa ringan je kaki aku nak sedekahkan penyepak ke mukanya.

Dr Sengal Where stories live. Discover now